wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IMBANGAN PEMBAYARAN

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah direkodkan sebagai butiran debit dalam imbangan pembayaran?


I Iran mengimport minyak sawit bernilai RM100 juta dari Malaysia

II Jepun memberi pinjaman bernilai RM1 bilion kepada kerajaan Malaysia

III Syarikat Malaysia membuka sebuah kilang perabot di Thailand bernilai RM40 juta

IV Sebuah bank perdagangan Malaysia memberi biasiswa bernilai RM10 juta kepada 5 orang pelajar Thailand yang melanjutkan pelajaran di Australia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

5.Maklumat berikut menunjukka urus niaga antarabangsa di Negara EM.


Eksport Nampak = RM80.2 bilion

Import Nampak = RM72.3bilion


Antara yang berikut yang manakah menunjukan imbangan pembayaran yang betul

a)

imbangan pembayaran negatif

b)

Imbangan pembayaran positif

c)

Imbangan pembayaran seimbang

d)

Imbangan pemayaran kurang seimbang

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan butiran dalam akaun semasa


I Akaun pelaburan langsung

II Akaun Pindahan modal

III Akaun pendapatan primer

IV Pelaburan pendapatan sekunder

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Situasi manakah yang menyebabkan imbangan dagangan cenderung menjadi POSITIF?

a)

Kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

b)

Peningkatan pelancong asing ke Malaysia

c)

Peningkatan eksport getah asli ke Singapura

d)

Bilangan pelajar Malaysia di luar negara meningkat.

5.

Situasi manakah yang dapat membaiki imbangan pembayaran Malaysia?


I Pekerja asing Filipina dan Indonesia menghantar wang ke negara asal

II Menganjurkan perlumbaan kereta “Formula One” di Litar Sepang

III Firma asing membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia

IV Petronas membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah komposisi eksport barang nampak Malaysia?


a)

Barang pelaburan

b)

Barang perantaraan

c)

Barang penggunaan

d)

Barang perkilangan

7.

Antara berikut, yang manakah dicatatkan sebagai pendapatan sekunder?

a)

Kiriman wang

b)

Pampasan pekerja

c)

Dividen daripada pelaburan

d)

Bayaran penggunaan aset kerajaan

8.

Manakah yang benar tentang imbangan pembayaran?

a)

Satu rekod sistematik bagi jumlah urusniaga eksport dan import sesebuah negara dengan negara lain pada satu tahun kewangan

b)

Satu rekod sistematik bagi penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun

c)

Pendapatan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara direkod sebagai kredit

d)

Perbelanjaan pelancong asing yang melancong di Malaysia direkod sebagai debit

9.

pernyataan di bawah menunjukkan satu butiran akaun dalam akaun semasa.


Firma televisyen Malaysia membelanjakan berjuta juta wang untuk bayaran kos siaran program yang disediakan oleh firma asing.


AKAUN yang manakah perbelanjaan tersebut di rekodkan?

a)

Akaun pendapatan

b)

Akaun perkhidmatan

c)

Akaun dagangan

d)

Akaun modal

10.

Kerajaan malaysia membuat pelaburan dengan membeli saham di negara lain.


Butiran di atas merupakan salah satu komponen di dalam akaun

a)

Akaun kewangan

b)

Akaun pendapatan primer

c)

Akaun pendapatan sekunder

d)

Akaun modal