wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ayat Betul (2) : 4 NILAM

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang paling tepat.


Ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan me..men..meng..meny...mem..

a)

Adik mencuci kasut sekolah

b)

Ayah membeli rumah itu.

2.

Pilih jawapan yang paling tepat.


Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku.

a)

Kereta itu saya beli daripada Ali.

b)

Surat itu telah dihantar oleh Ahmad semalam.

c)

Buku itu dibaca oleh Ahmad.

3.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Bapa saya sedang menebang sebatang pokok yang besar di belakang rumahnya.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

4.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Kasut itu saya basuh.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

5.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Mereka berjaya mengangkat setandan kelapa sawit yang berat itu

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

6.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Nasi itu telah digoreng oleh kakak.

a)

ayat pasif

b)

ayat aktif

7.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Pakaian yang basah itu telah saya jemur.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

8.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Kerana lewat bangun, saya ketinggalan bas.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

9.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Pemandu itu kena saman.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

10.

Pilih sama ada ayat dibawah ayat aktif atau ayat pasif.


Pemandu itu kena saman.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

11.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Saya membasuh kasut sekolah.

a)

Kasut sekolah dibasuh oleh saya.

b)

Kasut sekolah saya basuh.

12.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Saya akan memulangkan buku itu esok.

a)

Buku itu akan saya pulangkan esok.

b)

Buku itu akan dipulangkan oleh saya esok.

13.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Kita patut mematuhi peraturan sekolah.

a)

Peraturan sekolah patut kita patuhi.

b)

Peraturan sekolah kita patut patuhi.

14.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Saya mencatat isi-isi penting yang disampaikan oleh guru.

a)

Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru dicatat oleh saya.

b)

Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru saya catat.

15.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Pasukan Malaysia telah berjaya mengalahkan pasukan Jepun dalam perlawanan hoki itu.

a)

Pasukan Jepun telah pasukan Malaysia kalahkan dalam perlawanan hoki itu.

b)

Pasukan Jepun telah dikalahkan oleh pasukan Malaysia dalam perlawanan hoki itu.

16.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif


Kasut baharu itu baru saja saya beli semalam.

a)

Saya baru saja membeli kasut itu semalam.

b)

Saya membeli kasut itu baru saja semalam.

17.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif


Karangan itu perlu disiapkan oleh mereka secepat mungkin

a)

Mereka perlu menyiapkan karangan itu secepat mungkin.

b)

Mereka secepat mungkin perlu menyiapkan karangan itu.

18.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif


Nasi itu telah digoreng oleh kakak

a)

Kakak telah menggoreng nasi itu.

b)

Kakak telah menggoreng nasi.

19.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif


Sekeping poskad dikirimkan oleh Sarah kepada abangnya di London.

a)

Sarah telah mengirimkan abangnya di London sekeping poskad.

b)

Sarah telah mengirimkan sekeping poskad kepada abangnya di London.

20.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif


Acara sukan itu kami sertai kerana hadiahnya sungguh lumayan.

a)

Kami menyertai acara sukan itu kerana hadiahnya sungguh lumayan.

b)

Acara sukan itu disertai oleh kami kerana hadiahnya yang lumayan.

21.

Tukarkan ayat aktif kepada pasif


Kita perlu membawa barang yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.

a)

Barang yang penting sahaja perlu dibawa oleh kita ke tapak perkhemahan itu.

b)

Barang yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.

22.

Tukar ayat pasif kepada ayat aktif.


Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.

a)

Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.

b)

Masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula.

23.

Pilih ayat yang betul.

a)

Bangunan mereka cat.

b)

Duitnya patut dipulangkan oleh kamu.

c)

Kereta itu perlu kamu baiki.

24.

Pilih ayat yang betul

a)

Jiran saya kecurian malam tadi.

b)

Nasihat guru mesti didengar oleh kita.

c)

Adiknya dipukul Salamah dengan kuat.