wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANGKOR 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Parti Komunis Malaya gagal menyebarkan pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu?

a)

Mengikat perjanjian dengan Raja-raja Melayu

b)

Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina

c)

Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat

d)

Memperjuangkan penghapusan kuasa pemimpin Melayu

2.

Mengapakah British memperkenalkan pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan?

a)

Melicinkan urusan pendaftaran kelahiran

b)

Membezakan orang awam dengan komunis

c)

Mengawal pergerakan penduduk

d)

Melaksanakan bancian penduduk

3.

Apakah DUA tujuan Min Yuen ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu?

a)

Membentuk pasukan berani mati

b)

Menyerang balai polis dan orang awam

c)

Mendapatkan bekalan makanan dan wang

d)

Menjalankan kegiatan propaganda komunis

4.

Mengapakah Rundingan Baling yang diadakan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak komunis berakhir dengan kegagalan?

a)

Keengganan Chin Peng menyerah diri

b)

Kegagalan PKM meletakkan senjata

c)

Keengganan Tunku mengakui PKM sebagai parti politik yang sah

d)

Kekurangan kerjasama antara rakyat dan kerajaan

5.

Apakah persamaan parti-parti politik berikut?

a)

Menentang penyebaran pengaruh komunis

b)

Mengadakan kerjasama dengan tentera Jepun

c)

Menolak konsep kerjasama kaum dalam parti

d)

Memperjuangkan kemerdekaan secara radikal

6.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mencadangkan supaya kewarganegaraan diberikan kepada kaum bukan Melayu?

a)

Melahirkan semangat patriotik

b)

Mengadakan pilihan raya umum

c)

Menggalakkan kerjasama politik

d)

Membolehkan penubuhan parti politik siasah

7.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Mewujudkan perpaduan kaum

b)

Mengekalkan penjajahan British

c)

Menjamin hak istimewa orang Melayu

d)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

8.

Apakah DUA teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan negara menurut Jawatankuasa Pelajaran 1956?

a)

Kandungan kurikulum yang seragam

b)

Memberikan pendidikan rendah percuma

c)

Memperkasakan pendidikan rendah dan menengah

d)

Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak

9.

Pakatan dan gerakan berikut muncul di Tanah Melayu mulai tahun 1940-an. Apakah kepentingan pakatan dan gerakan tersebut?

a)

Merintis jalan ke arah kerjasama kaum

b)

Merealisasikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Menolak parti politik yang bersifat perkauman

d)

Memulakan rombongan kemerdekaan ke London

10.

Antara berikut, yang manakah DUA syarat untuk menjadi calon pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Berumur 21 tahun ke atas

b)

Berpengetahuan dalam bidang politik

c)

Menyertai mana-mana parti politik yang sah

d)

Telah tinggal di Tanah Melayu dalam tempoh 12 bulan

11.

Apakah DUA bukti Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dapat dikaitkan dengan pengamalan prinsip demokrasi di negara kita?

a)

Rakyat diberi peluang memilih wakil kerajaan

b)

Rakyat dapat mengambil bahagian dalam politik

c)

Kerajaan dibentuk melalui perkongsian kuasa

d)

Kerajaan dan rakyat merintis ke arah kemerdekaan

12.

Apakah persamaan peranan pemimpin berikut dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Memindahkan pegawai British

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Memajukan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

13.

Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?

a)

Penetapan tarikh kemerdekaan

b)

Pembahagian kuasa pemerintahan

c)

Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Pengamalan pemerintahan Demokrasi Berparlimen

14.

Apakah peranan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan

b)

Mensyaratkan kemerdekaan

c)

Membentuk Kabinet Pertama

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

15.

Apakah isu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan berkaitan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penguasaan ekonomi kaum tertentu

b)

Kewarganegaraan secara jus soli

c)

Sistem pendidikan kebangsaan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu

16.

Menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, mengapakah orang Melayu diberikan beberapa keutamaan?

a)

Ketua Menteri ialah orang Melayu

b)

Rundingan kemerdekaan diketuai orang Melayu

c)

Status orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu

d)

Kerjasama yang diberikan oleh orang Melayu terhadap British

17.

Mengapakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi peristiwa sejarah negara yang amat penting?

a)

Lambang perpaduan rakyat

b)

Lambang kebebasan negara

c)

Lambang kejayaan pemimpin

d)

Lambang permuafakatan rakyat

18.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman diberikan gelaran "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" oleh Pasukan Pemuda Perikatan?

a)

Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri Pertama

b)

Kejayaan Tunku Abdul Rahman merundingkan kemerdekaan

c)

Memeriahkan majlis Pemasyhuran Kemerdekaan

d)

Menghormati Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin parti Perikatan

19.

Siapakah Ketua Utama Negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Sultan

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

20.

Apakah DUA matlamat yang hendak dicapai melalui Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)?

a)

Menyediakan perumahan dan infrastruktur

b)

Memberikan kemudahan kewangan dan pelaburan

c)

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi luar bandar

d)

Mempelbagaikan pengeluaran pertanian