NEW
Font size
WorksheetsUNIT 8 HABA
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Sebatang sudu dimasukkan ke dalam gelas B selepas beberapa minit, didapati air di dalam gelas B lebih sejuk berbanding dengan air di dalam gelas A.
Apakah yang dapat diperhatikan daripada penyiasatan ini?
Sudu menyerap haba
Lebih banyak haba terbebas pada gelas B
Sudu menurunkan suhu air
Sudu menyerap udara sejuk ke dalam gelas
Mengapakah merkuri digunakan dalam termometer?
Merkuri mudah mengembang dan mengecut
Merkuri merupakan bahan bermagnet
Merkuri merupakan konduktor haba yang paling baik
Merkuri merupakan penebat haba yang paling baik
Razi ingin memasukkan sebiji bola besi ke dalam sebuah botol kaca. Didapati bola besi itu tidak dapat dimasukkan ke dalam botol kaca.
Apakah yang harus dilakukannya supaya bola besi itu dapat dimasukkan ke dalam botol kaca?
Memanaskan bola besi itu
Merendam botol kaca ke dalam air panas
Merendam botol kaca ke dalam ais
Merendam botol kaca ke dalam air
Sekeping duit syiling 50 sen dimasukkan ke dalam air yang bersuhu 80 darjah celcius. Apakah yang akan berlaku selepas 30 minit?
Duit syiling menjadi panas
Suhu air meningkat
Duit syiling akan mengecut
Aras air akan berkurang
Mengapakah tangan akan berasa sejuk apabila memegang sudu yang diperbuat daripada logam? (KBAT)
Sudu logam tidak mudah membebaskan haba
Haba dari tangan akan dipindahkan ke sudu logam
Sudu logam mudah mengalirkan haba
Sudu logam mengembang
Apakah yang akan berlaku sekiranya beberapa ketulan ais dimasukkan ke dalam secawan kopi panas?
Ketulan ais dan kopi panas menerima haba
Ketulan ais dan kopi panas kehilangan haba
Ketulan ais kehilangan haba manakala kopi panas menerima haba
Ketulan ais menerima haba manakala kopi panas kehilangan haba
Apakah yang perlu dilakukan supaya bola besi dapat melalui gelang besi? (KBAT)
Panaskan bola besi
Panaskan gelang besi
Sejukkan gelang besi
Panaskan bola besi dan gelang besi secara serentak
Antara yang berikut, yang manakah menggunakan prinsip pengembangan dan pengecutan bahan?
Landasan kereta api
Cermin sisi kereta
Jambatan kayu
Periskop
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang haba?
i. Haba ialah satu bentuk tenaga
ii. Haba boleh dipindahkan
iii. Haba boleh dirasai
iv. Haba ialah ukuran darjah kepanasan objek
i dan ii
ii dan iv
i, ii, dan iii
i, ii, iii dan iv
Pernyataan manakah yang betul tentang termometer?
i. Digunakan untuk mengukur suhu
ii. Digunakan untuk mengukur haba
iii. Unit piawai yang digunakan ialah darjah Celcius
iv. Merkuri di dalam termometer mengembang apabila suhu meningkat
i dan ii
ii dan iv
i, ii dan iii
i, iii dan iv
Apakah yang dapat diperhatikan apabila bola pingpong yang kemik direndam dalam air panas?
Air di dalam bikar menjadi lebih panas
Air di dalam bikar kehilangan haba
Saiz bola pingpong bertambah
Bola pingpong menjadi sfera semula
Haba mengalir daripada bahan yang panas kepada bahan yang sejuk sehingga kedua-dua bahan itu menjadi sama panas.
Betul
Salah
Semakin panas sesuatu bahan, semakin rendah suhunya
Betul
Salah
Unit suhu ialah darjah Celcius. Unit lain bagi suhu ialah darjah Fahrenheit.
Betul
Salah
Jirim seperti pepejal, cecair dan gas boleh mengembang apabila menerima haba
Betul
Salah
