NEW
Font size
WorksheetsKuiz Komsas Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Soalan 1 hingga soalan 5 adalah berdasarkan pemahaman tentang Sajak Kuingin Berterima Kasih
1. Apakah tema sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?
Mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia
Berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan
Merasa bahagia
Merasa diri dihargai
2. Baris sajak yang manakah menunjukkan unsur gaya bahasa personifikasi ?
api amarah pun terpadam
Ikan-ikan yang riang
Kekosongan hidup ini
kepada keangkuhan perang
3. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?
Setia dalam kawan
Menyayangi ibu bapa
Mencintai kekasih hati
Kesyukuran
4. " api amarah pun terpadam"
" kepada keangkuhan perang"
Apakah gaya bahasa bagi baris sajak di atas?
Metafora
Hiperbola
Repitisi
Simile
5. Apakah pengajaran yang terdapat dalam sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?
Janganlah berdendan dengan sahabat baik
Kita mestilah meghormati orang yang lebih tua
Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan
kita perlulah menepati masa
Soalan 6 hingga soalan 10 adalah berdasarkan Cerpen Hadiah
6. Berikut contoh bagi latar masa kecuali......
Hari Guru
Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.
Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.
Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.
7. Berikut adalah pengajaran yang terdapat dalam cerpen Hadiah ini KECUALI....
Kita haruslah berani menentang perkara yang salah
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru
8. Berapa lamakah Azizah mengambil masa untuk menyiapkan tudung saji untuk pertandingan?
3 hari
Seminggu
8 minggu
3 bulan
9. Apakah tema bagi cerpen ini?
kasih sayang anak kepada ibunya
kasih sayang seorang rakan
kegigihan seorang remaja untuk mencapai cita-cita
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
10. berikut adalah contoh bagi gaya bahasa 'Sinkope' kecuali...
Atau mungkin hadaiahnya paling akhir dibuka kerana ringan.....
atau mungkin Cikgu Zaleha tidak....
"kau nak berikan hadiah ini kepada siapa?" tanya Zaihan
"Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
Soalan 11 hingga soalan 15 berdasarkan pemahaman tentang Cerpen Oren.
11. Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Cerpen Oren kecuali..
Berkongsi minat yang sama
Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Kepentingan menjaga alam sekitar
konflik antara Oren dan Kelabu
12. Apakah tema Cerpen Oren?
Haiwan yang juga mempunyai perasaan cemburu.
Kasih sayang manusia terhadap haiwan.
Kehilangan sesuatu yang disayangi sangat menyakitkan.
Pengorbanan seekor kucing demi seorang ayah.
13. Yang manakah bukan latar masyarakat cerpen Oren?
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing
Masyarakat yang prihatin
Masyarakat yang mudah lupa
14. Apakah perbezaan Kelabu dan Oren
Kelabu seekor kucing yang rajin manakala Oren seekor kucing yang malas
Kelabu seekor kucing yang pemalas manakala Oren seekor kucing yang rajin.
Kelabu membuang najis merata-rata tempat, manakala Oren seekor kucing yang berdisplin
Kelabu seekor kucing yang tidak bijak manakala Oren seekor kucing yang bijak.
15. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen "Oren" ini kecuali
Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan kita lebih bahagia
Kita sewajarnya bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita dapat mengambil tindakan dengan segera
Kita hendaklah gigih dan tidak mudah putus asa dalam melaksanakan sesuatu usaha supaya kita dapat menyelesaikan masalah dengan segera
Kita hendaklah rajin berusaha dan tidak mudah putus asa dalam pelajaran agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan
Soalan 16 hingga soalan 20 adalah berdasarkan Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin
16. Lim Pooi digambarkan mempunyai perwatakan yang mementingkan diri sendiri. Mengapa?
Kerana dia sering memarahi isterinya tanpa usul periksa
Kerana dia menuduh anaknya Lim Meng membunuh Lim Foong tanpa bukti
Kerana dia menuduh Sudin membakar kedainya.
Kerana dia mengenakan bunga kepada penduduk kampung yang berhutang dengannya
17. Apakah tema cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin?
Kekeluargaan
Keegoan seorang ayah
Peniaga yang tidak jujur
Masyarakat yang dipulaukan
18. Apakah penamat/peleraian kepada cerpen ini?
Orang yang membakar kedai Lim Pooi dapat ditangkap
Sim Pau dapat menyatakan kebenaran tentang anaknya Lim Meng kepada suaminya
Lim Meng pulang dan Lim Pooi meminta maaf kepada Lim meng
Lim Pooi sekeluarga pergi ke rumah orang kampung untuk meminta maaf
19. "Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur".
Di atas merupakan contoh gaya bahasa....
Metafora
Personifikasi
Simile
Sinkope
20. Apakah pengajaran dari cerpen ini?
Kita boleh buruk sangka pada orang lain
Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu
Sentiasa berbuat baik
Sentiasa menghargai orang yang disayangi
Soalan 21 hingga soalan 25 berdasarkan Novel Sejambak Bakti
21. "Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan." Apakah pengajaran yang sesuai terdapat dalam pernyataan tersebut?
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya dapat kejayaan.
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain.
22. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Sejambak Bakti kecuali ?
Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang
Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak
Kita haruslah mentaati ibu bapa
Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama
23. Siapakah yang kecewa kerana Razali dilantik sebagai Naib Setiausaha koperasi?
Munir, Silvam dan Leong
Munir, Silvam dan Ramlah
Munir, Silvam dan Swee Lan
24. Tema novel Sejambak Bakti...
Kemahiran sekumpulan remaja memajukan koperasi sekolah
Kebijaksanaan sekumpulan remaja memajukan koperasi sekolah
Kegigihan sekumpulan remaja memajukan koperasi sekolah
Kepakaran sekumpulan remaja memajukan koperasi sekolah
25. Apakah hukuman yang telah dikenakan terhadap Munir?
Rotan sebanyak 5 kali di hadapan semua murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah seminggu.
Rotan sebanyak 3 kali di hadapan semua murid di tapak perhimpunan dan gantung sekolah seminggu.
Rotan sebanyak 3 kali dan digantung sekolah dua minggu.
Rotan sebanyak 2 kali di hadapan murid di tapak perhimpunan dan gantung sekolah dua seminggu.
HIDE ANSWER
