Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH: TINGKATAN 2 (Bab 4)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat kerajaan Alam Melayu mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme.

Apakah yang mempengaruhi kepercayaan tersebut?

a)

Alam sekeliling

b)

Amalan pemerintah

c)

Aktiviti kekeluargaan

d)

Lokasi tempat tinggal

2.

Apakah agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan dengan pernyataan berikut?

a)

Animisme

b)

Dinamisme

c)

Hinduisme

d)

Buddhisme

3.

Apakah faktor yang menyebabkan agama Buddha, Hindu dan Islam tersebar ke Alam Melayu?

I Politik

II Peranan mubaligh

III Perdagangan antarabangsa

IV Peranan golongan intelektual

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Penyebaran tersebut bermula pada

a)

Abad kelima

b)

Abad keenam

c)

Abad ketujuh

d)

Abad kelapan

5.

Apakah agama terawal yang dianuti oleh masyarakat kerajaan Angkor?

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Animisme

6.

Siapakah raja Funan yang berperanan mengembangkan agama Buddha?

a)

Kaundinya

b)

Cakravatin

c)

Kurung Bnam

d)

Fan Shih-Man

7.

Agama Islam mula tersebar dalam kerajaan Champa pada abad ke-14. Siapakah pemerintah yang terlibat dalam penyebaran tersebut?

a)

Sultan Abu Abdullah

b)

Sultan Zainal Abidin

c)

Sultan al-Malik Shah

d)

Sultan Mansur Shah

8.

Masyarakat Gangga Nagara dikatakan menganut agama Buddha.

Antara berikut, apakah penemuan yang membuktikan pernyataan di atas?

I Candi Go Cay Thi

II Candi Dong Huong

III Avalokitesvara di Bidor, Perak

IV Arca Buddha di Lembah Kinta

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Kerajaan Srivijaya telah mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan China pada abad ketujuh.

Apakah bukti pernyataan tersebut?

a)

Mengirim utusan persahabatan

b)

Melakukan perkahwinan diraja

c)

Menghantar bantuan ketenteraan

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

10.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang dimaksudkan?

a)

Gangga Nagara

b)

Majapahit

c)

Srivijaya

d)

Funan

11.

Apakah manfaat hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu?

I Meningkatkan ekonomi kerajaan

II Memelihara kedaulatan kerajaan

III Mendapatkan perlindungan

IV Mengukuhkan persahabatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Kerajaan Srivijaya menghadapi masalah pemberontakan pada abad ke-11.

Bagaimanakah pemberontakan tersebut dapat diselesaikan?

a)

Menghantar ufti kepada China

b)

Menyerahkan tanah kepada China

c)

Bantuan ketenteraan daripada kerajaan Chola

d)

Perkahwinan dengan puteri kerajaan Singhasari

13.

Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu memanfaatkan sungai tersebut?

a)

Menjadi empangan

b)

Menjadi pusat perdagangan

c)

Membina pusat pemerintahan

d)

Menjalankan kegiatan pertanian

14.

Hikayat Amir Hamzah merupakan contoh karya persuratan awal yang telah ditulis dengan menggunakan tulisan

a)

Tulisan Jawi

b)

Tulisan Parsi

c)

Tulisan Kawi

d)

Tulisan Palava

15.

Apakah tulisan dari India yang digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan ?

a)

Tulisan Jawi

b)

Tulisan Rumi

c)

Tulisan Pegon

d)

Tulisan Palava

16.

Masyarakat Alam Melayu telah mengamalkan sifat terbuka dalam amalan beragama.

Apakah kesan daripada amalan tersebut?

a)

Meluaskan sistem perdagangan tempatan

b)

Mewujudkan keunikan warisan masyarakat

c)

Meningkatkan kerjasama antara masyarakat

d)

Mengembangkan perpaduan antara masyarakat

17.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Mengetuai upacara pertabalan raja

b)

Menjamin keselamatan negeri

c)

Menjaga keamanan kerajaan

d)

Menguruskan kutipan cukai

18.

Apakah persamaan peranan candi tersebut terhadap kerajaan Alam Melayu?

I Pengumpulan hasil pertanian

II Tempat perhimpunan para pendeta

III Pusat ibadat agama Hindu-Buddha

IV Tumpuan perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Negara Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama.

Apakah nilai yang perlu ada dalam masyarakat kita pada hari ini dalam amalan beragama?

a)

Kebijaksanaan

b)

Kesyukuran

c)

Bertoleransi

d)

Ketakwaan

20.

Apakah warisan yang ditinggalkan oleh kerajaan Alam Melayu kepada generasi pada hari ini?

I Ilmu matematik

II Sistem pelayaran

III Pemerintahan beraja

IV Kebijaksanaan pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV