WorksheetsTATABAHASA - PENJODOH BILANGAN Siri 1 (CIKGU NOOR)
Total questions: 25
Worksheet time: 4mins
Haziq minum se ________ air kerana dahaga.
teko
cawan
gelas
cerek
Adik hanya makan se_________ limau yang diberikan oleh ibu kerana rasanya masam.
biji
buah
ulas
pangsa
Petani sedang mengubah anak-anak padi di sepuluh _______ sawahnya.
petak
papan
bidang
gelung
Malini makan tiga _______ roti untuk mengalas perut sebelum ke sekolah.
keping
kotak
buku
ulas
Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa ______ tembakan untuk meleraikan rusuhan itu.
butir
das
biji
patah
Datuk memetik beberapa ________ petai dari pokok di belakang rumah.
ulas
papan
biji
ketul
Azam membeli se________ beras di sebuah pasaraya.
biji
guni
kampit
bungkus
Nelayan itu sedang menjahit se _______ jala yang koyak.
buah
rawan
bidang
lembar
Kakak menggunakan se ________ kain untuk membalut luka di tangannya.
helai
papan
carik
keping
Ahli pengakap itu memikul se _______ kayu api untuk dibawa ke khemah.
bungkus
batang
cekak
berkas
Beberapa pelancong asing yang hilang itu dipercayai diculik oleh ________ pengganas.
pasukan
angkatan
gerombolan
kumpulan
Rahimah memasukkan beberapa _______ beras ke dalam periuk untuk memasak bubur.
biji
kepal
kampit
genggam
Laila menerima se _______ rantai mutiara daripada ibunya sebagai hadiah haari jadinya.
bentuk
urat
utas
untai
Rumah Raihan yang terletak di hadapan se ________ rumah kedai.
deret
pintu
barisan
kelompok
Setiap hari Mak Cik Kiah membuat dua ________ kuih untuk dujual di warung Pak Hamid.
biji
bakul
keping
potong
Se__________ tentera telah dihantar ke sempadan negara itu untuk mengawal rusuhan itu.
orang
pasukan
kumpulan
gerombolan
Pak Ahmad membawa ______________ jala ke sungai untuk menjala ikan.
sekawan
serawan
sebuah
selembar
Sasterawan negara itu membacakan ______ pantun untuk para hadirin yang hadir.
sebaris
sepotong
serangkap
seuntai
___________ lembu kelihatan sedang memakan rumput di tepi sungai.
segerombolan
sekawan
sekumpulan
seangkatan
Pihak kastam telah merampas dua ______ pistol dan _______ kereta.
laras ... buah
pucuk .... sebuah
rawan ..... sebuah
batang ..... sebuah
________ bomba telah dihantar ke Seremban bagi mengikuti kursus penyelamat.
Sekawan
Seangkatan
Segerombolan
Pasukan
Ibu memasukkan _______ garam ke dalam masakan gulai ikan pari.
secubit
secekak
segenggam
sebungkus
Cikgu Laila menghadiahi Rahman _______ buah novel sempena hari jadinya yang ke -10.
senaskhah
sehelai
seuntai
sekeping
Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _____ tembakan ke udara bagi menyuraikan tunjuk perasaan itu.
butir
bilah
buah
das
Abang membeli beberapa ____jagung bakar untuk dibawa pulang ke rumah.
batang
biji
tongkol
buah
