wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu : Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

"Segeralah persiapkan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera _______________," titah Tuanku kepada Bendahara.

a)

aku

b)

kita

c)

beta

d)

saya

2.

Tayar motosikal abang _________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

3.

Sekumpulan pegawai alam sektar sedang membuat ________ di sungai yang tercemar itu.

a)

kajian

b)

intipan

c)

risikan

d)

andaian

4.

Shuib selalu teringat ________ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan Orang Asli itu.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

5.

Mereka kelihatan ________ kerana terpaksa menaiki tangga hingga tingkat sepuluh menara itu.

a)

terkial-kial

b)

terketar-ketar

c)

terkocoh-kocoh

d)

tercungap-cungap

6.

Faris sanggup menjual telefon bimbitnya kerana menyangka akan memenangi telefon bimbit baharu dalam peraduan itu, malangnya dia tidak memperoleh kemenangan.

Tindakan Faris itu diumpamakan seperti peribahasa...

a)

kalah jadi abu, menang jadi arang

b)

bumi yang mana tidak ditimpa hujan

c)

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

d)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

7.

Kontraktor itu terpaksa menangguhkan kerja-kerja memperdalamkan sungai itu oleh kerana masalah cuaca.

a)

memperdalam sungai itu kerana

b)

memperdalamkan sungai itu kerana

c)

memperdalam sungai itu oleh kerana

d)

memperdalamkan sungai itu oleh kerana

8.

Encik Aizat dan isterinya masih berada di hospital kerana ________ terhadap jenazah anak mereka masih belum selesai.

a)

uji kaji

b)

kaji hayat

c)

temu ramah

d)

bedah siasat

9.

Ayah mengasah parang dan sabit miliknya kerana sudah ________.

a)

karat

b)

tohor

c)

pendek

d)

tumpul

10.

Emak ________ bawang besar sebagai bahan tumisan sayur sawi.

a)

melapah

b)

mengupas

c)

mengelar

d)

menghiris

11.

Encik Azim __________ ke tempat kerja kerana sudah terlewat.

a)

terkulat-kulat

b)

terpingkal-pingkal

c)

terhuyung-hayang

d)

terkocoh-kocoh

12.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan silat kelihatan ________ kerana dia mahir dalam ilmu persilatan.

a)

tangkas

b)

lasak

c)

cekap

d)

kencang

13.

Murid-murid diminta _____________ perkataan sama makna dalam ayat.

a)

gariskan

b)

menggariskan

c)

menggaris

d)

menggarisi

14.

Abang Syahir berasa _______ kerana keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi.

a)

rawan

b)

sangsi

c)

seram

d)

gelisah

15.

Walaupun Ahmad sibuk menguruskan syarikatnya, namun _______ sering pulang ke kampung untuk menziarahi keluarganya.

a)

dia

b)

aku

c)

nya

d)

kami

16.
a)

bagai anjing dengan kucing

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai cincin dengan permata

17.

Pintar ________ Sang Kancil kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.

a)

agak

b)

paling

c)

sungguh

d)

terlalu

18.

Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah ________ menderita penyakit angin ahmar.

a)

bertahun-tahun

b)

berhari-hari

c)

berabad-abad

d)

berkurun-kurun

19.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang ________ itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

20.

Pemuda itu telah menjumpai ________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.

a)

serumpun

b)

sebilah

c)

sejambak

d)

seutas