NEW
Font size
WorksheetsPENGURUSAN DIRI PPKI (Komunikasi Berkesan)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apabila bercakap dengan ibu bapa kita perlu menggunakan bahasa yang
A. Kasar
B. Meninggikan suara
C. Sopan dan berlemah-lembut
D. Perlahan dan tidak jelas
Apabila berhadapan dengan masalah atau konflik keluarga kita perlu
A. Bergaduh
B. Bermasam muka
C. Tidak bertegur sapa
D. Berbincang
Sekiranya kita ditegur atau diberi nasihat oleh orang lain kita perlu
A. Abaikan nasihat yang diberi
B. Mendengar nasihat dan terima dengan hati terbuka
C. Memarahi orang yang memberi nasihat itu
D. Tidak memberi perhatian
Bagaimanakah cara kita menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga?
A. Tidak mempedulikan antara satu sama lain
B. Mementingkan diri dalam setiap situasi
C. Bertanya khabar, bertegur sapa dan ucap selamat
D. Menggunakan bahasa yang kasar
Kepentingan menggunakan bahasa yang baik ketika berkomunikasi adalah
A. Mewujudkan salah faham
B. Menyebabkan rasa marah
C. Menimbulkan rasa benci
D. Mengelakkan berlakunya konflik dan memupuk kasih sayang
Apakah yang perlu kita lakukan setelah melakukan kesalahan?
A. Mendiamkan diri
B. Memohon maaf
C. Menyalahkan orang lain
D. Menceritakan keburukan orang lain
Apakah kebaikan sekiranya kita sentiasa menggunakan bahasa yang baik ketika bergaul dengan orang lain?
A. Sentiasa disenangi
B. Sentiasa dibenci
C. Sentiasa dimarahi
D. Sentiasa dipinggirkan
Sekiranya kita tidak mengenali seseorang itu kita perlu memulakan perbualan dengan
A. Bercerita tentang kelebihan diri sendiri
B. Bercerita tentang keluarga sendiri
C. Memberi salam dan bertegur sapa
D. Memeluk erat
Apabila kamu ingin meminta pertolongan kamu perlu ;
A. Memaksa orang memberikan bantuan
B. Meminta pertolongan dengan bahasa yang sopan dan baik
C. Menangis dan meraih simpati
D. Bercakap dengan kasar
Apakah yang kamu lakukan setelah menerima bantuan atau pemberian dari orang lain?
A. Ketawa dan tersenyum
B. Melompat-lompat kegembiraan
C. Memberi wang
D. Mengucapkan terima kasih
