wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Voucher payment

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan utama Payment Voucher ialah:

a)

Merekod penerimaan wang tunai

b)

Merekod bayaran keluar wang tunai

c)

Menggantikan invois pembekal

d)

Merekod jualan kredit

2.

Siapakah yang perlu menandatangani Payment Voucher sebelum bayaran dibuat?

a)

Penerima sahaja

b)

Penyedia sahaja

c)

Penyedia dan pelulus

d)

Juruaudit

3.

Maklumat yang tidak wajib dicatat dalam Payment Voucher ialah:

a)

Nama pembekal

b)

Tarikh bayaran

c)

Jumlah bayaran

d)

Nombor telefon pelanggan

4.

Jika bayaran dibuat melalui cek, Payment Voucher perlu menyertakan:

a)

Nombor cek dan bank pengeluar

b)

Nama pelanggan

c)

Alamat penerima sahaja

5.

Apabila pembekal memberikan diskaun tunai, jumlah yang dicatat dalam Payment Voucher ialah:

a)

Jumlah asal invois tanpa diskaun

b)

Jumlah selepas ditolak diskaun

c)

Hanya jumlah diskaun

d)

Jumlah invois ditambah GST

6.

Fungsi Payment Voucher dalam kawalan dalaman syarikat ialah:

a)

Mengawal pembayaran supaya sah dan diluluskan

b)

Menggantikan akaun bank syarikat

c)

Merekod semua jualan tunai

d)

Merekod gaji pekerja sahaja

7.

Apakah dokumen sokongan yang biasanya dilampirkan dengan Payment Voucher?

a)

Resit bayaran, invois atau bil pembekal

b)

Senarai gaji pekerja

c)

Buku tunai syarikat

d)

Surat tawaran kerja

8.

Payment Voucher biasanya digunakan untuk:

a)

Merekod semua transaksi jualan kredit

b)

Merekod bayaran kepada pembekal atau pihak ketiga

c)

Menyediakan penyata kewangan tahunan

d)

Mengira cukai pendapatan pekerja

9.

Apakah maklumat penting yang mesti dicatat dalam Payment Voucher?

a)

Nama pembekal, tarikh, nombor baucar, jumlah bayaran

b)

Nama pekerja, gaji, EPF

c)

Nama pelanggan, alamat, nombor telefon

d)

Nombor akaun bank sahaja

10.

Siapakah yang menerima salinan Payment Voucher selepas bayaran dibuat?

a)

Ketua Jabatan sahaja

b)

Juruaudit sahaja

c)

Penerima bayaran dan pejabat akaun

d)

Pelanggan

11.

Syarikat membeli peralatan pejabat daripada dua pembekal dan menerima diskaun tunai 5% daripada salah satu pembekal. Bayaran dibuat melalui cek. Apakah langkah paling sesuai untuk memastikan jumlah yang dibayar betul?

a)

Membayar jumlah asal tanpa diskaun kerana cek tidak boleh ditarik balik

b)

Memeriksa invois, kira diskaun dan semak jumlah akhir sebelum menyediakan Payment Voucher

c)

Membayar separuh jumlah dahulu dan separuh selepas seminggu

d)

Hanya meminta penerima tandatangan pada Payment Voucher

12.

Sebuah syarikat ingin mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku bayaran berganda kepada pembekal dengan mengecop "paid". Apakah fungsi utama Payment Voucher dalam situasi ini?

a)

Menjadi bukti pembayaran sahaja

b)

Menghalang bayaran tanpa kelulusan dan menyimpan rekod transaksi

c)

Menggantikan invois pembekal sepenuhnya

d)

Mengurangkan jumlah pembayaran kepada pembekal

13.

Syarikat menerima invois yang salah jumlah daripada pembekal tetapi pembekal menuntut bayaran segera. Apakah tindakan yang paling sesuai sebelum menyediakan Payment Voucher?

a)

Bayar invois terlebih dahulu, kemudian buat aduan

b)

Semak invois, hubungi pembekal untuk pembetulan, baru sediakan Payment Voucher

c)

Abaikan dan sediakan Payment Voucher dengan jumlah asal

d)

Gantung semua bayaran lain sehingga isu selesai

14.

Apabila beberapa pembayaran kecil dibuat kepada pembekal yang sama dalam sebulan, apakah strategi Payment Voucher terbaik untuk mengurus pembayaran?

a)

Menggabungkan semua invois dalam satu Payment Voucher selepas semakan

b)

Mengeluarkan Payment Voucher untuk setiap invois walaupun jumlah kecil

c)

Membayar secara tunai tanpa rekod

d)

Membayar invois lama dahulu, baru invois baru

15.

Jika penyedia Payment Voucher dan pelulus adalah individu yang sama, apakah risiko yang timbul dan penyelesaian terbaik?

a)

Tiada risiko, teruskan sahaja

b)

Hanya tulis “diluluskan sendiri”

c)

Risiko dicatat, tetapi boleh diabaikan

d)

Risiko bayaran tidak sah; elakkan dengan mendapatkan tandatangan pelulus lain

16.

Syarikat ingin menilai keberkesanan kawalan dalaman Payment Voucher. Petunjuk yang paling sesuai ialah:

a)

Semua Payment Voucher ditandatangani oleh satu orang sahaja

b)

Semua pembayaran direkodkan dan disemak, tiada bayaran berganda

c)

Semua pembayaran dibuat tunai sahaja

d)

Semua baucar dimusnahkan selepas pembayaran

17.

Pembekal menghantar invois tanpa nombor rujukan. Apakah tindakan yang betul sebelum membuat bayaran?

a)

Sediakan Payment Voucher dengan nombor rujukan sendiri

b)

Hubungi pembekal untuk mendapatkan nombor invois atau bukti sah sebelum menyediakan Payment Voucher

c)

Abaikan nombor invois, kerana jumlah jelas

d)

Gabungkan dengan invois lain yang ada nombo

18.

Sebuah syarikat menghadapi situasi di mana beberapa Payment Voucher belum disemak sebelum bayaran dibuat. Apakah kesan utama kepada kawalan dalaman?

a)

Bayaran mungkin salah atau berganda, rekod kewangan tidak tepat

b)

Semua bayaran menjadi sah tanpa masalah

c)

Mengurangkan kos pembayaran

d)

Mempercepat proses bayaran sahaja

19.

Apakah maksud perbelanjaan operasi?

a)

Perbelanjaan yang digunakan untuk membeli aset tetap

b)

Perbelanjaan harian yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan

c)

Perbelanjaan untuk pelaburan jangka panjang

d)

Perbelanjaan untuk membayar dividen kepada pemilik