Font size
WorksheetsGerm Buster 2020°°Sekolah Rendah°°
Total questions: 41
Worksheet time: 10hrs 46mins
Apakah 3 kaedah untuk mengenalpasti makanan yang rosak?
Pandang, hembus dan makan
Lihat, Makan dan Muntah
Lihat, Hidu dan Rasa
Picit, Hidu dan Makan
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda tahu ada makanan yang rosak di sekolah?
Beritahu kepada kawan-kawan
Laporkan segera kepada guru/pengusaha makanan
Berdiam diri dan tidak makan makanan tersebut
Meminta beli dengan harga yang lebih murah
Di manakah ruang yang sesuai untuk menyimpan daging dan ikan di dalam peti ais?
Ruang sejuk beku
Rak simpanan biasa
Ruang sayur yang bersih
Di mana sahaja asalkan bersih
Makanan yang telah dimasak boleh disimpan di dalam peti ais dengan syarat :-
Ditutup dan disimpan di dalam ruang sejuk beku
Ianya sesuai disimpan di ruang buah-buahan dan sayuran
Tidak boleh disimpan peti ais kerana mudah rosak
Dimasukkan di dalam bekas tertutup dan letakkan di ruang dingin
Sayur dan buah perlu dicuci dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais.
BETUL
SALAH
Ibu bersama Ahmad ke pasar untuk membeli ikan. Sampainya di pasar, ibu menyuruh Ahmad untuk memilih ikan yang segar. Apakah ciri-ciri penting dalam memilih ikan yang segar?
Mata ikan yang kemerahan dan kulit berlendir
Isi yang pejal, mata ikan yang jernih dan insang yang berwarna merah cerah
Ikan yang direndam dengan ais
Ikan yang diberitahu oleh penjual bahawa “ikan baharu”
Pemilihan premis makanan yang bersih adalah amat penting dan adalah lebih baik sekiranya premis itu mendapat pensijilan BeSS. Apakah yang dimaksudkan dengan Bess?
Bersih, Segar, Sejahtera
Baru, Segar, Sihat
Bersih, Selamat, Sejahtera
Bersih, Selamat, Sihat
Apakah ciri-ciri pengendali makanan yang baik?
Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air
Tidak merokok ketika mengendalikan makanan
Memakai apron dan penutup kepada yang bersih
Semua di atas
Makanan yang rosak boleh memudaratkan kesihatan. Berpandukan gambar di atas, ciri-ciri makanan yang telah rosak adalah seperti berikut KECUALI :
Berlendir
Berkulat
Belum tamat tarikh luput
Berubah warna
Emak memesan ayah untuk membeli ayam di pasar untuk dimasak. Bagaimanakah ayah dapat menentukan ayam yang dibeli adalah segar dan berkualiti?
Ayam mestilah yang dibalut dengan plastik lutsinar
Ayam yang bersaiz besar dan masih lengkap dengan kepala
Ayam yang kulitnya tidak lebam, tidak berbau busuk dan kulit yang pejal
Ayam yang telah dilayur dengan api sehingga mempunyai kesan-kesan terbakar
Keracunan makanan boleh meragut nyawa. Bagi mengelakkan keracunan makanan berlaku, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan KECUALI :
Makan makanan yang dimasak dengan secukupnya
Makan makanan yang sedap dan rupa yang cantik
Memilih makan di premis makanan yang bersih
Berhati-hati apabila memakan makanan laut
Keracunan makanan adalah berpunca dari makanan yang tercemar dengan bakteria. Bakteria boleh membiak dengan cepat di dalam suhu bilik. Apakah punca-punca kehadiran bakteria di dalam makanan?
Makanan yang telah dimasak tidak dibiarkan di bawah suhu 60°C
Sayur dan buah dicuci dengan air bersih
Pengendali makanan yang memakai apron semasa membuang sampah
Sudu dan garpu yang direndam di dalam air yang panas
Apakah ciri-ciri pengendali makanan yang baik?
Mendapatkan suntikan anti tifoid dan pemeriksaan perubatan
Memakai apron dan penutup kepala yang bersih
Sentiasa menjaga kebersihan premis makanan dengan baik
Semua di atas
Ahmad minum susu berperisa coklat yang telah dibeli oleh abangnya semalam. Selepas 3 jam minum susu tersebut, Ahmad mula merasa loya, muntah dan cirit-birit. Apakah yang menyebabkan Ahmad menjadi sedemikian?
Ahmad mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah
Keracunan makanan
Ahmad tidak gemar susu berperisa coklat
Ahmad minum susu tanpa membaca doa
Berikut adalah bakteria yang menyebabkan keracunan makanan KECUALI :
Staphylocuccus aureus
Bacillus cereus
Ultroman perfringens
Salmonella
Makcik Kiah ingin menjual nasi lemak di gerai di hadapan sekolah. Apakah yang Makcik Kiah perlu lakukan?
