WorksheetsBahasa Melayu (Kata Ganda)
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Pak Leman melepaskan _________________ di padang untuk meragut rumput.
ayam-ayam
ikan-ikan
lembu-lembu
_______________ teres di Taman Anggerik itu sangat mahal harganya.
Baju-baju
Kereta-kereta
Rumah-rumah
Alex sekeluarga telah melawat _________________ yang menarik semasa bercuti di Pulau Langkawi.
alat-alat
tempat-tempat
barang-barang
Makanan manis seperti ______________ akan menyebabkan gigi kita rosak.
kayu-kayu
getah-getah
gula-gula
_______________ cerita itu disusun oleh Miya di atas rak dengan rapi dan kemasnya.
Buku-buku
Cawan-cawan
Kura-kura
__________________itu diletakkan di tengah-tengah sawah padi Pak Mail untuk menakutkan burung.
Bola-bola
Pisau-pisau
Orang-orang
Murid-murid Kelas 3 Mawar menyusun ________________ dan ________________ di kelas mereka agar lebih teratur dan kemas.
kipas-kipas, lampu-lampu
meja-meja, kerusi-kerusi
laki-laki, kanak-kanak
Puan Mei menggoreng _____________ ikan untuk dihidangkan kepada anak-anaknya.
bebola
jejentik
lelabah
Encik Lau mengukur papan itu menggunakan _____________ sebelum memotongnya.
peparu
kekisi
sesiku
Joshua dan rakan-rakannya bermain _________________ di padang pada waktu petang.
lelayang
kekuda
rerama
Air yang bertakung akan menyebabkan tempat pembiakan ________________.
kekura
jejentik
lelabi
Haikal, Jothan dan Sanjay menangkap _______________ menggunakan jaring.
tetulang
pepatung
jejari
Banyak ________________berterbangan di taman bunga itu.
rerama
lelayang
kekura
Bean lambat sampai ke sekolah kerana ______________ basikalnya telah rosak.
bebenang
lelangit
jejari
