NEW
Font size
WorksheetsKuiz 09_Kata Hubung
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Ayam yang digoreng oleh Kak Sufi telah hangus __________________ api terlalu besar.
supaya
kerana
sebelum
sehingga
Pekerja kedai itu sering dipuji oleh majikannya _______________ dia seorang yang ringan tulang.
kerana
agar
supaya
jika
Encik Zakwan bukan sahaja pemurah ________________ juga seorang yang baik hati.
dan
tetapi
walaupun
manakala
Penyokong pasukan Hijau bersorak terlalu kuat __________________ suara mereka menjadi serak.
setelah
hingga
agar
manakala
“Kerja ini tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan _________________ kita asyik berlengah-lengah,” marah Puan Suhaila kepada orang bawahannya.
yang
walaupun
jika
tetapi
Andy tekun mengulangkaji pelajarannya __________________ lewat malam.
sementara
sehingga
jika
apabila
Tangan Ah Meng bengkak ________________ disengat oleh seekor lebah.
kerana
agar
tetapi
kalau
“Kamu perlu menyelidik dahulu berita itu _________________ mempercayainya,” pesan Joe kepada Malique.
sebelum
apabila
malahan
kerana
Sarvitha memberitahu kami __________________ ibunya sekarang sedang menjalani fisioterapi di hospital swasta itu.
supaya
kerana
setelah
bahawa
“Amran, kamu hendak makan kuih-muih ________________ buah-buahan?” Tanya Sufian kepada Zalea.
tetapi
lalu
atau
dan
Abang Din mahu membeli suratkhabar _________________ dia terlupa membawa duit.
tetapi
untuk
kerana
sambil
_________________ menunggu abangnya tiba, Ameera menyiapkan kerja sekolahnya di perpustakaan.
Setelah
Sejenak
Sehingga
Sementara
Vishal menggilap sepatu yang hendak dipakainya ke majlis itu __________________ kelihatan menarik.
sementara
kerana
supaya
jikalau
Noraini ternampak sehelai cebisan kertas di bawah meja ________________ mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah.
dan
lalu
atau
supaya
Hairy begitu teruja _________________ terpilih untuk menyertai perkhemahan di Teluk Ramunia.
sambil
untuk
kerana
supaya
“Saya sentiasa berdoa _______________ kamu akan cepat sembuh,” kata Adha.
semoga
bahawa
hingga
sementara
Pasangan suami isteri itu duduk di atas sofa _________________ berbual mesra.
sambil
atau
semasa
apabila
Perlawanan bola keranjang itu akan dibatalkan _________________ hari hujan.
manakala
jika
sementara
agar
Tiap-tiap petang, Asyley akan datang ke rumah Adrell _________________ hari hujan.
sementara
agar
serta
kecuali
Bibik Lidya memarut sebiji kelapa ______________ mendapatkan santan.
atau
serta
untuk
sambil
