NEW
Font size
WorksheetsKemahiran Tatabahasa Tingkatan 2
Total questions: 40
Worksheet time: 2hrs 0mins
1. Pilih jawapan yang paling tepat bagi maksud Kata Akronim.
A. Perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan
B. Perkataan yang disingkatkan menjadi pendek dan ringkas
C. Satu proses mencipta perkataan yang baru dan singkat
D. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau situasi
2. Berapakah jenis kata Akronim?
A. 3
B. 4
C. 2
D. 5
3. " Cantuman awal huruf perkataan". Yang manakah berikut adalah tepat bagi kenyataan tersebut?
A. Mara
B. Angkubah
C. Cerpen
D. UKM
4. "Ditulis dengan huruf kecil dan bukan kata nama khas". Pernyataan ini merujuk kepada________?
A. Akronim jenis cantuman huruf awal perkataan
B. Akronim jenis cantuman huruf dan suku kata perkataan
C. Akronim jenis cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain
D. Akronim jenis cantuman suku kata awal perkataan
5. Perkataan dibawah merujuk kepada akronim jenis_________?
Proton
Mara
Intan
A. Cantuman huruf awal
B. Cantuman huruf dan suku kata perkataan
C. Cantuman suku kata awal perkataan
D. Cantuman bahagian awal perkataan
6. Bahagian-bahagian perkataan akronim boleh terdiri daripada_____________?
A. kata-kata
B. ayat-ayat
C. nama-nama
D. huruf-huruf
7. Perkataan dibawah merujuk kepada akronim jenis huruf awal perkataan dan perlulah ditulis dengan menggunakan____________?
*UKM, UMS, UMP, USM*
A. huruf awal
B. huruf kecil
C. huruf besar
D. huruf depan
8. Perkataan TASKA merupakan singkatan daripada perkataan___________?
A. Taman didikan kanak-kanak
B. Taman bimbingan kanak-kanak
C. Taman asuhan kanak-kanak
D. Taman ambilan kanak-kanak
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
9. Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat.
A. terjerumus
B. terperosok
C. termusnah
D. terikut
10. Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja.
A. dilalui
B. dihubungi
C. disusun
D. direntas
11. ___________ Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani oleh masyarakat tempatan.
A. Kebolehan
B. Kecekapan
C. Kegigihan
D. Kearifan
12. Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu.
A. kehebatan
B. kesukaran
C. kebanggaan
D. kesenangan
13. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan.
A. tahap
B. aras
C. paras
D. tingkat
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai bagi
soalan 14 hingga soalan 16.
14.
I. Cikgu Murni telah mengajar di kawasan
pendalaman itu selama lima tahun.
II. Cikgu Rahim begitu menarik hati
keayuan dan kelincahan gadis desa itu.
III. Cikgu Masiha telah memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran kepada pelajarnya.
IV. Cikgu Rafeah sedang mengajarkan
karangan tentang masalah sosial masa kini.
A. I dan III sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
15.
I. Haji Buang sedang memperbesar
perniagaannya di bandar raya itu.
II. Pemandangan di Pantai Teluk Nipah
itu begitu cantik nian.
III. Cikgu Ali merasa kecewa dengan sikap
pelajarnya yang kurang sopan itu.
IV. Pak Mahmood ialah bapa kepada
Cikgu Hayati dan Cikgu Rohaya.
A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
16.
I. Setengah penduduk kampung itu menerima
suntikan vaksin dengan percuma.
II. Majlis persaraan pengetua itu dibuat secara
besar dan paling bermakna sekali.
III. Seorang nelayan ditemui mati dipercayai
ditusuk ikan todak di Tumpat baru-baru ini.
IV. Pelancaran Perodua Kembara telah
disempurnakan dengan penuh warna-warni.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
17. Baju Jaswan Singh ____________ kerana terkena lumpur ketika menyertai pertandingan bola sepak pada waktu hujan.
A. comot-momot
B. koyak-rabak
C. serba-serbih
D. compang-camping
18. Sebelum ekspedisi itu bermula, semua _________diberi taklimat tentang pentingnya mematuhi peraturan di hutan.
A. peserta-peserta
B. peserta-serta
C. peserta
D. perserta
19. Berbasikal secara _________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
A. bersaing-saing
B. berbaris-baris
C. berluncur-luncur
D. berderet-deret
20. Keluarga Encik Zaki seronok _____________di kawasan air terjun yang popular itu.
A. ulang-alik
B. lalu-lalang
C. mundar-mandir
D. mandi-manda
21. Saya suka __________ di Taman Ujana Rimba Tropika.
A. berulang-alik
B. meliang-liuk
C. bersiar-siar
D. membeli-belah
22. Muka petinju itu _________akibat tumbukan pihak lawan.
A. calar-balar
B. bengkak-bengkil
C. comot-momot
D. bengkang-bengkok
23. Suasana ________di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.
A. huru-hara
B. hiruk-pikuk
C. kacau-bilau
D. kucar-kacir
24. Pertahanan pasukan Perak ________ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan.
A. hiruk-pikuk
B. kucar-kacir
C. kacau-bilau
D. haru-biru
25. Berikut merupakan jenis-jenis kata adjektif kecuali?
A. perasaan
B. ukuran
C. bakat
D. sifat
26. Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
A. sedih
B. malu
C. dendam
D. marah
27. Besi pembahagi jalan itu _______ setelah dilanggar oleh sebuah lori yang mebawa beras.
A. bengkok
B. benjol
C. kempis
D. lonjong
28. "Permukaan lantai itu menjadi licin setelah dimop oleh ibu"
Apakah jenis kata adjektif yang digunakan dalam ayat di atas?
A. sifat
B. perasaan
C. warna
D. bentuk
29. Pakaian Syafik _______ kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
A. halus
B. kembang
C. sejuk
D. basah
30. Para penyokong pasukan bola sepak SMK Kamunting berasa _______ kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi perlawanan itu semakin _______. Tandakan pilihan jawapan yang betul.
A. gementar, getir
B. cemas, tipis
C. cemas, runsing
D. gementar, genting
31. "Baju kurung yang dipakai oleh Cikgu Melissa sungguh cantik".
Apakah jenis frasa adjektif yang digunakan dalam ayat di atas?
A. Frasa adjektif keterangan
B. Rrasa adjektif predikat
C. Frasa adjektif keterangan kata nama
D. Frasa adjektif keadaan
32. Pilih ayat yang menggunakan frasa adjektif dengan tepat.
I. Air kopi itu terasa kelat kerana belum dibubuh gula.
II. Semua kenderaan bergerak perlahan kerana berlaku sesuatu kecelakaan jalan raya yang dasyat di Jalan Lintang.
III. Warna putih pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
IV. Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang kempis di dalam stor sukan.
A. II dan II
B. II dan III
C.III dan IV
D. II dan IV
33. Manakah antara pilihan jawapan dibawah merupakan ayat tunggal?
A. Minta Kamu semua bertenang.
B. Usah besarkan yang remeh itu.
C. Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.
D. Rumah Liza terletak jauh dari sekolah?
34. Manakah antara berikut bukan ayat tunggal?
A. Karim ialah seorang guru.
B. Cerita itu sungguh sedih
C. Johari suka makan durian.
D. Sedapnya masakan itu!
35. "Awak boleh mula sekarang".
Pernyataan diatas merujuk kepada ayat jenis ayat perintah. Apakah jenis ayat perintah diatas?
A. Ayat suruhan
B. Ayat silaan
C. Ayat larangan
D. Ayat permintaan
36. "Gopal masih mempunyai atuk dan nenek". Apakah jenis ayat yang berseuaian dengan pernyataan tersebut?
A. Ayat Majmuk
B. Ayat Tunggal
C. Ayat Perintah
D. Ayat Seruan
37. Kata hubung yang manakah sesuai untuk ayat dibawah untuk dijadikan ayat majmuk.
I. Amir melayari internet.
II. Amir mencari maklumat terbaru.
A. Dan
B. Untuk
C. Kerana
D. Walaupun
38. Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?
i. Kucing itu mengiau kerana lapar.
ii. Cikgu Anita memakai baju batik hari.
iii. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman
iv. Encik Rahim sedang menyapu dan membersihkan kawasan rumah
A. I dan II
B. II dan III
C. II, II, dan IV
D. I dan IV
39. Manakah antara berikut merupakan ayat majmuk?
A. Pemuda kacak itu siapa?
B. Bandar Tasik Selatan terletak di Cheras
C. Sila penuhkan kerusi di hadapan pentas itu.
D. Ayah membaca surat khabar sambil menonton televisyen.
40. Manakah antara berikut merupakan ayat larangan?
A. Cis, bedebah kau Roy!
B. Terlalu panjang galah itu.
C. Tak usah engkau kenang lagi peristiwa itu
D. Ambil buku ini dan ulang kaji!
