wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 05_Kata Bilangan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

_________________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

a)

Seorang

b)

Beberapa

c)

Seratus

d)

Sebilangan

2.

________________ kemudahah awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.

a)

Semua

b)

Kesemua

c)

Pelbagai

d)

Banyak

3.

Sikap _______________ daripada masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam di negara ini.

a)

setengah

b)

sebahagian

c)

seluruh

d)

sekalian

4.

Dalam pertandingan itu, Zafriel hanya mampu menduduki tempat yang ke _________________.

a)

kedua

b)

akhir

c)

pertama

d)

tiga

5.

Apabila Cikgu Zahra masuk ke dalam kelas, murid-murid pun mengeluarkan buku Bahasa Melayu _________________.

a)

setiap

b)

sebahagian

c)

tiap-tiap

d)

masing-masing

6.

________________ buah rumah tenggelam dalam banjir itu.

a)

Beramai-ramai

b)

Berpuluh-puluh

c)

Berkotak-kotak

d)

Berjuta-juta

7.

Kata Guru Besar, ”Murid-murid ______________, minggu hadapan akan diadakan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah. ”

a)

segala

b)

setiap

c)

seluruh

d)

sekalian

8.

Gadis bertudung itu akan menunggu teksi di situ pada ________________ pagi.

a)

setiap

b)

setengah

c)

beberapa

d)

sekalian

9.

__________________ daripada kek itu akan dibahagikan kepada kawan-kawan Hamizan.

a)

Setiap

b)

Seluruh

c)

Dua pertiga

d)

Sesetengah

10.

Ayie kehilangan ___________________ hartanya setelah rumahnya terbakar.

a)

masing-masing

b)

satu

c)

segala

d)

setiap

11.

________________ orang memilih untuk bekerja makan tani kerana pendapatannya lebih stabil.

a)

Sesetengah

b)

Separuh

c)

Semua

d)

Seluruh

12.

Hanya ________________ daripada puluhan soalan kuiz itu dapat dijawab oleh Azzara kerana tidak cukup masa.

a)

setiap

b)

segala

c)

sekalian

d)

sebilangan

13.

_________________ urusan yang berkaitan dengan gaji pekerja syarikat itu akan diuruskan oleh kakitangan di Jabatan Kewangan.

a)

Para

b)

Segala

c)

Separuh

d)

Jutaan

14.

_________________ orang murid yang ponteng sekolah itu telah diberikan nasihat dan hukuman.

a)

Bertiga

b)

Ketiga-tiga

c)

Ketiga

d)

Pertiga

15.

“Majikan kami seorang yang adil dan saksama. Beliau melayani ________________ kakitangannya tanpa pilih kasih,” kata Junainah kepada rakan baiknya ketika makan di restoran.

a)

separuh

b)

beberapa

c)

semua

d)

sebahagian

16.

Sufian bersiap sedia di lorong _________________ untuk memulakan lariannya dalam acara 200 meter.

a)

pelbagai

b)

beberapa

c)

kelima

d)

kelima-lima

17.

Miss Zalikha mempamerkan __________________ lukisan yang dihasilkan oleh anak muridnya.

a)

semua

b)

segelintir

c)

sesetengah

d)

para

18.

Encik Suhaimi mengundang _________________ ahli keluarganya ke majlis sambutan Hari Keluarga bagi bagi mengeratkan hubungan.

a)

semua

b)

segala

c)

setengah

d)

separuh

19.

_____________________ buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.

a)

Kedua

b)

Sedikit

c)

Pertama

d)

Beberapa

20.

Dua biji telur _________________ masak menjadi sarapan Encik Kang pagi ini.

a)

sekelian

b)

segelintir

c)

sesetengah

d)

setengah