wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

S2 Bahasa Malaysia

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

2.

Muhamad __________ kecil lagi ketika ibunya meninggal dunia.

a)

telah

b)

masih

c)

belum

d)

sedang

3.

Encik Seng berasa gembira kerana ketiga-tiga orang anaknya __________ besar dan telah bekerja.

a)

akan

b)

mahu

c)

sudah

d)

sedang

4.

Anak kecil Puan Aminah menangis dengan kuat kerana dia __________ minum susu.

a)

akan

b)

boleh

c)

sudah

d)

belum

5.

Ayah saya __________ mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor selama dua tahun.

a)

belum

b)

telah

c)

sudah

d)

pernah

6.

Sebelum keluar rumah, semua pintu __________ dikunci supaya tidak berlaku kecurian.

a)

harus

b)

sudah

c)

pernah

d)

sedang

7.

Kamu semua __________ berhati-hati semasa turun dari bukit ini kerana cerunnya sangat curam.

a)

akan

b)

harus

c)

boleh

d)

mesti

8.

Razak __________ dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh gurunya.

a)

akan

b)

cuba

c)

belum

d)

sedang

9.

Budak itu _______ yang handal bermain bola jaring?

a)

kah

b)

lah

c)

jua

d)

pun

10.

“Baling_____________ bola bowling itu kuat sedikit supaya semua jatuh,” kata pegawai sukan.

a)

lah

b)

tah

c)

pun

d)

kah

11.

Kita mesti mengamalkan budaya timur, apa___________ lagi jika kita berada di perantauan.

a)

lagi

b)

jua

c)

tah

d)

lah

12.

Di dalam poketnya ___________ ada segugus kunci rumah.

a)

juga

b)

lagi

c)

hanya

d)

sahaja

13.

_____________ kami tidak nafikan, kamu sangat hebat dalam sukan bola sepak.

a)

Juga

b)

pun

c)

Memang

d)

Jika

14.

Walaupun _____ bekerja sebagai pemandu lori, Encik Hasan mampu membesarkan anak-anaknya hingga ke menara gading.

a)

juga

b)

hanya

c)

memang

d)

sahaja

15.

Selain guru-guru, keluarga _____ merupakan pendorong utama saya untuk mencapai kejayaan ini.

a)

hanya

b)

memang

c)

juga

d)

sahaja

16.

Suzaili tetap tersenyum walaupun dia ________ terpilih menyertai pertandingan itu.

a)

Tidak

b)

Bukan

17.

Budak itu ________ pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

a)

Tidak

b)

Bukan

18.

Shila _________ pandai masak nasi ayam.

a)

tidak

b)

bukan

c)

jangan

19.

__________ saya yang menconteng papan itu.

a)

tidak

b)

bukan

c)

jangan

20.

Aisya _________ takut ketika terserempak dengan polis itu.

a)

tidak

b)

bukan

21.

Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka dengan permainan video.

a)

tidak

b)

bukan

22.

Suraj __________ mahu mendengar nasihat daripada abangnya.

a)

tidak

b)

bukan

23.

Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia dengan Soy Rich.

a)

ialah

b)

adalah

24.

Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.

a)

ialah

b)

adalah

25.

Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah ini.

a)

ialah

b)

adalah