NEW
Font size
WorksheetsKuiz 11_Kata Nama Khas
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
“Kucing kesayangan Aliah bernama ___________________,” kata James kepada kami.
Si Tompok
Sang Belang
Proton Bezza
Klinik Adwa
________________ sedang mencari cacing di bawah pokok pisang.
Sang Beringin
Sang Belang
Pak Cik Abu
Si Jalak
Pembalak itu sedang menebang _________________ dengan gergasi berantai.
Sang Beringin
Si Comel
Menara Kuala Lumpur
Legoland
Guan Hong menolong ayahnya mencuci kereta __________ di halaman rumah mereka.
Vivo 19
Adidas
Sang Buluh
Proton Exora
Shingo dan Zhi Xuan belajar di __________________ sejak mereka berusia 8 tahun hingga kini.
Universiti Teknologi Maklumat
Sekolah Rendah Seri Cahaya
Stadium Bukit Jalil
Lapangan Terbang KLIA
Wei Kee berpeluang melawat ________________ ketika bercuti di Sarawak bersama keluarganya.
Muzium Kuching
Pulau Phuket
Dataran Merdeka
Ekspo Sains Antarabangsa
Pesawat ke ____________________ itu dipandu oleh juruterbang wanita.
Sang kancil
Kota Kinabalu
Pantai Cherating
Landasan Kereta Api Kluang
__________________ tertidur di bawah pokok kerana kepenatan.
Si Merah
Sang Kura-kura
Sang Arnab
Bujang Senang
Bau ________________ yang sedang kembang sungguh wangi sekali.
Si Belang
Sang Mawar
Samsung Galaxy
Klinik Adham
Indah sungguh pemandangan hutan di kawasan __________________ itu.
Air Terjun Bekok
Menara Tabung Haji
Sang Laban-labah
Hospital Kota Tinggi
“Wah cantik sungguh _________________ itu, ibu!” Teriak Irdina sambil menunjuk jarinya ke arah bunga itu.
Anggerik Hutan
Sang Gajah
Doktor Azmi
Sang Lalang
Rashid melonjak kegembiraan apabila ayahnya membelikannya sebuah basikal jenama __________________.
Diomandback
Honda Civic
Stabilo
Iphone 07
_________________ sedang membuat sarangnya yang baharu di atas pokok.
Sang Lebah
Sang Laban-Labah
Sang Tempua
Sang Belalang
_________________ sedang berkicau pada pagi yang cerah itu.
Sang Harimau
Sang Angsa
Sang Murai
Sang Monyet
Kakak saya bekerja sebagai jururawat di _________________.
Pejabat Kesihatan Daerah Klang
Hospital Sungai Buloh
Perpustakaan Negara
Sekolah Kebangsaan Taman Molek
Pelancong asing itu tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di kawasan _________________.
Menara Kuala Lumpur
Menara Berkembar Petronas
Dataran Merdeka
Bangunan PWTC
Profesor Wong Chen Yuan merupakan seorang pensyarah di __________________.
Jabatan Pendaftaran Negara
Universiti Malaya
Tugu Negara
Bangunan Abdul Sahamad
___________________ berjanji akan menyelesaikan masalah kekurangan air bersih itu dengan segera.
Tenaga Nasional Berhad
Syarikat Air Johor
Telekom Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri
_________________ terdiri daripada empat jenis warna iaitu merah, biru, kuning dan putih.
Sang Gajah
Jalur Gemilang
Puan Haryati
Menara Petronas
Tubuh _________________ meliang-liuk apabila ditiup oleh angin kencang.
Sang Lalang
Sang Buaya
Si Balak
Stadium Larkin
