wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Aktif & Ayat Pasif

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong bagi membentuk ayat pasif yang lengkap.

"Pokok bunga ini perlu ..... siram setiap hari," pesan Lili kepada Laila.

a)

aku

b)

engkau

c)

beliau

d)

dia

2.

Isi tempat kosong bagi membentuk ayat pasif yang lengkap.


"Pokok bunga ini perlu .......... siram setiap hari," kata Lili kepada Laila.

a)

engkau

b)

aku

c)

beliau

d)

dia

3.

Pilih ayat pasif bagi ayat berikut:

Saya telah menyiapkan Kerja Kursus Sains itu semalam.

a)

Semalam saya telah menyiapkan Kerja Kursus Sains itu.

b)

Semalam Kerja Kursus Sains itu telah disiapkan oleh saya.

c)

Kerja Kursus Sains itu telah disiapkan oleh saya semalam.

d)

Kerja Kursus Sains itu telah saya siapkan semalam.

4.

Pilih ayat pasif bagi ayat berikut:

Kamu perlu menghantar e-mel itu segera.

a)

Perlu segera menghantar e-mel itu kamu.

b)

Segera e-mel itu perlu dihantar oleh kamu.

c)

E-mel itu perlu kamu hantar segera.

d)

E-mel itu perlu dihantar oleh kamu segera.

5.

Pilih ayat pasif bagi ayat berikut ini:

Perdana Menteri akan mengadakan sidang akhbar berkenaan dengan pandemik Covid-19 di Malaysia pada pukul 4 petang.

a)

Sidang akhbar berkenaan dengan pandemik Covid-19 di Malaysia akan diadakan oleh Perdana Menteri pada pukul 4 petang.

b)

Pada pukul 4 petang, Perdana Menteri akan mengadakan sidang akhbar berkenaan dengan pandemik Covid-19 di Malaysia.

c)

Sidang akhbar berkenaan dengan pandemik Covid-19 di Malaysia akan Perdana Menteri adakan.

6.

Pasifkan ayat berikut:

Pak Abu menangkap ikan di Tanjung Dawai.

a)

Ikan di Tanjung Dawai ditangkap oleh Pak Abu.

b)

Menangkap ikan di Tanjung Dawai Pak Abu.

c)

Menangkap ikan Pak Abu di Tanjung Dawai.

d)

Di Tanjung Dawai Pak Abu menangkap ikan.

7.

Pasifkan ayat berikut:

Kita mesti menguasai ilmu fardu ain.

a)

Ilmu fardu ain mesti dikuasai oleh kita.

b)

Mesti menguasai ilmu fardu ain kita.

c)

Ilmu fardu ain mesti kita kuasai.

d)

Ilmu fardu ain mesti menguasai kita.

8.

Pilih ayat pasif yang betul.

a)

Adik dimarahi kakak kerana menconteng bukunya.

b)

Orang tua mesti kita hormati kerana mereka kaya pengalaman.

c)

Pakaian dijahit oleh saya sehingga larut malam.

d)

Lantai yang kotor itu telah dimop oleh Sofea.

9.

Semua ayat pasif di bawah betul kecuali .....

a)

Rantai emas dihadiahkan oleh kakak pada hari jadi saya.

b)

Bubur gandum itu dimasak oleh Nek Limah.

c)

Buku teks mesti dijaga oleh kamu dengan baik.

d)

Seluar sukan yang saya pakai koyak.

10.

Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat pasif.

Mangsa banjir di seluruh negara boleh memperoleh bantuan tunai sehingga RM10,000 per isi rumah.

a)

Bantuan tunai sehingga RM10,000 per isi rumah mangsa banjir di seluruh negara boleh diperoleh.

b)

Bantuan tunai sehingga RM10,000 per isi rumah boleh diperoleh mangsa banjir di seluruh negara.

c)

Di seluruh negara, mangsa banjir boleh memperoleh bantuan tunai sehingga RM10,000 per isi rumah.

d)

Mangsa banjir boleh memperoleh bantuan tunai sehingga RM10,000 per isi rumah di seluruh negara.

11.

Isi tempat kosong bagi membentuk ayat aktif yang lengkap.


Kami akan .......... Pak Cik Leong di hospital pada petang nanti.

a)

diziarahi oleh

b)

menziarahi

c)

berziarah

d)

ziarah

12.

Pilih ayat aktif yang betul.

a)

Ainul sedang mengisi borang permohonan biasiswa.

b)

Mohan dan adiknya makan nasi lemak.

c)

13 orang pendatang asing ditahan oleh pihak imigresen.

d)

Baju sekolah saya seterika pada setiap malam.

13.

Pilih ayat aktif bagi ayat berikut:


Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

a)

Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa kerajaan kuat kuasakan bagi mengekang penularan Covid-19.

b)

Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

c)

Bagi mengekang penularan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dikuatkuasakan oleh kerajaan.

14.

Pilih ayat aktif yang bertepatan dengan ayat pasif berikut:

Dua dos suntikan vaksin Covid-19 telah diterima oleh lebih 97 peratus populasi dewasa di Malaysia.

a)

Populasi dewasa di Malaysia yang telah terima dua dos suntikan vaksin Covid-19 lebih daripada 97 peratus.

b)

Telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 lebih 97 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia.

c)

Lebih 97 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

15.

Pilih ayat aktif.

a)

Ayah melarang adik berkawan dengan budak-budak nakal itu.

b)

Budak-budak nakal itu dilarang oleh ayah berkawan dengan adik.

c)

Rombongan sekolah ke Melaka akan disertai oleh kamil.

d)

Kamil akan menyertai rombongan sekolah ke Melaka.

16.

Pilih ayat aktif.

a)

Kajian tentang kepuasan murid belajar secara PdPR sedang saya jalankan.

b)

Saya sedang menjalankan kajian tentang kepuasan murid belajar secara PdPR.

c)

Pengetua menyuarakan kebimbingan beliau tentang keciciran murid dalam PdPR ketika mesyuarat PIBG .

d)

Kebimbangan tentang keciciran murid dalam PdPR disuarakan oleh pengetua ketika mesyuarat PIBG.

17.

Berikut ialah ayat aktif kecuali .....

a)

Mak Cik Siti menganyam tikar di bawah rumahnya.

b)

Borhan mengait buah rambutan di kebunnya.

c)

Undang-undang mestilah kita patuhi.

d)

Guru hendaklah kamu hormati.

18.

Pilih ciri ayat aktif.

a)

predikat di hadapan ayat

b)

subjek di hadapan ayat

c)

mengandungi kata kerja tak transitif dalam ayat

d)

mengandungi kata kerja transitif dalam ayat

19.

Pilih ciri ayat aktif.

a)

ayat tidak boleh dipasifkan

b)

ayat boleh dipasifkan

c)

mesti ada objek dalam ayat

d)

tiada objek dalam ayat

20.

Objek dalam ayat aktif terdiri daripada .....

a)

kata kerja

b)

kata sendi

c)

kata nama

d)

kata adjektif