NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan.......
bagai duri dalam daging
bagai dakwat dengan kertas
Hati Harlina ................. apabila mendengar tunangnya curang.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti kaca terhempas ke batu
Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan....................
orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
Cikgu Aiman sentiasa merungut tentang tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini bertepatan dengan ...................
halus seperti kuman
jernih seperti cermin
lambat seperti kura-kura
Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa ...................... untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan akhir tahun.
memasang telinga
memerah otak
buka mulut
Sebelum kapal terbang itu terhempas, penduduk kampung telah mendengar beberapa bunyi letupan yang ...................
tajam seperti sembilu
kuat seperti guruh
keras seperti batu
Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkalnya. Walau bagaimanapun, peniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki sahabatnya sendiri. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa ........................
naik seperti semut, turun seperi ribut
pahit dulu, manis kemudian
sekali air bah, sekali tepian berganjak
Pilih peribahasa dengan maksud yang paling tepat.
Serkap jarang = menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih
paku belanda = harga yang tidak boleh diubah-ubah
makan angkat = orang yang tidak suka akan pujian
Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?
suka mengarah
berkata benar
mendengar arahan
Siew Lin suka memakai pakaian yang berwarna -------------
merah seperti darah
jernih seperti cermin
keras seperti batu
pucat seperti mayat
Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina oleh orang kampung. Keadaan ini dikatakan...............
sudah terhantuk baru tengadah
alah bisa tegal biasa
menanti kucing bertanduk
Para nelayan ..........................apabila tiba musim tengkujuh.
putus akad
putus rezeki
putus harapan
putus tangan
Tiada gunanya kamu menjerit-jerit kepadanya kerana dia itu ...................
kepala angin
ringan tulang
pekak badak
Balqis bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya di universiti. Kata orang, ...................
sambil menyelam minum air
sarang tebuan jangan dijolok
sebelum ajal berpantang mati
Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat ................................
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak
rambut sama hitam tetapi hati lain-lain
Sambil menangis, Zaleha mencurahkan ....................nya kepada kakak Ain.
iri hati
jiwa raga
isi hati
Sudah lama saya ingin melancong ke luar negara. Oleh sebab itu, apabila pakcik mempelawa saya melancong bersama-sama keluarganya, saya terus menerima pelawaan tersebut. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa.................
orang mengantuk disorongkan bantal
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
mendapat durian runtuh
Idris berasa gembira kerana dapat balik semula ke kamoung halaman setelah 15 tahun merantau di luar negara. Keadaan ini diibaratkan........
sirih pulang ke gagang
hujan jatuh ke pasir
tikus jatuh ke beras
Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Malik yang mengikut jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa berikut, kecuali ...........
bagaimana acuan begitulah kuihnya
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
rambut sama hitam, hati lain-lain
lain padang lain belalang
Ketika pulang dari sekolah, Samira berjalan lambat-lambat dengan langkah yang perlahan kerana terlalu penat. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa ................
ada udang di sebalik batu
bagai itik pulang petang
bagai kaduk naik junjung
