WorksheetsSains KSSM Ting 4 Bab 4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara kenderaan berikut yang manakah bukan kenderaan hijau?
Kereta solar
Kereta elektrik
Kapal terbang
Kereta api elektrik
Sektor yang manakah tidak terlibat dalam Teknologi Hijau?
Sektor tenaga
Sektor pengangkutan
Sektor kewangan
Sektor pertanian dan perhutanan
Antara yang berikut yang manakah ditekankan dalam bidang ekonomi dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan?
Mempromosikan kecekapan tenaga
Memulihara alam sekitar
Meningkatkan kualiti hidup rakyat
Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
Apakah gas yang terbebas apabila sisa pepejal menjalani proses penguraian?
Oksigen
Metana
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Antara yang berikut yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
Kesan pembakaran bahan api fosil
Kumbahan, sisa kimia dan sampah sarap
Penerokaan hutan
Pembakaran terbuka
Malaysia menggalakkan penggunaan bahan api bio daripada minyak kelapa sawit dalam pengangkutan hijau. Apakah isu sosiosaintifik yang timbul akibat penggunaan api ini?
Pencemaran udara meningkat
Bilangan kenderaan bermotor semakin meningkat
Kos penyelenggaraan kenderaan meningkat
Harga makanan melambung naik akibat harga minyak masak yang meningkat
Apakah kebaikan yang diperolehi dalam penggunaan kenderaan berkuasa solar?
Mengurangkan kos penyelenggaraan
Meningkatkan kecekapan tenaga pekerja
Mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya
Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
Antara yang berikut yang manakah bukan merupakan aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pertanian?
Najis haiwan dan sisa pertanian digunakan untuk menghasilkan tenaga bio.
Menggunakan baja kimia untuk meningkatkan kesuburan tanah
Mengamalkan kaedah kawalan biologi
Mengamalkan penanaman vertikal
Antara berikut yang manakah bukan kesan pemanasan global?
Meningkatkan paras air laut
Menyebabkan perubahan iklim
Mengubah taburan hujan
Memusnahkan habitat flora dan fauna
Apakah kebaikan menggunakan kereta hibrid berbanding kereta biasa?
Membebaskan banyak karbon dioksida
Membebaskan sedikit karbon dioksida
Menggunakan bateri
Menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu
