Font size
WorksheetsKepimpinan Melalui Teladan
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh seseorang jika terlihat pembunuhan berlaku di kawasan berdekatan?
Meminta bantuan orang ramai untuk memberitahu ahli keluarga mangsa
Menelefon pihak polis untuk menyiasat dengan lebih lanjut
Memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan memberikan keterangan lanjut
cuba sedaya upaya untuk menangkap pembunuh itu
Laksamana ialah orang yang membunuh bapa Kertala Sari.
Jika anda Kertala Sari, bagaimanakah anda mahu mengalahkan Laksamana?
Meminta bantuan atau bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya
Menggunakan alatan atau senjata yang lebih baik daripada Laksamana
Berguru dengan orang yang lebih bijak, berilmu dan berpengalaman
membunuh ahli keluarga Laksamana supaya dia hilang kawalan
Pada pendapat anda, mengapakah raja bersetuju untuk melepaskan Laksamana berkawal pada malam itu?
Laksamana seorang yang bijaksana untuk menyelesaikan masalah
Raja tidak mempercayai kebolehan Temenggung lagi
Raja yakin akan kewibawaan Laksamana
Raja ingin menunjukkan kedaulatannya
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa.
Berikan maksud rangkai kata singgah di luar kota.
berhenti di pinggir bandar
berhenti di bandar
tinggal di kampung
tinggal di bandar
Jikalau demikian lakunya ,sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.
Berikan maksud rangkai kata penjurit besar lagi kepetangan.
hulubalang yang hebat dan cerdik
askar yang berbadan besar dan kacak
pahlawan yang berpangkat besar dan kaya
perajurit yang licik dan tinggi
Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan anda?
mengahwinkan Laksamana dengan puteri saya
menawarkan Laksamana jawatan yang lebih tinggi
memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana
menghukumnya dengan berat jika dia tersilap langkah
Kertala Sari begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana.
Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah?
dia sangat sayang akan ayahnya
tidak sanggup melihat ibunya menjadi balu
tidak dapat menerima Laksamana lebih hebat daripada ayahnya
ayah Kertala Sari seorang ayah yang bertanggungjawab
Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan pada zaman dahulu sering melancarkan perang terhadap negeri di sekitarnya?
untuk meluaskan pengaruh pemerintahan
untuk menghiburkan hati permaisuri
untuk meluaskan tanah jajahan
untuk menunjukkan kehebatan kerajaan
Pada pendapat anda, selain pemberian harta, apakah cara lain untuk menghargai jasa seseorang?
memberikan gelaran atau menaikkan pangkat
membantu mereka jika berada dalam kesusahan
tidak memberi hukuman kepada dia apabila dia berbuat salah
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
Yang tuanku, jika demikian sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.
Apakah maksud Yang sebahagi itu akan patik?
saya akan mengambil sebahagian
sebahagian itu saya bagi
saya mendermakan sebahagian itu
saya akan membahagikan harta itu
