wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.1 Keseimbangan Terma

Total questions: 14

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Seorang murid menuang cecair R pada suhu 80 oC ke dalam cecair S pada suhu 50 oC. Suhu akhir campuran ialah

a)

lebih tinggi daripada 80 oC

b)

lebih rendah daripada 50 oC

c)

sama dengan 50 oC

d)

di antara 50 oC dan 80 oC

2.

Rajah menunjukkan secawan air the panas.

Bandingkan suhu air the panas dan cawan apabila kedua-duanya berada dalam keseimbangan terma.

a)

suhu air teh panas = suhu cawan

b)

suhu air teh panas < suhu cawan

c)

suhu air teh panas > suhu cawan

3.

Rajah menunjukkan dua blok logam P dan Q yang diletak dalam sentuhan terma.

Pernyataan manakah betul mengenai pemindahan haba antara P dan Q apabila keseimbangan terma tercapai di antara P dan Q?

a)

Tiada haba dipindah antara P dan Q

b)

Tiada haba bersih dipindah antara P dan Q

c)

Haba bersih dipindah dari P ke Q

d)

Haba bersih dipindah dari Q ke P

4.

Rajah menunjukkan susu sejuk dituangkan ke dalam kopi panas.

Pernyataan manakah yang betul apabila campuran itu berada dalam keadaan keseimbangan terma?

a)

Suhu campuran itu lebih rendah daripada suhu susu sejuk

b)

Suhu campuran itu lebih tinggi daripada suhu kopi panas

c)

Kadar pemindahan haba susu sejuk adalah lebih rendah daripada kopi panas

d)

Kadar pemindahan haba bersih antara susu sejuk dan kopi panas adalah sifar

5.

Apakah konsep yang digunakan dalam pengukuran suhu badan manusia menggunakan termometer?

a)

Perolakan terma

b)

Keseimbangan terma

c)

Muatan haba tentu

d)

Haba pendam tentu

6.

Rajah menunjukkan dua objek P dan Q, bersentuhan antara satu sama lain.
Apakah yang terjadi apabila objek berada dalam keseimbangan terma?

a)

Objek mempunyai ketumpatan yang sama.

b)

Objek mempunyai isipadu yang sama.

c)

Objek mempunyai suhu yang sama.

d)

Objek mempunyai jisim yang sama.

7.

Rajah menunjukkan satu sfera logam bersuhu 90 oC direndam dalam cecair bersuhu 40 oC.

Berapakah suhu sfera logam itu apabila keseimbangan terma tercapai di antara sfera logam dan cecair?

a)

Melebihi 90 oC

b)

Sama dengan suhu bilik

c)

Kurang daripada 40 oC

d)

Di antara 40 oC dan 90 oC

8.

Rajah menunjukkan segelas teh ais.

Apakah yang berlaku apabila teh ais dan gelas dalam keseimbangan terma?

a)

Suhu gelas berkurang

b)

Suhu teh ais meningkat

c)

Ada pengaliran haba dari gelas ke teh ais

d)

Tiada pengaliran haba bersih dari gelas kepada teh ais

9.

Rajah menunjukkan dua objek R dan S saling bersentuhan. Suhu awal R ialah 80 oC dan suhu awal S ialah 60 oC.

Pernyataan yang manakah betul semasa R dan S berada dalam keadaan keseimbangan terma?

a)

Kadar bersih pengaliran haba antara R dan S adalah sifar.

b)

Suhu R lebih tinggi daripada S.

c)

Kadar perubahan suhu R lebih besar daripada S.

d)

Kuantiti haba dalam R sama dengan S.

10.

Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai

a)

Jisim yang sama

b)

Kuantiti tenaga haba yang sama

c)

Muatan haba yang sama

d)

Suhu yang sama

11.

Suhu ialah ...

a)

satu bentuk tenaga

b)

darjah kepanasan suatu objek

c)

ukuran kuantiti haba suatu objek

d)

kuantiti vektor

12.

Haba ialah ...

a)

suatu bentuk tenaga

b)

kuantiti asas

c)

darjah kepanasan suatu objek

d)

kuantiti vektor

13.

Rajah menunjukkan sebuah termometer.

Pengubahsuaian yang manakah akan menambah kepekaan termometer?

a)

Menggunakan tiub kapilari yang berdiameter kecil

b)

Menggunakan dinding batang kaca yang lebih tebal

c)

Menggunakan dinding bebuli yang lebih tebal

14.

Rajah menunjukkan sebuah thermometer merkuri yang belum ditentukur.

Apabila thermometer itu dimasukkan ke dalam air panas, panjang turus merkuri menjadi 22 cm. Berapakah suhu air panas?

a)

50.0 oC

b)

52.3 oC

c)

54.5 oC

d)

84.0 oC