WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
kelat
pahit
manis
masin
2. Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lembut
halus
kasar
licin
3. Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
halus
basah
kembang
sejuk
4. Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
perlahan
deras
laju
gopoh
5. Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
merah
biru
kuning
putih
6. Rauf dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______ itu di dalam stor sukan.
lonjong
kempis
lurus
kemik
7. Pengemis itu makan nasi denggan _________ kerana terlalu lapar.
pantas
perlahan
lembut
gelojoh
8. Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
bengkok
bujur
kempis
lonjong
9. Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
rindu
malu
sayang
benci
10. Sani selalu ditegur oleh guru Bahasa Malaysia kerana tulisannya __________ .
comot
kasar
buruk
lama
11. Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
12. Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
lebat
penuh
ketat
padat
13. Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
Kaku
riang
diam
nyenyak
14. Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
Kelat
pahit
pedas
payau
15. Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
Cemas
terharu
terkejut
kecewa
16. Abang Syamil_________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
17. Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi sungai.
hancur
tersiat
tercalar
bengkak
18. Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.
comel
ganas
gebu
tembam
19. Pelajar Tahun Enam Crystal sangat ___________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
baik
malu
takut
patuh
20. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
