wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI DIRI TAHUN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

"______________ mahu kejadian itu disiasat dengan segera," titah Sultan Mansor.

a)

Tuanku

b)

Patik

c)

Baginda

d)

Beta

2.

"Mari _______________ ke kedai Pak Mat," pelawa Mak Cik Tini kepada jirannya.

a)

mereka

b)

kami

c)

kita

d)

dia

3.

"Bilakah _____________ akan berangkat ke luar negara?" tanya Ganesh kepada rakannya.

a)

dia

b)

mereka

c)

kamu

d)

kalian

4.

Encik Koh bekerja sebagai guru. ___________ telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang kerana kepakarannya.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Kamu

5.

"Saya menjemput _____________ datang ke rumah pada hari Ahad ini," kata Ai Ling kepada rakan-rakannya.

a)

kamu

b)

mereka

c)

dia

d)

kalian

6.

Ini warung Pak Mahmut. ___________ telah lama berniaga di sini.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Kamu

7.

"___________ mestilah menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat," kata ayah kepada anak-anaknya.

a)

Kita

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Mereka

8.

Saya dan Dania berkawan baik. ___________ sentiasa belajar bersama-sama.

a)

Kamu

b)

Kami

c)

Dia

d)

Mereka

9.

Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap oleh polis. ___________ akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Ahad ini.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Dia

d)

Mereka

10.

Sultan Terengganu yang baru ditabalkan itu berjiwa rakyat. __________ amat disayangi oleh rakyat jelata.

a)

Beta

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Tuanku

11.

"Titah tuanku akan ____________ laksanakan sekarang juga," kata Hang Jebat kepada Sultan Mahmud.

a)

tuanku

b)

baginda

c)

beta

d)

patik

12.

_____________ menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kempen Mari Membaca pada peringkat sekolah.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Kamu

13.

Semua mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan. ____________ telah menerima sumbangan sejumlah wang.

a)

Dia

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Kalian

14.

"____________ telah banyak melihat corak hidup manusia," kata pengembara itu kepada Bendahara Melaka.

a)

Patik

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Saya

15.

"Ampun tuanku, sembah ___________ harap diampun," kata Tun Perak kepada Sultan Melaka.

a)

patik

b)

hamba

c)

saya

d)

beta

16.

"Esok _________ akan berangkat ke Tanjung Pura," titah Sultan kepada Datuk Bendahara.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

baginda

17.

Saya, Ah Seng dan Samy pergi ke bandar. ____________ pergi dengan menaiki kereta sewa.

a)

Saya

b)

Mereka

c)

Kita

d)

Kami

18.

"Janganlah __________ berdukacita, serahkan kepada patik untuk menguruskannya," sembah panglima itu kepada Sultan Melaka.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

beta

d)

hamba

19.

Roslee dan Maniam berkata,"Bukan __________ yang menconteng dinding itu, cikgu."

a)

saya

b)

kita

c)

kami

d)

dia

20.

"_____________ akan berangkat bersama-sama dengan Sultan Melaka esok," Kata Tun Ali kepada Tun Teja.

a)

Patik

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Tuanku