Font size
WorksheetsKUIZ BAB 10: PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Antara organisma berikut, yang manakah mempunyai nisbah jumlah luas permukaan per isi padu yang paling besar?
Amoeba sp.
Lipas
Tikus
Gajah
Mengapakah satu organisma multisel yang besar memerlukan satu sistem peredaran?
Resapan ringkas adalah terlalu kompleks untuk mereka.
Resapan ringkas adalah terlalu perlahan untuk pertukaran bahan bagi mengekalkan aktiviti sel.
Nisbah jumlah luas permukaan per isipadu adalah besar.
Organisma ini boleh memperoleh oksigen dan nutrien secara langsung dari persekitaran luar.
Apakah yang boleh didapati di bahagian Z?
Plasma
Platlet
Eritrosit
Leukosit
(a) ialah cecair bernutrien menyerupai darah yang terdapat dalam kebanyakan serangga dan moluska.
Yang manakah benar tentang sistem peredaran darah tertutup?
Darah sentiasa berada dalam salur darah tertutup yang berterusan dan diedarkan ke seluruh badan.
Pertukaran bahan seperti oksigen, nutrien berlaku merentasi kapilari darah.
Darah mengalir terus ke rongga badan melalui hujung salur yang terbuka
Sistem peredaran ikan dikenali sebagai..
(a)
Yang manakah benar tentang jumlah atrium dan ventrikel?
Ikan: 1 atrium; 1 ventrikel
Amfibia: 1 atrium; 2 ventrikel
Manusia: 2 atrium; 2 ventrikel
-Tekanan: tinggi
-Kepekatan oksigen: rendah
-Kepekatan karbon dioksida: tinggi
Pernyataan berikut menunjukkan ciri-ciri darah dalam salur darah X pada manusia. Apakah salur darah X?
Aorta
Vena pulmonari
Vena kava
Arteri pulmonari
(a) berfungsi memisahkan bahagian jantung kanan dan kiri dan memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen.
Apakah kepentingan protein plasma?
Fibrinogen berfungsi dalam pembekuan darah
Albumin mengawal tekanan osmosis darah
Globulin ialah sejenis antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan
mengawal aktiviti fisiologi dalam badan
Apakah yang dimaksudkan dengan otot kardium bersifat miogenik?
Jantung boleh mengecut dan mengendur tanpa perlu terima isyarat impuls daripada sistem saraf.
Jantung boleh mengecut dan mengendur dengan cara terima isyarat impuls daripada sistem saraf.
Jantung boleh mengecut sahaja tanpa perlu terima isyarat impuls daripada sistem saraf.
i. Impuls eletrik sampai ke nodus atrioventrikel. Impuls elektrik merebak melalui berkas His, dan gentian Purkinje sehingga ke apeks jantung.
ii. Nodus sinoatrium menjana impuls elektrik.
iii. Impuls elektrik merebak dari apeks jantung ke seluruh dinding ventrikel mengakibatkan ventrikel mengecut dan mengepam darah keluar ke peparu dan badan.
iv. Impuls elektrik merebak cepat dalam kedua-dua atrium, menyebabkan atrium mengecut serentak.
Susun tindakan pengepaman jantung di atas dengan betul
ii → iv → i → iii
i → iv → ii → iii
iii → iv → i → ii
ii → i → iv → iii
Pengaliran darah dalam vena untuk kembali ke jantung dibantu oleh..
pengecutan otot licin yang terdapat pada dinding venul dan vena.
pengecutan otot rangka di sekeliling vena.
daya tarikan graviti.
Pilih pernyataan yang benar mengenai mekanisma pembekuan darah.
Trombokinase dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K menukarkan protrombin kepada trombin.
Trombin memangkinkan penukaran fibrinogen kepada fibrin.
Platlet yang bergumpal, sel yang rosak dan faktor pembeku dalam plasma darah membentuk trombokinase.
Pilih yang benar mengenai hemofilia?
akan tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil
menyebabkan kerosakan salur darah
penyakit yang menghalang darah membeku dan sebabkan pendarahan berlebihan
Antara individu berikut, yang manakah menghadapi aglutinasi?
P dan Q
P dan R
Q dan S
R dan S
Antara berikut, yang mana boleh menyebabkan serangan jantung?
pengerasan vena portal hepar
darah beku dalam otak
arteri renal meletus
arteri koronari tersumbat
Antara faktor-faktor berikut, yang manakah mempunyai kaitan dengan pembentukan bendalir interstis di jaringan kapilari?
Tekanan hidrostatik yang tinggi di hujung arteriol pada jaringan kapilari
Dinding arteriol telap kepada beberapa komponen darah
Dinding kapilari darah setebal satu sel
Pengangkutan aktif
Sistem limfa terdiri daripada organ-organ seperti..
nodus limfa
kelenjar timus
sumsum tulang
limpa
Apakah yang akan berlaku kepada tubuh badan manusia jika nodus limfa gagal berfungsi?
Lemak dari usus kecil akan terkumpul dalam nodus limfa
kepekatan antibodi dalam tubuh berkurang
aras keimunan meningkat
aliran limfa tersekat
