NEW
Font size
WorksheetsBM - Kata Kerja 1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
menghulurkan
meletakkan
melontarkan
melabuhkan
Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
mencapai
menggarap
menduduki
merangkul
Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Tahan telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
terjumpa
berjumpa
dijumpai
menjumpai
Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
menumbangkan
menewaskan
menundukkan
menumpaskan
Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
penghapusan
penerokaan
pembersihan
pembasmian
Pak Cik Amran ________ kulit bawang merah sebelum dikisar.
mengikis
meraut
menghiris
mengupas
Anjing liar itu ________ seketul tulang.
mengepit
menjamah
menggonggong
memakan
Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
ditipu
ditegur
disapa
dikunjungi
Dagu datuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
mencabut
memotong
mencukur
menggunting
Shafiqa dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
melancong
menziarahi
mendatangi
menemui
Puan Sofia seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ sajaknya.
menyanyikan
mengalun
mempamerkan
mendeklamasikan
Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Taman Megah.
diangkat
dipegang
disambut
dijulang
Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
menyudu
menyodok
meminum
mencedok
Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
tergelincir
terbabas
tersangkut
tersangkut
Mak Cik Zakiah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
menenun
menyirat
menganyam
menyulam
Nana membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.
menekap
mencanai
menerap
mencalit
Ayam-ayam hutan itu ______ tanah untuk mencari makanan.
menggali
menguis
menanam
menimbus
Sotong yang telah dibersihkan akan ______ di atas para-para sehingga kering.
disimpan
diperam
dihimpun
dijemur
Mangsa peperangan itu tidur dengan ______ gebar usang.
bertilamkan
beratapkan
berselimutkan
berbantalkan
Lauk-pauk kenduri malam kelmarin telah ______ oleh ibu.
dipersiap
diperbuat
diperoleh
diperhangat
Wahida _______ apabila dimarahi oleh wanita yang tidak dikenali semasa membeli buku.
tergagap
terlupa
tercengang
tersenyum
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
mengecut
meracau
menggoyang
menggigil
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
mencanai
mengisar
menguli
menggentel
Petani itu _______ tempat duduknya dengan tikar buruk.
menyapu
melapis
melapik
menutup
Aniza menoleh ke belakang apabila terasa ada seseorang yang ______ bahunya.
mencucuk
menjunjung
merotan
mencuit
