wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZIZZ BAHASA MELAYU OBJEKTIF SIRI 1

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Setiap awal pagi, para nelayan _________________ turun ke laut untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga tercinta.

a)

bertebaran

b)

bersorakan

c)

berderaian

d)

bergelimpangan

2.

Perahu-perahu yang tertambat di tepi jeti itu __________________ apabila dilambung ombak besar.

a)

terolang-aling

b)

tergopoh-gapah

c)

terhuyung-hayang

d)

terpontang-panting

3.

Kami akan menunjukkan mutu permainan yang membanggakan dan berusaha mencapai kemenangan _______________ nama baik negara.

a)

untuk

b)

bagi

c)

demi

d)

kepada

4.

Oleh sebab barang-barang di pasar raya besar itu dijual pada ___________________, harganya lebih rendah daripada harga yang dijual di kedai-kedai runcit.

a)

harga mati

b)

harga tunai

c)

harga siling

d)

harga borong

5.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dan bergaris dengan betul.

I Asap yang terlalu tebal menyebabkan pemuda itu sesak

nafas lalu pengsan.

II Kerana kehilangan punca pendapatan, hidupnya makin

lama makin sesak.

III Jalan raya di belakang bangunan itu sentiasa sesak

terutamanya semasa waktu puncak.

IV Tekaknya terasa sesak oleh sebab dia makan dengan

tergopoh-gapah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dan bergaris dengan betul.

I Ariana memang mudah diajak berbincang kerana fikirannya sentiasa terdedah.

II Penyalahgunaan Internet memungkinkan seseorang terdedah pada pengaruh negatif.

III Makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat yang dapat membawa penyakit.

IV Pintu bilik pengurus itu sentiasa terdedah supaya beliau dapat memerhatikan tindak-tanduk pekerjanya..

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

7.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Saya yakin bahawa segala cabaran dan halangan

akan dapat mereka atasi dengan jayanya.

a)

akan mereka dapat atasi

b)

mereka akan dapat atasi

c)

akan dapat diatasi oleh mereka

d)

akan dapat mereka atasi

8.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Para peserta itu saling salam-menyalami sebelum berpisah di majlis itu..

a)

Para peserta itu saling menyalami

b)

Para peserta-peserta itu saling menyalami

c)

Para-para peserta itu salam-menyalami

d)

Para peserta itu saling salam-menyalami

9.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I Sesekali enak juga makan nasi berlaukkan dengan ikan masin.

II Saya selalu mengalami mimpi yang menakutkan sejak akhir-akhir ini.

III Budak lelaki itu berjalan terhincut-hincut kerana kakinya terpijak serpihan kaca.

IV Razali sama pandai dengan Fahim sungguhpun dia tidak belajar di pusat tuisyen.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

10.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I "Yang perlu kamu lakukan ialah melapor diri kepada urus setia di pintu masuk dewan," jelas pegawai tersebut.

II "Sekiranya dengan pembinaan jambatan ini memudahkan orang kampung berulang-alik ke bandar," kata wakil rakyat itu.

III "Akan patik utuskan Laksamana Hang Tuah ke Majapahit seperti yang tuanku titahkan," kata Datuk Bendahara.

IV "Cara untuk menyelesaikan masalah Matematik yang rumit ini bagaimana?" tanya Razali kepada Fahim.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

11.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Fahim meminta maaf daripada Razali kerana tanpa sengaja dia telah melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan Razali. Razali memaafkan Fahim dan menganggap bahawa sesiapa sahaja pun tidak sunyi daripada melakukan sesuatu kesalahan, apalagi yang tidak disengajakan.


Peribahasa yang dapat dikaitkan dengan pandangan Razali di atas ialah

a)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

b)

berani kerana benar takut kerana salah.

c)

hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

d)

rambut sama hitam, hati masing-pmasing berlainan.

12.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

"Fikirlah masak-masak sebelum kamu melepaskan jawatan ini, kerana belum pasti kamu akan selesa di tempat baharu itu kelak yang kononnya akan menjanjikan tawaran gaji dua kali ganda daripada yang kamu peroleh sekarang ini. Saya khuatir kelak ___________________," nasihat pengurus besar syarikat itu kepada Fahim.

a)

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

b)

hendak seribu daya, tak hendah seribu dalih

c)

laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

d)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Puan Faeza yakin sekali bahawa pertelingkahan antara anak-anaknya itu tidak akan berpanjangan, sebaliknya mereka akan berbaik-baik seperti sedia kala.

Peribahasa yang berikut dapat dikaitkan dengan keyakinan Puan Faeza, kecuali...

a)

air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.

b)

cencang air tidak putus, pancung abu tidak akan berbekas.

c)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

d)

air dicencang tidak akan putus.

14.

Peribahasa ini mengingatkan bahawa orang yang berpangkat atau berdarjat tidak akan hilang darjatnya bergaul dengan orang bawahan.

Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah...

a)

anak kucing menjadi harimau.

b)

jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

c)

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api.

d)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

15.

Nurin ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran, tetapi ibunya tidak menyetujui keputusannya kerana dianggap terlalu mencabar bagi Nurin yang memperoleh keputusan SPM yang kurang cemerlang. Nurin pula berpendapat bahawa semua bidang ada cabarannya, bak kata pepatah...

a)

tidak ada laut yang tidak berombak.

b)

alang-alang berdakwat, biar hitam.

c)

genggam bara api, biar sampai jadi arang.

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

16.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Ribuan penonton-penonton(A) yang membanjiri stadium terhibur dengan corak permainan kedua-dua(B) pasukan yang kerap berbalas-balas(C) serangan. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Penduduk kampung tolong-menolong(A) menyediakan lauk-pauk(B) setiap kali kenduri-kendara(C) diadakan di kampung itu. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Ramah-tamah(A) sungguh anggota keluarga pengantin lelaki itu ketika menyambut tetamu(B) yang datang tidak putus-putus(C) dari tengah hari hingga petang. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


"Mereka(A) sekeluarga menziarahi nenek saya(B) dan turut berdoa agar beliau(C) sembuh segera," kata Razali kepada Faeza. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Kedatangan ketiga(A) ekor harimau yang buas sejak beberapa(B) minggu lalu menyebabkan segala(C) binatang di hutan itu hidup dalam ketakutan. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D