Hadir kursus pengendali makanan
Mendapatkan suntikan pelalian anti tifoid
Tidak membungkus nasi lemak dengan surat khabar
Semua di atas
Di manakah tempat yang boleh Makcik Kiah mendapatkan Latihan Pengendali Makanan?
Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan yang berhampiran
Kelas masakan Chef Wan di Kuala Lumpur
Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang sah
Kolej komuniti yang berhampiran dengan rumah Makcik Kiah
Sekiranya Makcik Kiah tidak menghadiri kursus pengendali makanan, apakah tindakan yang akan dikenakan?
Dibatalkan pinjaman yang diberikan oleh bank
Dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara
Akan dimarahi oleh Guru Besar kerana meniaga di hadapan sekolah
Gerai nasi lemak Makcik Kiah akan ditutup oleh pihak berkuasa
Makanan yang telah dimasak boleh disimpan di dalam peti ais dengan syarat-syarat berikut KECUALI :-
Makanan dimasukkan di dalam bekas berpenutup
Makanan disimpan tidak melebihi 3 hari
Makanan disimpan di dalam pinggan yang bersih bersama-sama buah-buahan
Makanan disimpan di dalam bekas berpenutup dan peti sejuk yang bersih
Ah Chong bersama ayahnya ingin membeli makanan di dalam tin di sebuah pasaraya. Berikut adalah tips penting ketika memilih makanan di dalam tin KECUALI :
Pastikan makanan belum tamat tarikh luput
Beli makanan dalam tin harga promosi yang sedikit kemek kerana lebih menguntungkan
Pastikan tiada karat pada bahagian tin
Tin hendaklah tidak mengelembung dan mempunyai rupa yang sempurna.
Apakah yang anda tahu tentang tarikh luput pada makanan?
Makanan tersebut telah berusia
Tarikh luput adalah tarikh makanan tersebut dibuat
Makanan yang telah tamat tarikh luput masih boleh dimakan sekiranya masih tidak berbau
Makanan yang telah tamat tarikh luput tidak sesuai untuk dimakan
Berikut adalah ciri-ciri pengendali makanan yang baik KECUALI :
Sentiasa memakai penutup kepada dan apron yang bersih
Memakai jam tangan untuk melihat waktu semasa bekerja
Memakai sarung tangan plastik ketika mengendalikan makanan seperti kerabu dan acar
Tidak meludah dan merokok di dalam tempat memasak
Murid-murid mesti mencuci tangan tangan dengan sabun dan air sebelum makan di kantin. Apakah tujuan mencuci tangan?
Menjadikan kulit tangan putih dan gebu
Membunuh kuman yang ada pada tangan dan kuku
Arahan oleh oleh guru besar
Supanya tangan tidak melekit semasa menyuap nasi
Adakah hand sanitizer boleh digunakan untuk mencuci tangan sekiranya tiada sabun dan air?
TIDAK BOLEH
BOLEH
Siti telah membasuh tangan dengan sabun dan air semasa keluar dari tandas di awal pagi tadi. Apabila tiba waktu rehat, Siti mahu makan nasi goreng yang dibeli di kantin dengan tangan. Adakah Siti perlu membasuh tangan sekali lagi?
PERLU
TIDAK PERLU
Berikut merupakan tindakan Ibu yang SALAH selepas membeli makanan dari pasar KECUALI :-
Meletakkan daging mentah di dapur dan menonton rancangan televisyen kegemaran
Membasuh sayur dan ikan dan disimpan di dalam peti ais
Menyuapkan nasi ke mulut adik yang sedang lapar
Mengelap tangan dengan kain yang bersih
Apakah 3 punca utama yang menyebabkan keracunan makanan?
Gas, Cecair, Wasap
Kimia, Racun, Kuman
Ulat, Sayur Basi, Air bergula
Fizikal, Kimia dan Biologi
Penyataan berikut adalah BENAR tentang keracunan makanan KECUALI?
Makanan yang tercemar dengan racun serangga boleh dimakan selepas dipanaskan
Ikan buntal merupakan ikan yang beracun
Kulit telur perlu dibasuh sebelum telur dimasak bersama mee goreng
Sayur yang ditanam sendiri oleh ayah perlu dibasuh sebelum dijadikan ulam
Apakah tindakan yang perlu dibuat selepas anda mengalami keracunan makanan di sekolah?
