wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesultanan Johor Riau

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pengasas Kesultanan Johor Riau?

a)

Tun Seri Lanang

b)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Mahmud Shah

2.

Kuasa besar manakah yang mengancam Kesultanan Johor Riau?

a)

Siam dan Aceh

b)

Aceh dan Belanda

c)

Belanda dan Jawa

d)

Aceh dan Portugis

3.

Apakah nama perang bagi peperangan yang berlaku antara Johor-Aceh - Portugis?

a)

Perang Bersaudara

b)

Perang Johor- Jambi

c)

Perang Seratus Tahun

d)

Perang Seratus Hari

4.

Semua faktor di bawah merupakan sebab Johor dikatakan sebagai pusat perdagangan yang unggul, kecuali?

a)

Harga barangan murah

b)

Kedudukan strategik

c)

Kesibukan pelabuhan Johor Riau

d)

Pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan

5.

Apakah barangan yang didagangkan oleh pedagang ALAM MELAYU?

a)

Sutera dan tembikar

b)

Manik dan rempah ratus

c)

Ikan masin dan Damar

d)

Teh dan Tembaga

6.

Berikut merupakan kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor KECUALI?

a)

Gudang bawah tanah

b)

Pegawai terlatih

c)

Barang keperluan pedagang

d)

Perpustakaan

7.

Berikut merupakan sistem yang digunakan dalam urusan jual beli di Johor KECUALI?

a)

Sistem tukar barang

b)

Sistem Barter

c)

Sistem atas talian

d)

Sistem Mata Wang

8.

Apakah nama bagi mata wang yang diperbuat daripada perak?

a)

Kupang

b)

Syiling

c)

Mas

d)

Katun

9.

Berikut merupakan golongan pembesar yang bertanggungjawab memberikan naungan kepada para pedagang KECUALI?

a)

Bendahara

b)

Penghulu bendahari

c)

Temenggung

d)

Raja Indera Bongsu

10.

Berikut merupakan peranan orang Laut KECUALI?

a)

Mengutip cukai

b)

Mengawal pelabuhan

c)

Penunjuk arah kepada pedagang

d)

Menunda kapal dagang

11.

Pelabuhan Johor Riau juga amat terkenal dalam pembinaan kapal bersaiz kecil, KECUALI?

a)

Kolek

b)

Balok

c)

Feri

d)

Banteng

e)

Penjajap

12.

Apakah karya agung yang dihasilkan dalam zaman kesultanan Johor Riau?

a)

Tuhfat Al-Nafis

b)

Gurindam Dua Belas

c)

Syair Ungku Puteri

d)

Sulalatus Salatin

13.

Siapakah yang menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah raja?

a)

Hang Tuah

b)

Tun Seri Lanang

c)

Raja Ali

d)

A. Samad Said

14.

Berikut merupakan isi kandungan Sulalatus Salatin, KECUALI?

a)

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

b)

Asal usul keturunan raja-raja Melaka

c)

Adat istiadat kerajaan

d)

Perdagangan

15.

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa?

a)

Menggalakkan anak-anak membaca

b)

Mempamerkan dalam galeri sekolah

c)

Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah

d)

Menyiarkan dalam rancangan “History” peringkat global

16.

Pada pandangan anda, mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah?

a)

Strategi memajukan ekonomi

b)

Pemerintah yang sentiasa berubah

c)

Mencari pusat pemerintahan yang berhampiran sungai

d)

Strategi mempertahankan diri daripada Portugis dan Acheh

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan wilayah Tungkal yang menjadi rebutan pada tahun 1659 hingga tahun 1679. Apakah kuasa yang terlibat dalam perebutan wilayah Tungkal?

a)

Johor dan Melaka

b)

Johor dan Acheh

c)

Acheh dan Melaka

d)

Johor dan Jambi

18.

Mengapakah peperangan antara Johor, Acheh dan Portugis ini berlaku?

a)

Untuk mendapatkan makanan

b)

Untuk menguasai perdagangan di Acheh

c)

Untuk mendapatkan tiga segi

d)

Untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka

19.

Bagaimanakah peperangan ini berakhir?

a)

Portugis malas nak lawan

b)

Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk kalahkan Portugis dan kuasai Melaka

c)

Johor melawan Portugis tanpa bantuan

d)

Ketiga tiga kuasa ini berdamai dan tidak berperang

20.

Apakah faktor utama yang menyebabkan Kesultanan Johor-Riau muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot?

a)

Peranan pembesar

b)

Kekayaan hasil bumi

c)

Kedudukan yang strategik

d)

Kebijaksanaan pemerintah