NEW
Font size
WorksheetsPENANDA WACANA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pak Cik Jusoh sudah berusia 88 tahun. ___________ , dia masih berupaya untuk mengusahakan kebun sayur-sayurannya.
Namun demikian
Di samping itu
Sekalipun
Walhal
Neelofa seorang pelakon yang terkenal. ____________, dia juga menjalankan perniagaan tudung yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Lagipun
Dalam pada itu
Dengan itu
Lantaran itu
Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu _______________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
sungguhpun
oleh itu
selain itu
namun demikan
Sudah satu jam Tina menunggu Rita di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ______________ dia pulang ke rumah.
Kalau begitu
Lepas itu
Akhirnya
Di samping itu
Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________________ dia juga berniaga pakaian.
Dengan itu
Lantaran itu
Lagipun
Dalam pada itu
Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri _____________ pada waktu malam.
Jadi
Justeru
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Azlan pergi ke rumah datuknya di Ipoh, ________________ dia terus ke rumah pak ciknya di Setiawan.
oleh itu
lebih-lebih lagi
lepas itu
dengan itu
Acara penyampaian hadiah baru sahaja berakhir. _______________, selesailah temasya sukan Sekolah Seri Perdana pada tahun ini.
Dalam pada itu
Dengan itu
Seterusnya
Di samping itu
Alam sekitar kita semakin tercemar. ___________________ kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan dan mengawal pengeluaran asap kenderaan.
Oleh itu
Lepas itu
Dengan itu
Tambahan pula
Budak itu sangat malas dan suka berkawan dengan budak-budak yang nakal. ____________________, dia gagal dalam peperiksaannya.
Lebih-lebih lagi
Namun demikian
Oleh kerana itu
Oleh sebab itu
Pagi-pagi lagi emak sudah mengemas rumah dan mencuci pakaian. _______________, dia memasak di dapur.
Kemudian
Oleh itu
Di samping itu
Selain itu
Saya pernah bertemu muka dengan Jesica. ___________________, saya faham akan sikapnya.
Jadi
Justeru
Kalau begitu
Tambahan pula
________________ sudah lewat malam, dia akan pergi juga memanggil doktor kerana keadaan bapanya semakin tenat.
Justeru
Oleh itu
Kendatipun
Tambahan pula
Untuk berjaya dengan cemerlang, kita mestilah sentiasa menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di kelas. _____________ kita juga mestilah rajin mengulang kaji pelajaran.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Para peserta tidak mahu mengikut laluan itu. _______________ itulah satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.
Walau bagaimanapun
Kalau begitu
Tambahan lagi
Lebih-lebih lagi
Azlina gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan itu. _______________ dia tidak pernah kecewa dan berputus asa.
Oleh itu
Lantaran itu
Namun begitu
Selepas itu
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ______________ tarikh tutup semakin hampir,
justeru
lagipun
namun
walhal
Akmal seorang pemuda yang cacat. ______________ dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain,
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Sungguhpun demikian
Bapa Hanif tiada di rumah. ________________ dia terpaksa membantu emaknya memetik bunga melur di kebun.
Oleh itu
Selain itu
Selepas itu
Semenjak itu
Maisarah tidak jadi mengikut kakaknya ke Kuala Lumpur. _____________________ , dia mengikut rombongan sekolahnya ke Melaka.
Sebaliknya
Namun begitu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
