wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Sejarah T2-latihan 12 (Bab 5)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan teks "Sulalatus Salatin" pemerintah Melaka berasal dari zuriat keturunan anak ....

a)

Raja Siak

b)

Raja Rokan

c)

Raja Inderagiri

d)

Raja Palembang

2.
  • Konsep daulat dan alat kebesaran


Mengapakah konsep tersebut penting dalam sistem pemerintahan kerajaan Melaka?

a)

Mengekalkan kuasa raja

b)

Memartabatkan kedudukan raja

c)

Mempertahankan kewibawaan raja

d)

Menjadikan kedudukan tertinggi dan keistimewaan raja

3.

Apakah peranan pembesar dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memantapkan sistem perlantikan raja

b)

Membekalkan tenaga tentera

c)

Menjaga keamanan kawasan

d)

Menjaga hubungan luar

4.

Apakah nama jawatan pembesar yang menjalankan tugas di atas dalam pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

5.

Sistem serah merupakan pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah.


Mengapakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Sebagai tanda persahabatan

b)

Sebagai balasan kepada pembesar

c)

Sebagai adat tradisi zaman dahulu

d)

Sebagai taat setia kepada pemerintah

6.

Apakah tujuan Hukum Kanun Melaka dilaksanakan di Melaka?

a)

Menjaga kestabilan negeri

b)

Menjamin keselamatan rakyat

c)

Mendaulatkan kedudukan negeri

d)

Meningkatkan kegiatan penerokaan

7.

Maklumat berikut tentang Undang-Undang Laut Melaka.


Undang-undang tersebut ditulis pada zaman pemerintah ______________.

a)

Sultan Mansor Shah

b)

Sultan Muzafar Shah

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

8.

Maklumat berikut tentang undang-undang adat.


Apakah undang-undang tersebut?

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-undang 99 Perak

9.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka bergantung kepada _______________________.

a)

kecekapan dalam kewangan

b)

bertindak tegas dalam peraturan

c)

kepimpinan raja yang berwibawa

d)

bertindak bijak dalam hubungan luar

10.

Gambar berikut merupakan perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Majapahit.


Apakah tujuan perkahwinan tersebut?

a)

Meluaskan kuasa kerajaan

b)

Memenuhi hasrat kerajaan

c)

Meningkatkan perdagangan

d)

Mengukuhkan hubungan persahabatan

11.

Pembentukan empayar sesebuah kerajaan amat penting untuk menjaga kepentingan tertentu.


Mengapakah sesebuah kerajaan membentuk empayar?

a)

Menjaga keamanan rakyat

b)

Menjaga kepentingan politik

c)

Memelihara kedudukan negeri

d)

Meningkatkan sumber ekonomi

12.

Peta berikut merupakan pengaruh Islam di Kepulauan Alam Melayu.


Apakah faktor yang mendorong kepada perkembangan pengaruh Islam tersebut?

a)

Kepesatan perdagangan

b)

Pengislaman pemerintah

c)

Peningkatan pusat keilmuan

d)

Pengamalan sistem kepercayaan

13.

Mengapakah kita perlu menghormati dan kepercayaan agama kaum lain di negara kita?

a)

Menjaga sensitiviti agama

b)

Menjaga hubungan kaum

c)

Memelihara persahabatan

d)

Memelihara adat semua kaum

14.

Apakah faktor yang membolehkan pelabuhan Melaka menjadi terkenal dan berkembang dengan pesat di Alam Melayu?

a)

Kedudukan Melaka yang strategik

b)

Pelabuhan yang besar dan dalam

c)

Kemudahan tempat penginapan

d)

Banyak barangan yang diperdagangkan

15.

Gambar berikut merupakan mata wang timah di pelabuhan Melaka.


Mata wang tersebut diperkenalkan semasa pemerintahan ___________________________________.

a)

Sultan Mansor Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

16.

Ilustrasi berikut berkaitan dengan Orang Laut di pelabuhan Melaka.


Apakah tugas dan peranan Orang Laut?

a)

Menunjuk arah

b)

Membaiki kapal

c)

Menjaga keselamatan

d)

Menjaga kebajikan pedagang

17.

Apakah bahan dagangan yang diperoleh Melaka daripada Siam?

a)

Emas

b)

Beras

c)

Kayu jati

d)

Rempah ratus

18.

Antara berikut, masalah perpaduan manakah yang membawa kepada penaklukan Portugis ke atas Melaka?

a)

Penduduk majmuk

b)

Rakyat tidak bersatu padu

c)

Kelemahan sultan

d)

Askar upahan luar yang belot

19.

Jadual di atas berkaitan dengan suatu peristiwa yang berlaku di Melaka.


Apakah X?

a)

Permulaan penyerangan Portugis

b)

Kedatangan Lopez de Sequeira

c)

Kegagalan rundingan dengan Portugis

d)

Perpindahan kesultanan Melaka ke Johor

20.

Kerajaan manakah yang meneruskan legasi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka selepas tahun 1511?

a)

Kerajaan Acheh

b)

Kerajaan Kedah

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Johor-Riau