Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Bilangan BM1

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Bunga raya bukan sahaja lambang kepada prinsip-prinsip dalam Rukun Negara melalui _____ kelopaknya tetapi terkenal jugak dalam bidang perubatan tradisional Melayu.

a)

dua

b)

tiga

c)

lima

d)

enam

2.

_____ penonton kecewa apabila persembahan tarian singa itu terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

a)

Segala

b)

Semua

c)

Pelbagai

d)

Segenap

3.

"Saya rindu akan makanan tradisional kita kerana sudah _____ saya tidak makan dodol dan lemang," kata Puan Noura yang baru pulang ke tanah air.

a)

berhari-hari

b)

berbulan-bulan

c)

bertahun-tahun

d)

berminggu-minggu

4.

"Tetamu yang hadir diminta untuk duduk di tempat _____ kerana pertandingan menganyam ketupat akan bermula tidak lama lagi," kata juruacara itu.

a)

tiap

b)

setiap

c)

tiap-tiap

d)

masing-masing

5.

Hiasan manik itu ada _____ bahagian sahaja kerana separuh lagi telah ditempah orang secara dalam talian.

a)

tiga per lima

b)

setengah

c)

sepertiga

d)

suku

6.

Ibu mengambil _____ ketul gula kabung kerana mahu membuat buah melaka dan kuih koci sebagai hidangan makan petang.

a)

sepuluh

b)

kesepuluh

c)

persepuluh

d)

berpuluh-puluh

7.

_____ orang pelajar itu merupakan pelajar cemerlang sekolah kami.

a)

Kedua

b)

Semua

c)

Pelbagai

d)

Kedua-dua

8.

Hanya _____ anggota kesatuan sekerja itu yang terlibat dalam tunjuk perasaan itu.

a)

segelintir

b)

semua

c)

berbagai-bagai

d)

setengah

9.

_____ anggota Persatuan Sains bersetuju untuk mengadakan pameran sains itu.

a)

Masing-masing

b)

Keseratus

c)

Berbagai-bagai

d)

Semua

10.

Tukang kayu itu menggunakan _____ cara untuk mereka bentuk bumbung rumah itu.

a)

setengah

b)

pelbagai

c)

segelintir

d)

para

11.

Zamri mendapat tempat _____ dalam pertandingan melukis logo di sekolahnya.

a)

dua

b)

kedua-dua

c)

kedua

d)

dua-dua

12.

_____ hari, Jamilah membawa bekalan makanan dari rumah.

a)

Semua

b)

Kedua

c)

Tiap-tiap

d)

Para

13.

_____ daripada peralatan dapur rumahnya dibelinya secara ansuran.

a)

Segenap

b)

Segelintir

c)

Seluruh

d)

Sebahagian

14.

Murid-murid membuat kerja _____ ketika guru tidak ada di dalam kelas.

a)

setengah

b)

masing-masing

c)

berbagai-bagai

d)

tiap-tiap

15.

Kerja-kerja pengubahsuaian perpustakaan sekolah itu mengambil masa selama _____ tahun.

a)

setengah-tengah

b)

setengah

c)

setengah-setengah

d)

sesetengah

16.

Murid-murid sedang menduduki ujian penggal _____.

a)

sepersatu

b)

satu-satu

c)

kesatu

d)

pertama

17.

Setengah orang tidak suka akan durian.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Puan Siti bercuti setengah hari kerana kurang sihat.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Setengah kilogram gula diperlukan untuk membuat kek itu.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Setengah murid di kelas itu tinggal di Taman Murni.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Anis anak kedua dalam keluarga Encik Haziq.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Kedua pelancong itu sangat suka makan sate.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Kedua ekor burung bangau sedang hinggap di belakang kerbau.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Ranjit sudah diberi amaran kedua kerana datang lewat ke sekolah.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Semua kucing-kucing itu dipelihara oleh Sazali.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Ketiga-tiga batang pohon kelapa itu sudah ditebang.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Sesetengah penduduk di taman perumahan itu tidak mengendahkan kebersihan.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Para pekerja itu diberi makan dan tempat tinggal yang selesa.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Sebanyak sepuluh kereta ditenggelami air sebagai akibat banjit kilat.

a)

Betul

b)

Salah

30.

Kedua-dua orang pemain baminton Malaysia akan bertarung di peringkat akhir.

a)

Betul

b)

Salah

31.

Nyatakan kata bilangan dalam ayat ini.


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

(a)  

32.

Nyatakan kata bilangan dalam ayat ini.


Semua peraturan makmal itu perlu dipatuhi.

(a)  

33.

Nyatakan kata bilangan dalam ayat ini.


Penduduk yang pertama tinggal di kampung itu sudah meninggal.

(a)  

34.

Nyatakan kata bilangan dalam ayat ini.


Murid-murid itu sudah bersiap sedia dengan alat tulis masing-masing.

(a)  

35.

Nyatakan kata bilangan dalam ayat ini.


Hujan lebat dijangka turun di sesetengah kawasan di Pantai Timur malam ini.

(a)