wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda Wacana

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dr Rosli akan mewakili jabatannya dalam pertandingan inovasi itu. ___________, dia sentiasa membuat perbincangan bersama rakan-rakannya bagi menambah baik kualiti inovasinya.

a)

Kemudian

b)

Disamping itu

c)

Oleh yang demikian

d)

Selain itu

2.

Amirul tidak pernah dianugerahkan sebarang penghargaan sepanjang perkhidmatannya. _________, dia tidak pernah luntur semangat dan tetap bekerja keras.

a)

Oleh itu

b)

Kalau begitu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Biarpun demikian

3.

Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan medan selera itu._________, masih ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.

a)

Namun begitu

b)

Oleh kerana

c)

Selepas

d)

Kemudian

4.

Hari sudah lewat malam dan hujan semakin lebat, ____________ Azwan masih tekun mencari idea untuk penulisan novelnya yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

a)

selanjutnya

b)

Sungguhpun demikian

c)

Mungkin

d)

lebih-lebih lagi

5.

Azwan ternampak kelibat manusia dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah pondok.____________, dia memberanikan diri menghampiri kawasan kejadian.

a)

Oleh itu

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Namun demikian

d)

Sebaliknya

6.

Berita yang disampaikan oleh Mak Cik Leha itu sangat mengejutkan kami sekeluarga. ____________ kami mencuba sedaya upaya untuk bertenang.

a)

Namun demikian

b)

Oleh itu

c)

Selepas itu

d)

Justeru

7.

Memandangkan tidak ramai peserta yang ingin menyertai bengkel tersebut, ____________pihak penganjur terpaksa membatalkan program berkenaan.

a)

Kemudian

b)

Sebaliknya

c)

Justeru

d)

Lagipun

8.

Setelah tiga hari mereka terperangkap di dalam hutan tebal itu, _________ mereka berjaya ditemui oleh pihak penyelamat dan orang kampung.

a)

dengan itu

b)

namun

c)

Walaubagaimanapun

d)

akhirnya

9.

Peristiwa yang menyedihkan itu menyebabkan Zaki sangat trauma untuk bermain air di pesisir pantai ______________ di laut dalam.

a)

oleh yang demikian

b)

namun begitu

c)

lebih-lebih lagi

d)

justeru

10.

Pihak kerajaan terpaksa menangguhkan pembinaan banyak projek mega akibat wabak Covid-19. ___________usaha murni membantu rakyat tetap diteruskan.

a)

Justeru

b)

Namun demikian

c)

selepas itu

d)

Oleh sebab itu