WorksheetsKuiz Sejarah Ting 5 Bab 5.3
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan. Tugas suruhanjaya tersebut ialah
menganjurkan rundingan antara kaum
melantik pegawai pentadbiran baru
mencadangkan tarikh pilihan raya
merangka perlembagaan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Kesan perjanjian tersebut ialah
pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan
pembentukan kerajaan bercorak republik
Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
Pengaruh golongan kiri dihapuskan
Pilih DUA jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
melalui permohonan
kuat kuasa undang-undang
perkenan Raja-Raja Melayu
kelulusan Dewan Undangan Negeri
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Peranan suruhanjaya tersebut ialah
merancang pembangunan ekonomi
melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran
membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum
merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Fungsi Suruhanjaya Reid:
(Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka).
Isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut ialah
hal kerakyatan
penetapan sempadan
hal ehwal imigresen
peruntukan kewangan
Tun Haji Abdul Razak, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan. Jasa tokoh tersebut ialah
menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara
menentang Malayan Union
menamatkan zaman darurat
menyatupadukan rakyat
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957. Perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu kerana
meneruskan kuasa British
Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk
mendapat hak untuk memerintah sendiri
menamatkan sistem pemerintahan monarki
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan tersebut ialah
kedudukan British
jawatan tradisional
bantahan negara jiran
kuasa autonomi negeri
Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Kuasa raja-raja dikurangkan
Sistem kewangan dikawal British
Jawatan Pesuruhjaya Tinggi dikekalkan
Pemisahan kuasa persekutuan dengan negeri
Berikut ialah isi-isi penting Persekutuan Tanah Melayu 1957, kecuali
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Penyatuan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
