wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK T1 BAB 2(PERWAKILAN DATA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai Sistem Asas 10?

a)

Menggunakan 10 pilihan digit

b)

Pilihan digit terdiri daripada 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9

c)

Diguna oleh komputer untuk menyimpan data

d)

Diguna dalam kehidupan seharian manusia

2.

Jadual berikut menunjukkan nilai digit dalam nombor 1010.

Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai jadual di atas.

a)

Nilai bagi baris 2 ialah 8,4,2,1

b)

Baris 2 juga disebut nilai tempat

c)

Nilai perpuluhan untuk 1010 ialah 10

d)

Nilai digit bagi setiap lajur adalah hasil darab Baris 1 dan Baris 3

3.

Apakah kepentingan untuk belajar nombor perduaan dan penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan?

a)

Komputer memahami data dalam perwakilan nombor perduaan sahaja

b)

Nombor perduaan yang menggunakan 2 digit sahaja senang dipelajari.

c)

Nombor perduaan mudah difahami ramai berbanding dengan nombor perpuluhan

d)

Penyimpanan data-data dalam nombor perduaan lebih kemas

4.

Yang manakah ialah kaedah yang digunakan untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor perduaan

a)

Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya

b)

Kaedah darab dengan 2 dan gunakan bakinya

c)

Kaedah hasil tolak baki

d)

Kaedah baki di bahagi 2

5.

Jadual berikut menunjukkan kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan

a)

Kaedah yang digunakan ialah kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya

b)

Nombor perduaan yang diperoleh ialah 110100

c)

Hasil bahagi 1perlu dibahagikan lagi dengan 2.

d)

Semakan perlu dilakukan selepas menjalankan penukaran ini.

6.

Berikut menunjukkan cara menghitung hasil tolak bagi dua nombor perduaan 11011-101.Berdasarkan jadual berikut,yang manakah benar untuk nilai-nilai x

a)

1

b)

10

c)

101

d)

0

7.

Bagaimanakah komputer menerima input huruf yang ditaip pada papan kekunci yang kemudian dipaparkan pada skrin komputer.

a)

Setiap huruf, simbol dan digit pada papan kekunci diwakili oleh set kod piawai dalam nombor perduaan

b)

Setiap huruf, simbol dan digit pada papan kekunci ditukarkan kepada nombor perduaan oleh komputer.

c)

Setiap huruf, simbol dan digit pada papan kekunci ditukarkan kepada nombor perduaan secara berasingan.

d)

Perisian pemproses kata dapat menerima huruf,simbol dan digit daripada papan kekunci tanpa penukaran

8.

Berapakah kod aksara yang dapat ditampung oleh kod ASCII 7 bit

a)

126

b)

128

c)

256

d)

266

9.

Apakah elemen yang terkecil untuk paparan imej digital pada skrin komputer?

a)

Resolusi

b)

Dimensi

c)

Piksel

d)

Bit

10.

Apakah maksud kepada suatu imej digital yang mempunyai 100 dpi?

a)

Imej ini memerlukan 100 bit untuk storan

b)

Imej ini mempunyai 10000 piksel seinci persegi

c)

Imej ini mempunyai sebanyak 100 warna untuk perwakilan warnanya

d)

Dimensi imej ialah (2 x 100) dpi, iaitu 200 piksel

11.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai jenis ukuran yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz serta kualiti imej digital?

a)

Resolusi

b)

Kedalaman bit imej

c)

Kedalaman bit warna

d)

Dimensi

12.

Fail imej digital berikut mempunyai dimensi 640 x 423 dan resolusi 300 dpi.Berapakah jumlah piksel dalam imej ini?

a)

902 piksel

b)

270 720 piksel

c)

318 900 piksel

d)

81 213 000 piksel

13.

Apakah kedalaman bit warna imej digital yang mempunyai 16 warna?

a)

65 536 bit

b)

16 bit

c)

8 bit

d)

4 bit

14.

Nyatakan sebab mengapa imej perlu dimampatkan?

a)

Untuk meningkatkan kualiti imej

b)

Untuk menukar warna imej

c)

Untuk menjadikan imej mudah disimpan

d)

Untuk meningkatkan kualiti fail

15.

Antara berikut,yang mana satukah format fail mampatan yang sering digunakan untuk menyimpan imej kamera digital?

a)

JPEG

b)

PNG

c)

BMP

d)

TIFF

16.

Jenis fail imej yang manakah menyokong animasi?

a)

JPEG

b)

GIF

c)

TIFF

d)

PNG

17.

Jenis fail imej yang manakah menampung bilangan warna sehingga 256 sahaja?

a)

JPEG

b)

GIF

c)

BMP

d)

PNG

18.

Jenis fail audio yang manakah adalah dalam bentuk mampatan?

a)

WAVE

b)

MP3

c)

MIDI

d)

BMP

19.

Fail audio stereo bernama M mempunyai kadar sampel 35600 Hz dan kedalaman 8 bit.Apakah kadar kedalaman bit bagi audio M?

a)

569600 bps

b)

4450 bps

c)

284 800 bps

d)

142 400 bps

20.

Antara berikut,yang manakah rumus yang betul bagi mengukur kedalaman bit.

a)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampe(hz) x kedalaman bit(bait) x durasi

b)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampe(KHz) x kedalaman bit(bait) x saluran

c)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampe(hz) x kedalaman bit(bait) x saiz fail

d)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampe(hz) x kedalaman bit x saluran