wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 9 : 9.1Usaha Rundingan Kemerdekaan

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Perkara yang dibincangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan British di London termasuklah .....

a)

Perkongsian kuasa British-Tanah Melayu

b)

Hal berkaitan Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu

c)

Kedudukan British sebagai penguasa dikekalkan

d)

British menolak kuasa Raja-Raja Melayu mengatasi Perlembagaan

2.

Wakil Parti Perikatan yang terlibat mengikuti rundingan kemerdekaan di London ialah Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Colonel H.S. Lee dan...

a)

Zainal Abidin Ahmad

b)

Encik Sardon Zubir

c)

Dr. Ismail Abdul Rahman

d)

Encik Sulaiman Palestin

3.

Cadangan untuk menghantar perwakilan ke London bagi berunding berkenaan kemerdekaan hanya dipersetujui sebahagian daripada parti politik dan kaum di Tanah Melayu. Pernyataan ini adalah ....

a)

Ya, benar

b)

Tidak benar

4.

Rombongan kemerdekaan yang menuju ke London memilih untuk menggunakan pengangkutan kapal laut berbanding kapal terbang. Mengapa laluan ini dipilih oleh pemimpin Tanah Melayu?

a)

Menjimatkan kos pengangkutan ke London

b)

Menggunakan masa yang panjang untuk merancang strategi

c)

Mengelakkan dari disekat British semasa perjalanan

d)

Mempercepatkan proses pengangkutan ke London

5.

Di dalam ucapan aluan balas dari Kerajaan British, Tunku Abdul Rahman menyatakan permintaan untuk mendapatkan taraf ........... dalam menuntut kemerdekaan.

a)

Berkerajaan Sendiri

b)

Separa Kerajaan

c)

Berkerajaan Dengan Bersyarat

d)

Berkerajaan Sementara

6.

Di dalam rundingan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dan British, aspek ini menekankan tentang kepentingan ekonomi dipegang rakyat tempatan. Aspek ini ialah.....

a)

Menghapuskan jawatan SU kewangan dan digantikan Menteri Kewangan

b)

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu wajib membayar ganti rugi kepada Pegawai British

c)

Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama akan diratifikasi

d)

Jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dipegang dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu

7.

Isu keselamatan negara selepas kemerdekaan dipandang serius dalam pertemuan rundingan ini. Antara tuntutan berkait dengan aspek ini ialah...

a)

Mewujudkan jawatan Menteri Kewangan menggantikan SU Kewangan

b)

Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara Tanah Melayu dan British ditandatangani

c)

Menteri Pertahanan diwajibkan dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu

d)

Isu Suruhanjaya Perlembagaan, Kewangan, Keselamatan Dalam Negeri dan Perkhidmatan Awam ditekankan

8.

Misi rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam rundingannya. Hasil daripada rundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk ....

a)

Suruhanjaya Pilihan Raya

b)

Suruhanjaya Keselamatan Dalam Negeri

c)

Suruhanjaya Kemerdekaan

d)

Suruhanjaya Perlembagaan

9.

Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas kepada usaha pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri. Pernyataan ini adalah ...

a)

Ya, benar

b)

Tidak benar

10.

Suruhanjaya Perlembagaan yang dibentuk melalui rundingan kedua-dua pihak iaitu British dan Persekutuan Tanah Melayu berfungsi untuk ...

a)

Menguruskan sambutan kemerdekaan

b)

Merangka perlembagaan negara

c)

Menguruskan bayaran pampasan kepada pegawai British di Tanah Melayu

d)

Mewujudkan keadilan dan kesamarataan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu