wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ADVOKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MODUL 1

Total questions: 15

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Peguam bela adalah individu terlatih dalam bidang undang-undang. Walaupun mereka bukan pemutus kepada salah atau benarnya satu-satu hukuman, salah satu tanggungjawab utamanya adalah mengikuti peraturan dan akta-akta yang berkaitan bagi mempengaruhi penjaga dan guru anak-anak berkeperluan khas dalam suasana pendidikan.


Berdasarkan penyataan di atas, maksud advokasi adalah

I. Advokasi adalah salah satu bentuk komunikasi persuasif (memujuk).

II. Bertujuan untuk mempengaruhi pihak berkepentingan dalam membuat dasar atau keputusan.

III. Satu desakan secara paksaan kepada pembuat dasar dan masyarakat.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan III

d)

D. I, II dan III

2.

Dalam merealisasikan advokasi ke atas kanak-kanak berkeperluan khas, ibu bapa, penjaga dan guru hendaklah memiliki kemahiran, antara kemahiran yang diperlukan ialah

a)

A. Kemahiran tangan (hands on).

b)

B. Kemahiran komunikasi.

c)

C. Kemahiran psikomotor

d)

D. Kemahiran menjaga anak.

3.

Advokasi ke atas kanak-kanak penting dilakukan kerana

a)

A. Kelayakan untuk menjadi pemimpin.

b)

B. Mendapatkan wang dari anak-anak berkeperluan khas.

c)

C. Ibu bapa dapat menumpang kemudahan anak-anak.

d)

D. Kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai hak seperti kanak-kanak tipikal.

4.

Sebelum sesuatu advokasi mengenai sesuatu isu ditimbulkan, perencana hendaklah mempunyai

a)

A. Perancangan yang meliputi satu kerangka kerja yang sistematik dan lengkap

b)

B. Kerangka kerja yang ringkas supaya mudah dilaksanakan

c)

C. Sedikit pertimbangan advokasi dalam interaksi antara pihak yang terhad.

d)

D. Semua ahli yang berperanan untuk semua tugasan yang diberikan.

5.

Antara berikut yang manakah terkandung dalam aktiviti kerangka kerja advokasi?

I. Penggunaan data sebagai bahan advokasi

II. Menentukan tujuan advokasi dan kenal pasti sasaran

III. Mendapatkan juruwang yang benar-benar pakar

IV. Analisis SWOT

a)

A. I dan IV

b)

B. II dan III

c)

C. I, II dan IV

d)

D. I, II dan III

6.

Kenal pasti rangkaian yang sepatutnya dimasukkan dalam rangkaian yang berpotensi untuk advokasi, contohnya seperti

a)

A. Ibu bapa

b)

B. Ibu bapa dan kanak-kanak

c)

C. Ibu bapa, kanak-kanak, guru

d)

D. Ibu bapa, guru, peguam

7.

Masalah utama yang paling dirasakan oleh pihak berkepentingan dan mendapat perhatian masyarakat dengan hasil kajian dan pemerhatian adalah termasuk dalam kerangka kerja

a)

A. Mengenal pasti dan memahami masalah

b)

B. Kenal pasti sasaran

c)

C. Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats)

d)

D. Penyelesaian masalah

8.

Bagaimana anda boleh menggunakan rangkaian untuk membantu aktiviti advokasi yang anda mahukan lakukan?

a)

A. Untuk mendapatkan dana.

b)

B. Untuk bersuara semata-mata kepada pihak berkenaan.

c)

C. Bagi memperjuangkan ibu bapa/ keluarga kanak-kanak yang berkeperluan khas.

d)

D. Memudahkan urusan pembelaan dan mendapatkan segala kemudahan serta hak mengikut tugas dan kepakaran masing-masing.

9.

Kenal pasti penyokong dan pembangkang anda yang akan terlibat dalam perselisihan kes/ isu, apakah kedudukan mereka dalam kes ini?

a)

A. Pihak yang menurut dan memusnah satu-satu pertubuhan advokasi

b)

B. Sebagai satu kekuatan kumpulan dan penambahbaikan mana-mana bahagian yang kurang.

c)

C. Kedua-dua pihak penyokong dan pembangkang akan saling berselisih faham.

d)

D. Sukar untuk mengenal pasti siapa kawan dan lawan jika terdapat kedua-dua pihak yang sering terlibat dengan perselisihan

10.

Bentuk atau taktik penggunaan media yang boleh digunakan dan siapa sasaran penggunaan media adalah termasuk dalam

a)

A. Agenda/ aktiviti advokasi dan menyusun dokumen rancangan strategik.

b)

B. Sumber aktiviti yang dirancang.

c)

C. Perancangan awal pembinaan dokumen kertas cadangan

d)

D. Tujuan penubuhan satu-satu persatuan/kelab.

11.

Dalam Kod Amalan Pendidikan Khas yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas ada menyatakan dalam Bab 9 berkenaan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Nyatakan sekurang-kurangnya lima (5) perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh pasukan kerjasama pelbagai disiplin.

4 lines
12.

Pada pandangan anda, mengapakah kemahiran advokasi diri perlu diajar dan disediakan kepada anak-anak berkeperluan khas?

4 lines
13.

Nyatakan 2 faktor kejayaan kejayaan dalam Pendidikan Khas berdasarkan Kod Amalan Pendidikan Khas.

4 lines
14.

Berdasarkan simbol-simbol yang diberikan, huraikan makna pada mana-mana dua (2) simbol tersebut.


Sebagai petunjuk simbol pertama sebelah kiri baris atas adalah ditandai sebagai S1, seterusnya S2 dan S3. Manakala baris kedua sebelah kiri sekali S4, S5 dan S6. Baris bawah sebelah kiri S7, S8 dan paling akhir kanan bawah, S9.

4 lines
15.

Berdasarkan maklumat dalam gambar ini, siapakah antara pihak yang sepatutnya bekerjasama untuk mendapatkan kemudahan dan pembelaan kepada kanak-kanak tersebut.

4 lines