wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ting.3 (Bab 4)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah bentuk hubungan luar yang dijalinkan oleh Kedah dan Siam?


I Hubungan pentadbiran

II Hubungan diplomatik

III Membayar ufti sebagai pampasan

IV Melantik penasihat Siam dalam pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Peranan Penggawa atau Penghulu dalam pentadbiran Kesultanan Melayu ialah.....

a)

Menjaga keamanan

b)

Menyediakan tenaga kerja

c)

Melaksanakan perintah sultan

d)

Perantara antara pembesar dan rakyat

3.

Kesultanan Johor mewujudkan beberapa sistem pentadbiran moden untuk melicinkan pentadbiran.

Apakah sistem pentadbiran moden tersebut?


I Ahli Mesyuarat Negeri

II Jabatan-jabatan kerajaan

III Majlis Jemaah Diraja Johor

IV Ketua Kampung dan Penghulu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan I

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan gelaran yang pernah digunakan oleh pemerintah sebuah kerajaan negeri di negara kita.


Siapakah pemerintah kerajaan tersebut?

a)

Sultan Perlis

b)

Sultan Kedah

c)

Sultan Kelantan

d)

Sultan Terengganu

5.

Jadual menunjukkan kawasan yang dikuasai oleh negara Barat.

Kawasan X ialah.....

a)

Singapura

b)

Terengganu

c)

Segenting Kra

d)

Ujung Salang

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan slogan kuasa Barat untuk meluaskan pengaruh.


  • Beban orang putih


Kuasa Barat yang menggunakan slogan tersebut ialah....

a)

Rusia

b)

British

c)

Perancis

d)

Portugis

7.

Apakah cara yang dilaksanakan oleh British untuk menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang bagi membolehkan mereka mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India?

a)

Telefon

b)

Telegraf

c)

Kapal Berkuasa Wap

d)

Mengadakan persempadanan dengan Siam

8.

Apakah kaedah yang digunakan oleh British untuk menghalang kuasa Barat lain menguasai negeri-negeri Melayu?

a)

Meminta bantuan ketenteraan Siam

b)

Mengadakan perjanjian dengan Siam

c)

Melantik sultan yang disukai oleh British

d)

Menandatangani perjanjian dengan kuasa Barat yang lain

9.

Undang-undang berikut berkaitan dengan kanun undang -undang pemerintahan Kesultanan Melayu


  • Adat Meminang dan Undang-undang 1199H


Undang-undang tersebut termaktub dalam sistem perundangan Kesultanan...

a)

Perlis

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Selangor

10.

Mengapakah Siam mengarahkan Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis menghantar bunga emas kepadanya?

a)

Mengelakkan serangan Siam

b)

Mengakui ketuanan dan kepatuhan kepada kuasa Siam

c)

Mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Siam jika negeri tersebut diserang British

d)

Sebagai tanda persahabatan kerana negeri tersebut mempunyai hubungan perdagangan dengan Siam.

11.

Apakah perubahan yang dialami oleh Negeri-negeri Melayu Utara berikutan perjanjian berikut?


  • Perjanjian Bangkok 1909
a)

Mempertuankan Siam

b)

Menerima penasihat British

c)

Menjadi jajahan takluk British

d)

Memansuhkan sistem pemerintahan beraja.

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian di antara British dan Siam


Apakah yang hendak dicapai oleh British melalui perjanjian tersebut?

a)

Hubungan baik dengan Siam

b)

Meluaskan pengaruh ke Siam

c)

Menentukan sempadan Siam-Kelantan

d)

Meluaskan kuasa ke Negeri-negeri Melayu Utara

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan strategi British menguasai Johor


  • British menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor


Mengapakah Sultan Johor menolak tawaran British tersebut?

a)

British mahu menempatkan penasihat British

b)

British mahu membeli Kesang daripada Sultan Ali

c)

British mahu memanipulasi kewangan Johor yang kesannya menjejaskan ekonomi Johor

d)

British mahu menandatangani perjanjian dengan Sultan Ibrahim untuk menempatkan konsul

14.

Jentera pentadbiran yang berikut terus diamalkan berikutan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


  • Jemaah menteri
  • Majlis Menteri


Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan pentadbiran dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Pentadbiran bersifat moden

b)

Birokrasi Barat tidak dilaksanakan

c)

Sistem pentadbiran tradisional diteruskan

d)

Kuasa pemerintahan Raja-raja Melayu semakin merosot

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh yang terlibat dalam pemerintahan Kesultanan Terengganu.


  • Tengku Musa


Apakah tugas beliau dalam pentadbiran....

a)

Menjatuhkan hukuman

b)

Mentadbir Kawasan jajahan

c)

Menyambut kedatangan pelawat

d)

Menjalankan urusan keadilan dan perundangan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan dasar British di Johor.


  • Perjanjian Setia 1885 menyaksikan penempatan seorang ejan British di Johor


  • British menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar untuk membiayai pembinaan kereta api di Johor


Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh British....

a)

Memodenkan Johor

b)

Menjalinkan persahabatan

c)

Strategi menguasai Johor

d)

Mengembalikan keamanan

17.

Mengapakah usaha Perancis tersebut perlu dihalang British?


  • Perancis berusaha meluaskan kuasa ke Segenting Kra
a)

Pengeluar penting hasil hutan

b)

Mengeksplotasi hasil pertanian

c)

Menggugat perlabuhan Singapura

d)

Menjadi penampang Negeri-negeri Melayu

18.

Bagaimanakah cara kita menzahirkan rasa syukur atas kekayaan hasil bumi yang dimiliki?

a)

Memaksimumkan pencarian hasil galian

b)

Mengagihkan pendapatan secara sama rata antara negeri

c)

Memanfaatkan hasil bumi untuk kesejahteraan hidup masyarakat

d)

Mengundang negara lain untuk melabur dalam industri cari gali agar lebih berdaya saing

19.

Bagi menghadapi cabaran British, pemerintah Johor telah berjaya mengekalkan kedaulatan negeri Johor hingga tahun 1914 dengan melaksanakan pelbagai pemodenan.

Bagaimanakah usaha ini dilakukan?


I Menerima Penasihat British

II Mencontohi pentadbiran British

III Memajukan pertanian komersial

IV Menyertai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Kuasa raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih besar berbanding kuasa raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Mengapakah dikatakan sedemikian?

a)

Mengekalkan takhta

b)

Mengawal adat dan agama

c)

Mempunyai kuasa autonomi

d)

Mengekalkan pentadbiran tradisonal