Font size
WorksheetsT3 Bab 10: Sumber Hutan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah ciri iklim hutan di Malaysia?
Suhu yang tinggi
Suhu yang rendah
Taburan hujan rendah
Taburan hujan tinggi
Antara berikut, yang manakah ciri hutan Khatulistiwa di Malaysia?
Akar banir
Daun kecil
Malar hijau
Tiga lapisan
Apakah agensi yang menjalankan penyelidikan sumber hutan di Malaysia?
GEC
SAM
WWF
FRIM
Antara berikut, yang manakah kepentingan pengurusan hutan di Malaysia?
Menjamin sumber bahan mentah
Mengekalkan harga kayu balak
Peningkatan pelabur asing
Keseimbangan ekosistem
Mengapakah pengurusan hutan penting kepada pembangunan negara?
Bekalan oksigen
Kawasan tadahan air
Keseimbangan biotik
Sumber yang berterusan
Kombinasi manakah yang BENAR tentang kegunaan sumber hutan berikut?
Batang nibung-Perabot
Tongkat ali-Perubatan
Buluh-Tiang rumah
Kayu keras-Atap
Maklumat berikut merupakan kawasan taman negara di Malaysia.
*Endau-Rompin (Johor)
*Niah (Sarawak)
Apakah kepentingan taman negara kepada ekonomi Malaysia?
Habitat flora
Ekopelancongan
Sumber makanan
Agropelancongan
Maklumat berikut merupakan sumber hutan di Malaysia.
*Hutan paya bakau
*Hutan hujan tropika
Apakah kesan penerokaan sumber hutan tersebut secara berterusan tanpa kawalan?
Pencemaran udara
Peningkatan humus
Rantaian makanan terjejas
Permintaan kayu meningkat
Maklumat berikut berkaitan langkah pengurusan hutan di Malaysia.
*Hutan simpan
*Taman Negara
Mengapakah pengurusan hutan perlu dilaksanakan di Malaysia?
Menjana pendapatan negara
Keseimbangan ekosistem hutan
Mengurangkan harga kayu balak
Peningkatan taraf hidup penduduk
Bagaimanakah penerokaan sumber hutan dapat dikurangkan untuk menjamin bekalan berterusan?
Penubuhan ladang hutan
Penggunaan teknologi moden
Meningkatkan pengeluaran kayu
Mewujdkan aktiviti ekopelancongan
Antara berikut, yang manakah BENAR tentang pemeliharaan hutan di Malaysia?
Mewartakan taman negara
Mewujudkan ladang hutan
Penanaman semula pokok
Penguatkuasaan undang-undang
Mengapakah tapak ramsar diwujudkan untuk pemeliharaan hutan di Malaysia?
Penghutanan semula
Aktiviti ekopelancongan
Meningkatkan industri kayu arang
Mengawal pengeluaran kayu balak
Maklumat berikut berkaitan tapak ramsar.
*Pulau Kukup
*Kuching Wetlands National Park
*Tasik Bera
Apakah persamaan fungsi kawasan tersebut kepada alam sekitar?
Industri kayu arang
Habitat flora dan fauna
Sumber industri kayu arang
Sumber pembalakan kayu bakau
Bagaimanakah agensi FRIM menguruskan sumber hutan di Malaysia?
Mewartakan hutan simpan
Mewujudkan pusat konservasi
Penyelidikan dan pembangunan
Penguatkuasaan undang-undang
Apakah fungsi agensi WWF dalam pengurusan sumber hutan di Malaysia?
Menjamin sumber bekalan kayu
Memelihara kepelbagaian biologi
Melindungi kawasan tanah lembap
Meningkatkan kegiatan ekopelancongan
