WorksheetsPERNIAGAAN 1.1
Total questions: 19
Worksheet time: 7mins
Pernyataan manakah yang betul tentang sektor primer?
Melibatkan pemprosesan bahan mentah
Melibatkan aktiviti pembuatan dan pengilangan
Menghasilkan barang melalui proses transformasi
Meliputi aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
Antara berikut, kaedah yang manakah digunakan oleh OBBU untuk menjalankan perniagaan?
Jualan di atas harga kos
Jualan pada harga kos
Jualan di bawah harga kos
Jualan secara lelong
Apakah contoh OBU?
Persekutuan Pengakap Malaysia
Syarikat Fabrik Sdn. Bhd.
Pertubuhan Peladang Pahang
Kelab Belia dan Sukan
Nyatakan kelebihan perkongsian
Liabiliti terhad
Beban cukai rendah
Mudah ditubuhkan
Menikmati ekonomi bidangan
Maklumat di bawah menunjukkan kekurangan satu bentuk pemilikan perniagaan
- Penubuhan rumit
- Beban cukai yang tinggi
- Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Koperasi Taman Rotan Tunggal
Raudhatul Ain Bridal
Kedai Motor Bon Siew
Sime Darby Berhad
Antara berikut, yang manakah tujuan pembentukan perniagaan usaha sama
Meningkatkan dana kewangan
Risiko dalam perniagaan dapat disebarkan
Kepakaran dan teknologi dapat dikongsi
Menambah keuntungan syarikat
Pernyataan manakah berkaitan milikan tunggal?
Perniagaan mudah terbubar jika berselisih pendapat
Dikecualikan daripada membayar cukai individu
Liabiliti setakat modal disumbangkan sahaja
Modal dari sumber pembiayaan dalaman
Pernyataan manakah merupakan tujuan penubuhan Kedai Runcit Syam?
Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos
Menyediakan perkhidmatan secara percuma
Memaksimumkan keuntungan
Menawarkan perkhidmatan pada harga kos
Butik Nad menjadi Butik Nad dan Diah
Mengapakah Nad mengambil tindakan tersebut?
Perniagaan berterusan
Mengumpul modal lebih besar
Dapat berkongsi kepakaran
Menanggung liabiliti terhad
Berikut adalah tujuan sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membantu masyrakat setempat
Menambahkan pendapatan negara
Penawaran barang dan perkhidmatan
Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga iaitu X, sekunder dan tertier. Apakah X?
Perhutanan
Perhotelan
Pertanian
Pembinaan
Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok
Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang keropok di Besut, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.
Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hasan mengikut saiz dan sektor.
saiz besar dan sektor perkhidmatan
saiz kecil dan sektor perkilangan
saiz sederhana dan sektor perkilangan
saiz kecil dan sektor pembinaan
Pernyataan manakah menerangkan tentang koperasi?
Semua anggota berhak membuat keputusan
Menanggung liabiliti tidak terhad
Pulangan syer dalam bentuk elaun
kawalan secara autokratik
Apakah ciri bentuk pemilikan perniagaan francais?
Bilangan minimum ahli ialah 3 orang
Menggunakan jenama yang sama
Dikawal berterusan oleh syarikat asal
Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti pemegang syer menjadi muflis
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna?
Meningkatkan imej perniagaan
Memenuhi keperluan dan kehendak
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Meningkatkan pendapatan negara
Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu bentuk perniagaan
Air Asia merupakan sebuah syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global. Aktiviti perniagaannya melibatkan sebuah negara dengan negara yang lain
Apakah skala perniagaan tersebut?
tempatan
negeri
zon
kebangsaan
Puan Wong adalah satu-satunya pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Puan Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya. Arahan kepada pekerja restoran itu hanya datang daripada Puan Wong sahaja. Apakah jenis milikan perniagaan yang dimiliki oleh Puan Wong?
Koperasi
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Maklumat di bawah ini menunjukkan perbualan antara dua orang rakan kongsi. Encik Marzuki dengan Encik Sarath
Encik Marzuki : Encik Sarath, saya cadang kita ubah pengkongsian kita kepada Syarikat Sendirian Berhad
Encik Sarath : Encik Marzuki, pada pandangan saya lebih baik kita ubah perniagaan ini kepada Perkongsian Liabiliti Terhad(PLT)
Mengapakah Encik Sarath berpandangan sedemikian?
Bilangan rakan kongsi PLT tidak terhad
PLT mudah ditubuhkan dan diuruskan
Rakan kongsi PLT membayar cukai pendapatan yang terhad
PLT tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman
Apakah perbezaan antara barang dan perkhidmatan?
Barang tidak nampak & barang nampak
Bersifat tidak ketara & Bersifat ketara
Boleh diinventori & Tidak boleh diinventori
Aspek kualiti sukar diukur & Aspek kualiti mudah diukur