Makan ubat yang dibeli dari koperasi dan berehat di dalam kelas
Melaporkan kepada guru kelas atau guru besar
Berehat di dalam tandas sehingga keadaan pulih
Berdiam diri kerana takut diketawakan oleh kawan-kawan
Berikut adalah tips penting dalam mengelakkan kejadian keracunan makanan KECUALI :
Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air sebelum memakan
Memilih premis makanan dan pengendali makanan yang bersih
Memilih gerai yang sedap dan ramai pelanggan
Memanaskan semula makanan yang disimpan di dalam peti sejuk
Setelah pulang dari kerja, ibu akan singgah di pasaraya untuk membeli barangan keperluan dapur untuk masak di rumah. Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu sebelum ke pasaraya?
Bersihkan tangan menggunakan hand sanitizer
Memakai penutup muka ataupun ‘mask’ sebelum memasuki pasaraya
Menyediakan senarai makanan yang hendak dibeli mengikut tahap risiko
Sukat suhu badan dan berdaftar dengan MySejahtera menggunakan QR Scanner
Maksud makanan berisiko tinggi adalah:
Makanan yang sudah basi
Makanan yang sensitif suhu
Makanan yang boleh menyebabkan penyakit kronik
Makanan yang boleh menyebabkan keracunan makanan
Sabrina bercadang untuk memasak ‘sandwich’ roti ikan sardin untuk sarapan pada hari ini. Apabila membeli tin sardin di pasaraya, Sabrina perlu pastikan tin sardin yang dibeli mempunyai ciri-ciri berikut, KECUALI:
Tidak berbuih
Tidak berkarat
Tidak bocor
Tidak kemik
Ali mempunyai penyakit G6PD di mana dia mempunyai alergi terhadap kekacang. Apakah yang perlu lakukan semasa membeli sarapan bijirin dalam kotak untuk dibawa ke sekolah pada keesokan hari?
Tarikh luput
Maklumat pengilang
Cara penyediaan
Senarai ramuan
Mengapakah kita disarankan untuk memilih produk makanan yang mempunyai logo MeSTI, GMP atau HACCP di pasaran?
Harga lebih berpatutan
Dijamin halal dan bersih
Dijamin bersih dan selamat
Tidak akan menyebabkan keracunan makanan
Ketika memilih sayur-sayuran di pasar, Mak Cik Kiah akan pastikan tiada bekas gigitan serangga ataupun lubang gigitan ulat pada daun sayuran yang dipilih untuk pastikan sayur yang dipilih itu adalah segar. Perbuatan Mak Cik Kiah adalah:
BETUL
SALAH
Apabila memilih daging segar, kita perlu pastikan perkara berikut KECUALI:
Tidak berdarah
Tidak berlendir
Tidak berbau busuk
Segar
Cik Pah dan Cik Ida telah pergi membeli barangan keperluan dapur di pasaraya selepas balik kerja, sekitar jam 5.30 petang. Antara barangan yang dibeli adalah seperti makanan laut segar, sayur-sayuran, biskut, minyak masak, sabun mencuci pinggan dan tisu. Apabila selesai membeli kesemua barangan dapur tersebut, jam menunjukkan waktu pukul 7.00 malam. Mereka berdua sangat lapar dan bercadang untuk makan malam dahulu di medan selera pasaraya tersebut, kemudian pulang ke rumah dengan segera pada jam 8 malam. Adakah perkara yang dilakukan oleh Cik Pah dan Cik Ida satu amalan yang baik?
YA
Mengapa?
TIDAK
Mengapa?
Perlu pulang ke rumah segera untuk elakkan makanan risiko tinggi (makanan laut segar) rosak - sensitif suhu
Mengapakah ibu Fika tidak benarkannya memakan makanan yang sudah melebihi 4 jam pada suhu bilik?
Kuman akan beranak pinak di dalam perut kita
Kuman paling aktif pada suhu -26°C hingga -27°C
Boleh menyebabkan keracunan makanan
Makanan itu sudah tidak sedap
Husna telah meletakkan ayam mentah yang dibeli oleh ibunya di dalam peti sejuk sejurus selepas ibunya pulang ke rumah dari pasar. Namun, ibunya masih marah. Antara kesalahan yang dilakukan oleh Husna dalam pengendalian ayam mentah adalah berikut KECUALI:
Tidak membersihkan ayam mentah yang dibeli
Tidak meletakkan ayam mentah pada suhu dingin
Tidak meletakkan ayam dalam bekas yang bersih dan bertutup
Tidak membuang plastik ayam yang dibeli dan dimasukkan terus ke dalam peti sejuk
Mengapa bahan mentah seperti ayam perlu diletak pada suhu -18°C?
Kuman bergerak dengan perlahan
Kuman menjadi aktif dan tidur
Membunuh kuman
Menghentikan pembiakan kuman
