NEW
Font size
WorksheetsAsal Padi Tingkatan 1
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Apakah tema prosa Asal Padi?
Kesungguhan melakukan sesuatu perkara.
Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.
Kelebihan menanam padi.
Kasih sayang adik kepada abang.
Berikut merupakan perwatakan Si Bongsu, kecuali
Seorang yang degil.
Seorang yang berani.
Seorang yang bijaksana.
Seorang yang bertanggungjawab.
Berikut merupakan watak yang terdapat dalam prosa Asal Padi, kecuali
Si Bongsu
Orang Kayangan
Si Tekuri
Si Merpati
"Si Bongsu sanggup berhadapan dengan risiko ditangkap oleh orang Kayangan dan mungkin akan dihukum. Walau bagaimanapun, dia mengambil risiko secara positif dan tabah berusaha menyembunyikan padi untuk dibawa ke bumi."
Apakah persoalan berdasarkan pernyataan di atas?
Persoalan sikap tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Persoalan ketabahan dalam kehidupan.
Persoalan keberanian dalam menghadapi cabaran sekiranya ingin berjaya dalam hidup.
Persoalan sikap pentingkan diri sendiri.
Berikut merupakan latar masyarakat dalam prosa, kecuali
Masyarakat yang bijaksana
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang tabah
Masyarakat yang penyayang
Bagaimanakah cara Si Bongsu membawa pulang padi ke bumi?
Mengambil segenggam padi dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Menyorokkan beberapa butir padi di dalam lubang luka pada tumitnya.
Meletakkan di dalam poket seluarnya.
Meletakkan di dalam karung guni.
Mengapakah tumit Si Bongsu terluka?
Si Bongsu terpijak sesuatu yang tajam.
Empunya Padi menyepak kaki Si Bongsu
Empunya Padi menghempas Si Bongsu ke tangga pelangi.
Si Bongsu terjatuh.
Mengapakah Empunya Padi tidak membenarkan Si Bongsu membawa padi turun ke bumi?
Sekiranya Si Bongsu menanam padi di bumi, hasil tanaman padi di kayangan tidak akan subur.
Si Empunya Padi tidak suka berkongsi.
Si Empunya Padi tidak mahu bersaing dengan Si Bongsu.
Si Empunya Padi tidak mahu Si Bongsu bersikap tamak.
"Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan yang aneh itu."
Berdasarkan petikan di atas, bilakah anak yatim piatu itu menyedari kelazatan nasi itu?
setelah bertanya kepada anak yatim piatu yang lain.
setelah memakan nasi yang diberikan penduduk kayangan itu.
setelah diizinkan oleh penduduk kayangan untuk memakan beras itu.
setelah mengambil nasi itu sebelum menyerahkannya kepada anak yatim piatu.
"Oleh sebab itu, jikalau ia hendak membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya.
Frasa mencari akal membawa maksud
berazam untuk berjaya.
berikhtiar melakukan sesuatu perkara.
berusaha untuk melepaskan diri.
bertindak untuk membantu orang lain.
"Anak yatim piatu itu pun menjawab dengan tenangnya, "Silakan! Periksalah dengan teliti kalau-kalau ada apa-apa yang saya bawa. Sekarang saya sudah betul-betul jera mengambil apa-apa. Saya sungguh-sungguh sudah bertaubat dan tidak mahu melakukannya."
Rangkai kata sudah betul-betul jera bermaksud
sudah betul-betul jujur.
telah benar-benar serik.
tidak betul-betul insaf.
akan sungguh-sungguh menyesal.
"Orang Kayangan yang ditugaskan menjaga padi sangat bertanggungjawab dalam menjalankan amanah menjaga padi supaya tidak dicuri orang."
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah
masyarakat yang berdikari.
masyarakat yang rajin.
masyarakat yang bertanggungjawab.
masyarakat yang amanah.
" Si Bongsu melihat benda berwarna kuning keemasan sedang dijemur. Dia mendapat tahu bahawa benda yang seperti emas itu bernama padi dan boleh dimakan serta enak rasanya."
Latar tempat bagi petikan di atas ialah di
bumi.
Negeri Kayangan.
tangga pelangi.
dusun bendang padi.
Pilih bukti peristiwa nilai kebijaksanaan.
Si Bongsu berusaha mencari jalan untuk membawa padi ke bumi dan ingin menanam padi di bumi.
Empunya padi mencari jalan untuk memajukan tanaman padi.
Si bongsu mengikut tujuh orang wanita kayangan naik ke kayangan.
Empunya padi mengarahkan Si Tekuri dan Si Pipit turun ke bumi untuk melihat keadaan bumi.
Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam prosa, kecuali
di bumi.
di kayangan.
di tangga pelangi.
di istana.
Berikut merupakan nilai dalam keseluruhan prosa, kecuali
nilai keberanian.
nilai bertanggungjawab.
nilai keprihatinan.
nilai kerajinan,
Apakah yang dilakukan oleh Si Pipit semasa turun ke bumi?
Si Pipit terus pulang ke kayangan untuk memberitahu kepada Empunya Padi bahawa di bumi terdapat padi yang sedang berbuah.
Si Pipit telah memakan padi tersebut sebelum pulang semula ke kayangan dan memberitahu tuannya bahawa tiada padi di bumi.
Si Pipit membawa pulang beberapa butir padi untuk ditunjukkan kepada Empunya Padi sebagai bukti padi sedang berbuah.
Si Pipit menyatakan bahawa tiada apa-apa yang berlaku di bumi.
Apakah yang dilakukan oleh Si Tekuri sebaik sahaja sampai ke bumi?
Si Tekuri telah membunuh Si Pipit.
Si Tekuri naik semula ke kayangan dan memberitahu empunya padi.
Si Tekuri memakan padi tersebut.
Si Tekuri dan Si Pipit sama-sama naik ke kayangan semula.
Pilih peristiwa yang betul yang berlaku di tangga pelangi.
SI Bongsu bermain-main di tangga pelangi.
Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang wanita kayangan.
Empunya padi menghempas Si Bongsu sehingga tumit Si Bongsu luka.
Empunya padi turun ke bumi.
Pada pendapat anda, apakah keburukan orang yang tidak bercakap jujur sepeti Si Bongsu?
Menimbulkan sifat sombong dalam diri.
Hidup akan sentiasa dalam kesusahan.
Kata-katanya tidak akan dipercayai oleh orang lain.
Tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baiknya.
