wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sajak Erti Hidup Beerti (Soalan KBAT)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan golongan muda menghargai warga emas?(Pilih 3)

a)

kerajaan mengadakan kempen menyayangi warga emas

b)

pihak sekolah menerapkan nilai murni terhadap warga emas

c)

media massa menyiarkan rancangan/dokumentari tentang

kehidupan pembeli emas

d)

ibu bapa menjadi suri teladan

2.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa mereka?(Pilih 2)

a)

menghantar ibu bapa ke rumah orang tua

b)

menanggung perbelanjaan ibu bapa

c)

sentiasa menziarahi ibu bapa

d)

melawat ibu bapa apabila mereka sakit sahaja

3.

Keluarga yang bahagia menjadi idaman semua orang.

Pada pendapat anda, selain ibu bapa apakah peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mencapai hasrat tersebut?(Pilih 3)

a)

Guru / sekolah menerapkan nilai kekeluargaan kepada murid.

b)

Kerajaan menjalankan Kempen Cintai Sungai.

c)

Jiran prihatin akan kebajikan keluarga yang menghadapi musibah.

d)

Kerajaan menyediakan penghargaan/anugerah kepada keluarga bahagia.

4.

Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.

Pada pendapat anda, mengapakah mereka bertindak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua?(Pilih 3)

a)

Tidak mempunyai sifat tanggungjawab

b)

Mementingkan diri

c)

Tidak suka orang tua

d)

Terlalu sibuk dengan kerjaya

5.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita?(Pilih 3)

a)

Mendengar nasihat ibu bapa

b)

Sentiasa menjaga kebajikan mereka agar mereka tidak berasa terasing dan terpinggir daripada kasih saying anak-anak

c)

Menghantar mereka ke rumah orang tua

d)

Bertutur / bercakap dengan sopan

6.

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang?(Pilih 3)

a)

agar dapat mengelakkan konflik keluarga

b)

agar dapat menjaga emosi ahli keluarga

c)

agar dapat berkahwin awal

d)

agar dapat mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial

7.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang uzur ?(Pilih 3)

a)

mengupah pengasuh/orang gaji/pembantu/jururawat untuk menjaga

b)

tinggal bersama-sama dengan mereka / mengajak tinggal bersama-sama

c)

meminta isteri/anak-anak bergilir-gilir menjaga ibu bapa uzur

d)

membiarkan sahaja mereka di hospital

8.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa mereka?(Pilih 3)

a)

Meluangkan masa untuk berkomunikasi/ menziarahi ibu bapa.

b)

Menghormati / menyayangi ibu bapa

c)

Melawat/menghubungi mereka ketika memerlukan mereka sahaja

d)

Menyediakan keperluan hidup yang lebih selesa.

9.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir anak meminggirkan ibu bapa mereka?(Pilih 3)

a)

Kurangnya didikan ibu bapa dari segi moral dan agama

b)

Terikut budaya barat yang negatif

c)

Terlalu mencintai diri sendiri

d)

Lebih mementingkan materialistik dalam menjalani kehidupan

10.

Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab anak-anak pada masa ini mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa?(Pilih 3)

a)

tinggal berjauhan dengan ibu bapa

b)

sibuk dengan kerjaya

c)

sibuk menguruskan hal keluarga sendiri

d)

tidak tahu tanggunjawab sebagai anak-anak