Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEKNIK elak BULI

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Orang yang membuli selalu dikategorikan sebagai agresif. Apakah agresif?

a)

Pemalu dan suka memencilkan diri.

b)

Mementingkan diri sendiri sehingga mengganggu hak orang lain.

c)

Melawan apabila diganggu.

d)

Boleh bercakap dengan yakin di hadapan orang ramai.

2.

Orang pasif sering menjadi mangsa buli. Apakah ciri-ciri mereka?

a)

Mengikut arahan ketua dengan baik.

b)

Boleh berbaik dengan semua orang.

c)

Membantu semua orang yang memerlukan.

d)

Tidak berani menjaga hak sendiri dan mudah mengikut arah orang lain yang mengambil kesempatan pada dirinya.

3.

Kita sepatutnya menjadi individu yang asertif. Siapakah orang asertif?

a)

Orang yang sukar untuk dibuli.

b)

Individu yang sensetif dengan hal orang lain.

c)

Orang yang menjaga dengan dirinya pada masa yang sama menghormati hak dan keperluan orang lain.

d)

Orang yang sangat menjaga hak diri sendiri dengan baik.

4.

Sila atur turutan teknik menghadapi buli dengan turutan yang betul.

a)

Berfikir dengan baik, bertindak atas fikiran yang rasional, ambil masa untuk bertenang .

b)

Bertindak atas pemikiran yang rasional, berfikir dengan baik, ambil masa untuk bertenang.

c)

Berfikir dengan baik, ambil masa untuk bertenang, bertindak atas pemikiran yang rasional.

d)

Ambil masa untuk bertenang, berfikir dengan baik, bertindak atas pemikiran yang rasional.

5.

Sebagai murid sekolah, apa yang sepatutnya kamu lakukan jika dibuli?

a)

Mengajak rakan untuk melawan pembuli.

b)

Buat laporan kepada guru dan ibu bapa.

c)

Memberi amaran kepada pembuli.

d)

Mendiamkan diri kerana takut diapa-apakan dengan lebih teruk oleh pembuli jika membuat laporan.

6.

Apakah tujuan sebenar pembuli?

a)

Mahu memalukan orang lain dengan sengaja.

b)

Orang yang benci dan tidak suka dengan mangsa buli.

c)

Individu yang lebih kuat dan menyingkirkan orang yang lebih lemah darinya.

d)

Individu yang cuba untuk menjatuhkan keyakinan diri mangsa buli.

7.

Apakah respon yang kita sepatutnya tunjukkn kepada pembuli?

a)

Melawan kata-kata pembuli tersebut sehingga dia kalah.

b)

Menangis sehingga pembuli rasa bersalah dan berhenti membuli.

c)

Mendengar kata-kata pembuli sehingga dia puas dan barulah kita berlalu meninggalkan tempat konflik.

d)

Setelah mendengar kata-kata awal dari pembuli, kita hendaklah berlalu meninggalkan tempat konflik dan abaikan kata-katanya.

8.

Bagaimanakah cara kita menjaga hak kita?

a)

Meningkatkan keyakinan pada diri sendiri.

b)

Mula belajar seni mempertahankan diri

c)

Menjadi lebih tegas dan garang tehadap orang lain.

d)

Menjauhkan diri dari orang ramai supaya orang tidak mengusik kita.

9.

Adakah anda pernah mengalami pengalaman dibuli? Apa yang anda lakukan?

4 lines
10.

Berikan nama penuh dan kelas anda.

4 lines