wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kata Sendi Nama (Kelas Tambahan J3)

Total questions: 51

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Tulis nama dan kelas anda.

4 lines
2.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

3.

Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

4.

Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

hingga

5.

Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

6.

Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.

a)

di

b)

pada

c)

dalam

d)

dengan

7.

Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

ke

8.

Kak Kiah membuat sebiji kek coklat __________ anaknya.

a)

semasa

b)

untuk

c)

ke

d)

di

9.

Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.

a)

daripada

b)

hingga

c)

dengan

d)

dari

10.

Mereka sedang berbincang ____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

a)

tentang

b)

akan

c)

terhadap

d)

sejak

11.

Mak Cik Mimah termenung sendirian di rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang belajar di Korea.

a)

oleh

b)

akan

c)

dengan

d)

kepada

12.

Projek perumahan Mega sudah berhenti ____________ tiga tahun yang lalu.

a)

dari

b)

hingga

c)

sementara

d)

sejak

13.

Menara Berkembar Petronas terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

dengan

14.

Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang semalam.

a)

dengan

b)

ke

c)

kepada

d)

daripada

15.

Murid-murid Tahun 6 Ceria sedang berkumpul __________ padang sekolah.

a)

ke

b)

kepada

c)

dari

d)

di

16.

Gelas itu jatuh __________ lantai lalu pecah.

a)

pada

b)

dari

c)

ke

d)

kepada

17.

"Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang," kata Shah kepada Razman.

a)

di

b)

pada

c)

sejak

d)

sementara

18.

Adik Airil sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak Noni.

a)

dengan

b)

akan

c)

kepada

d)

untuk

19.

Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa .

a)

sejak

b)

dari

c)

daripada

d)

hingga

20.

Kita harus bersikap belas kasihan ___________ binatang.

a)

pada

b)

untuk

c)

dengan

d)

terhadap

21.

Haziq tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Ipoh.

a)

demi

b)

semenjak

c)

daripada

d)

manakala

22.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.

a)

di ... ke

b)

dari ... ke

c)

di ... kepada

d)

daripada ... kepada

23.

________________ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu ________ yang lain.

a)

Di ... terhadap

b)

Pada ... terhadap

c)

Pada ... dengan

d)

Di ... dengan

24.

Hazim mengecat ruang tamu biliknya _______________ yang disuruh ________ ayahnya.

a)

seperti ... oleh

b)

bagai ... dari

c)

sebagai ... akan

d)

umpama ... di

25.

Amir Hafiz menghantar e-mel ____________ abangnya yang berada _________ Ireland.

a)

akan ... di

b)

untuk ... dari

c)

kepada ... di

d)

dengan ... dari

26.

Abang Haikal bekerja sebagai pembantu tadbir __________ Pejabat Daerah Kinta.

a)

ke

b)

dari

c)

daripada

d)

di

27.

"Lebih baik membaca buku __________ asyik bermain sahaja," kata emak kepada Kamil.

a)

dari

b)

pada

c)

daripada

d)

kepada

28.

Rumah Balqis terletak __________ rumah Kamalia dengan rumah Zila.

a)

antara

b)

di antara

c)

dari

d)

daripada

29.

Semua borang penyertaan mestilah sampai kepada kami sebelum atau _____________ 22 Februari 2008.

a)

dari

b)

pada

c)

daripada

d)

ke

30.

Perompak itu menikam Pak Sharif __________ belakang semasa cubaan merompaknya.

a)

dari

b)

sejak

c)

ke

d)

dengan

31.

Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

a)

kepada

b)

untuk

c)

manakala

d)

maka

32.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

terhadap

c)

dengan

d)

untuk

33.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah setia __________ raja dan negara.

a)

untuk

b)

kepada

c)

tentang

d)

sementara

34.

Patung yang diperbuat __________ kulit kambing itu telah dikeringkan.

a)

pada

b)

dari

c)

daripada

d)

terhadap

35.

Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

a)

hingga

b)

sejak

c)

tentang

d)

dengan

36.

Datuk sedang bercerita __________ pengalaman hidupnya semasa belajar di Indonesia.

a)

bagi

b)

untuk

c)

tentang

d)

terhadap

37.

"__________ bila kamu pandai berbohong?" Tanya Cikgu Lokman kepada Jamil.

a)

Dari

b)

Sejak

c)

Hingga

d)

Daripada

38.

Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

a)

kepada

b)

sejak

c)

dengan

d)

bagi

39.

Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.

a)

tentang

b)

untuk

c)

terhadap

d)

dengan

40.

Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

hingga

41.

Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.

a)

untuk

b)

akan

c)

pada

d)

ke

42.

Nyanyian Sheila Majid lebih merdu __________ nyanyian Ellie.

a)

akan

b)

dari

c)

daripada

d)

terhadap

43.

Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.

a)

tentang

b)

untuk

c)

akan

d)

dengan

44.

Gigi tidak bekerja _________ kemalangan itu.

a)

hingga

b)

sejak

c)

manakala

d)

sementara

45.

Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri __________ tujuh orang pemain.

a)

dengan

b)

kepada

c)

daripada

d)

dari

46.

Rumah Ali terletak di antara sekolah ________ klinik.

a)

akan

b)

kepada

c)

dengan

d)

hingga

47.

Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport __________ Perancis.

a)

sejak

b)

dari

c)

kepada

d)

dengan

48.

Seseorang ketua harus bersikap adil _____ anak buahnya.

a)

demi

b)

tentang

c)

terhadap

d)

seperti

49.

Pegaiwai itu berjaga dari pagi _______ larut malam.

a)

kepada

b)

ke

c)

hingga

d)

di

50.

Buku cerita itu ada ______ Ali.

a)

kepada

b)

pada

c)

untuk

d)

di

51.

Dia menyambut tetamunya ______ hati terbuka.

a)

dengan

b)

akan

c)

antara

d)

pada