wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM Sejarah T4 Bab 4 (Kertas 1)

Total questions: 23

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

SPM 2017

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

a)

Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

Mengamalkan penyembahan berhala

c)

Hidup berpecah belah

d)

Tidak jujur dalam perniagaan

2.

SPM 2019

Maklumat berikut berkaitan dengan amalan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah

* Sistem Kabilah

* Semangat assabiah

Apakah kesan amalan tersebut ?

a)

Pengaruh kerajaan kuat

b)

Perdagangan luar terhad

c)

Perluasan wilayah berlaku

d)

Perpaduan ummah lemah

3.

SPMU 2018

Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri.

Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?

a)

Pertukaran hak menguasai telaga zamzam

b)

Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah

c)

Pertelagahan kuasa mengutip cukai

d)

Pengamalan semangat kesukuan

4.

SPM 2018

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?

I Perang kerap berlaku

II Sistem beraja merosot

III Pengaruh asing lemah

IV Semangat assabiah muncul

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

SPMU 2014

Mengapakah Perang Al-Basus berlaku selama 40 tahun di Tanah Arab pada Zaman Jahiliah?

a)

Perebutan sumber air

b)

Pelanggaran syarat perjanjian

c)

Menuntut pembebasan tawanan

d)

Mengamalkan semangat assabiah

6.

SPM 2011

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?


I Menghalalkan amalan riba

II Menjalankan pemerintahan berpusat

III Menjalin kerjasama antara kabilah

IV Mengamalkan perkahwinan bebas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

SPMU 2016

Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?

a)

Harta tergadai

b)

Hilang jawatan

c)

Maruah tercabar

d)

Keluarga terancam

8.

SPM 2013

Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.

- Menyembah berhala

- Menanam bayi perempuan yang baru lahir

- X


Apakah X?

a)

Membina petempatan kekal

b)

Mahir membina sistem pengairan

c)

Mengamalkan semangat assabiah

d)

Mempunyai susun lapis masyarakat

9.

SPM 2006

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

Mengamalkan semangat kesukuan

d)

Mengamalkan kepercayaan politiesme

10.

SPM 2011

Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?

a)

Keturunan baginda dihormati

b)

Memiliki kebijaksanaan

c)

Berpengalaman luas

d)

Sentiasa dipercayai

11.

SPM 2005

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.

Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?

a)

Penyebaran Islam di Makkah

b)

Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

12.

SPM 2010

8 Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan).

Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?

a)

Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia

b)

Penyatuan umat di bawah satu akidah

c)

Pembelaan terhadap agama

d)

Membaca untuk meningkatkan ilmu

13.

SPMU 2019

Setelah menerima wahyu yang kedua Nabi Muhammad SAW mula merancang untuk menyebarkan islam.

Apakah strategi yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan islam ?

a)

Memperbaiki sistem pemerintahan

b)

Membetulkan akidah masyarakat

c)

Meningkatkan ekonomi ummah

d)

Memperkasa sistem kabilah

14.

SPMU 2015

Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7 (wahyu kedua)


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

a)

Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

b)

Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

15.

SPM 2019

Antara berikut yang manakah strategi Nabi Muhammad SAW menyebarkan islam pada Peringkat awal di Makkah ?

I Fokus kepada keluarga terdekat

II Mendekati pemimpin Quraisy

III Menghantar utusan ke Parsi

IV Berdakwah secara rahsia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

SPM 2016

Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.

- Bilal bin Rabah

- Amir bin Fuhairah

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Persamaan taraf

b)

Perubahan status

c)

Desakan keluarga

d)

Kebebasan beragama

17.

SPM 2015

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberi jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

18.

SPM 2009

Berikut adalah tokoh yang telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.

  • Al-Arqam bin Abu Arqam

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?

a)

Membantu mengumpulkan ayat al-Quran

b)

Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah

d)

Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy

19.

SPM 2006

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?

I Perbezaan kepercayaan

II Prinsip perjuangan berbeza

III Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’

IV Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

SPM 2015

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.

Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita .

Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita .

Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai dimeterai

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

21.

SPMU 2016

Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan

a)

mendekati orang ramai

b)

menjalin hubungan luar

c)

memasuki kota Makkah

d)

menjalankan perniagaan

22.

SPM 2017

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah

23.

SPMU 2014

Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

a)

Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

Mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak