wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH : TINGKATAN 2 (Bab 8)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara sumber utama pengasasan kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu manakah yang berkaitan dengan sumber tersebut?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Negeri Sembilan

2.

Bagaimanakah kedudukan Kuala Sungai Merbok yang menghala ke Selat Melaka dan Gunung Jerai memainkan peranan dalam kemakmuran negeri Kedah?

a)

Pembinaan kota

b)

Kawasan pertanian subur

c)

Menggalakkan perdagangan

d)

Benteng pertahanan yang kukuh

3.

Apakah fungsi nobat?

a)

Alat kebesaran diraja

b)

Alat muzik tradisional

c)

Warisan budaya masyarakat

d)

Lambang pemerintahan negeri Kedah

4.

Apakah strategi kerajaan Kedah untuk menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri?

a)

Mendapatkan perlindungan raja Siam

b)

Mengukuhkan kedudukan menerusi perkahwinan diraja

c)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan jiran

d)

Mengembangkan kawasan pemerintahan menerusi pembukaan kota

5.

Kemangkatan Raja Bahar telah menyebabkan berlaku perpecahan wilayah Kelantan. Apakah dua wilayah tersebut?

I Kelantan Utara

II Kelantan Barat

III Kelantan Timur

IV Kelantan Selatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Siapakah Y?

a)

Long Yunus

b)

Puteri Saadong

c)

Sultan Muhammad II

d)

Che Siti Wan Kembang

7.

Apakah tujuan utusan tersebut?

a)

Menjemput anak raja

b)

Memohon perlindungan

c)

Menjalinkan hubungan persahabatan

d)

Membentuk Persekutuan Negeri Sembilan

8.

Mengapakah Raja Melewar mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan Johor Riau?

a)

Memohon perlindungan

b)

Menjalinkan hubungan persahabatan

c)

Negeri Sembilan naungan kerajaan Johor Riau

d)

Pelantikan baginda dilakukan oleh Sultan Johor

9.

Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Melewar semasa ditabalkan sebagai pemerintah Negeri Sembilan?

a)

Yamtuan Seri Menanti

b)

Yamtuan Kecil

c)

Sultan

d)

Raja

10.

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Perlis?

a)

Menjadi naungan Siam

b)

Menjadi negeri berdaulat

c)

Mendapat perlindungan Siam

d)

Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Siam

11.

Manakah antara berikut merupakan tujuan hubungan antara kerajaan dilaksanakan?

I Memperkukuhkan kedaulatan kerajaan

II Mengikat tali persaudaraan antara kerajaan

III Mengiktiraf kekuasaan kerajaan lain ke atasnya

IV Memperoleh pengiktirafan kedaulatan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah asas hubungan diplomatik bagi kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain?

a)

Keselamatan

b)

Ketenteraaan

c)

Kesefahaman

d)

Keserumpunan

13.

Apakah maklumat yang mewakili asas hubungan melalui kedudukan geografi?

a)

Perkongsian institusi pendidikan agama

b)

Penerimaan agama Islam oleh pemerintah

c)

Persamaan meliputi aspek bahasa dan budaya

d)

Hubungan berdasarkan sumber alam dan sumber bumi

14.

Bagaimanakah langkah Long Yunus bagi memastikan usaha penyatuan Kelantan yang dilaksanakan berjaya?

a)

Mendapat perlindungan Raja Patani

b)

Mendapat perlindungan Sultan Terengganu

c)

Menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam

d)

Mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan

15.

Jalinan hubungan diplomatik antara Melaka dengan Kelantan berdasarkan kepada perkahwinan diraja. Siapakah puteri kerajaan Kelantan yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah?

a)

Che’ Ku Wan

b)

Raden Galoh

c)

Onang Kening

d)

Tengku Nor Asiah

16.

Apakah barangan yang diperdagangkan di Pangkalan Kuala Merbok?

a)

Bijih timah

b)

Kain sutera

c)

Payung emas

d)

Kapur barus

17.

Maklumat di atas berkaitan dengan pengasasan Negeri Sembilan.

Pembesar di atas bersetuju menghantar utusan bagi menjemput pemerintah dari Minangkabau.

Apakah nilai yang berkaitan dengan persetujuan pembesar tersebut?

a)

Menghormati undang-undang

b)

Bertanggungjawab terhadap negara

c)

Bermuafakat dalam membuat keputusan

d)

Bersama mempertahankan sempadan wilayah

18.

Bagaimanakah Sungai Perlis penting kepada kerajaan Perlis?

a)

Kawasan pungutan cukai

b)

Tempat pertemuan pedagang

c)

Sumber bekalan ikan mentah

d)

Kawasan pangkalan armada laut

19.

Mengapakah pelabuhan penting kepada sesebuah kerajaan Melayu?

a)

Kekuasaan sesebuah negeri

b)

Lambang kedaulatan negeri

c)

Menjamin keselamatan negeri

d)

Meningkatkan kemakmuran negeri

20.

Antara berikut, pedagang luar manakah yang mengadakan hubungan dagang dengan keempat-empat kerajaan Melayu?

a)

Pedagang Siam

b)

Pedagang Johor

c)

Pedagang Pahang

d)

Pedagang Selangor