wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Pentadbiran Negara

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

1. Ciri-ciri Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen, kecuali......

a)

Raja berperlembagaan

b)

Badan kehakiman

c)

tiada parti- parti politik

d)

melaksanakan pilihan raya

2.

Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan , YDPA dikehendaki menerima nasihat daripada

a)

Perdana Menteri

b)

Dewan Negara

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Kabinet

3.

Siapakah ketua negara Malaysia?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Yang di-Pertua Negeri

c)

Perdana Menteri

d)

Gabenor

4.

Berikut merupakan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia kecuali....

a)

Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia.

b)

ketua agama Islam bagi Negara Malaysia serta negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

c)

bertanggungjawab memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri

d)

kuasa dalam sektor perniagaan dan menetapkan kadar tukaran mata wang

5.

Keahlian Majlis Raja-Raja adalah

a)

YDPA

b)

Ahli DUN

c)

Sultan Negeri

d)

Yang di-Pertua Negeri

6.

Berikut adalah negeri yang mempunyai Sultan kecuali .......

a)

JOHOR

b)

PAHANG

c)

KELANTAN

d)

PULAU PINANG

7.

Pilih pernyataan berkaitan sistem pemerintahan persekutuan

a)

Agihan kuasa hanya diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri-negeri yang mempunyai raja.

b)

kuasa kerajaan pusat lebih mendominasi

c)

Pemerintahan dibahagikan kepada dua peringkat pemerintahan iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

d)

Setiap peringkat kerajaan mempunyai tidak mempunyai autonomi dalam bidang perundangan tertentu

8.

Pilih pernyataan berkaitan Demokrasi Berparlimen

a)

Perlembagaan menjadi asas pembentukan kerajaan

b)

Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga badan (perundangan, eksekutif dan kehakiman)

c)

Parlimen menjadi lambang pemerintahan demokrasi

d)

Pilihanraya diadakan 10 tahun sekali

9.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

a)

Yang Di-Pertuan Agong dan Setiausaha Negara

b)

Yang Di-Pertuan Agong dan Ketua Hakim Negara

c)

Yang Di-Pertuan Agong dan badan kehakiman

d)

Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

10.

Pada 16 September 1963 merupakan tarikh bersejarah dalam sistem pemerintahan di malaysia kerana.

a)

Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya.

b)

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia.

c)

Sabah, Sarawak dan Singapura telah keluar daripada Malaysia

d)

Tanah Melayu terbentuk

11.

Pernyataan berkaitan Dewan Negara

a)

Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 5 tahun

b)

Meluluskan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat

c)

Ahli dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti

d)

Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia

12.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah

a)

Membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Negara

b)

Menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada

c)

Menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang

d)

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum tiga tahun

13.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?


I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

II Boleh menggunakan kuasa budi bicara

III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Rajah 1 berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam Persekutuan Malaysia.


Yang di-Pertuan Agong

Badan Perundangan

Badan Pelaksana

Badan Kehakiman


Berdasarkan sistem tersebut, Malaysia mengamalkan

a)

pemerintahan beraja berkuasa mutlak

b)

konsep pengasingan kuasa

c)

prinsip negara kesatuan

d)

dasar pintu terbuka

15.

Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia.


Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan memakmuran kepada negara.


Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?

I Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

II Pandangan rakyat biasa diambil kira

III Hak rakyat untuk bersuara disekat

IV Kebebasan mutlak rakyat terjamin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Yang diPertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan juga beberapa negeri. Antara negerinya ialah


I Melaka

II Sabah

III Sarawak

IV Johor

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

Yang berikut, manakah yang mendapat pelantikan daripada Yang Dipertuan Agong?


I Peguam Negara

II Ketua Audit Negara

III Perdana Menteri

IV Peguambela

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan 1V

d)

II, III dan IV

18.

Bilakah Perlembagaan Malaysia wujud?

a)

31 OGOS 1957

b)

16 SEPTEMBER 1963

c)

16 MEI 1956

d)

16 OKTOBER 1963

19.

Perlembagaan Malaysia mengandungi _____ perkara

a)

183

b)

153

c)

163

d)

173

20.

Siapakah yang berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman di Mahkamah Tentera di Malaysia ?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Menteri Pertahanan

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Angkatan Tentera

21.

Yang manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?

a)

Gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja

b)

Kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran

c)

Kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi

d)

Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif,kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung

22.

Teori pengasingan kuasa (eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh

a)

W.R Roff

b)

Montesqiue

c)

Lord Cobbold

d)

Lord Landsdowne

23.

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demorasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan memakmurkan negara.


Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara.

a)

Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

b)

Pandangan rakyat biasa diambil kira

c)

Hak rakyat untuk bersuara disekat

d)

Kebebasan mutlak rakyat terjamin

24.

Perlembagaan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri dijalankan oleh:

a)

Yang Di Pertuan Agong

b)

Yang Berhormat Dewan Negara

c)

Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

d)

Perdana Menteri

25.

Pilih bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

a)

Tanah Pertanian dan perhutanan

b)

Hukum,Syarak dan hal ehwal agama Islam

c)

Pendidikan

d)

Hari kelepasan am