wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah seorang pembesar Melayu pada abad ke-15 boleh menjadi pemilik lombong bijih timah?

a)

Diwarisi secara turun-temurun

b)

Hasil rundingan dengan British

c)

Sokongan daripada rakyat tempatan

d)

Mendapat surat tauliah daripada sultan

2.

Apakah persamaan bagi bandar Ipoh, Gopeng dan Pangkalan Peguh?

a)

Pusat pentadbiran baharu di Perak

b)

Pelabuhan untuk mengangkut bijih timah

c)

Muncul akibat kepesatan perlombongan bijih timah

d)

Muncul akibat kepesatan perlombongan emas

3.

Pada abad ke-19, Sultan Ahmad telah memberikan konsesi kepada orang Eropah. Mengapakah baginda berbuat sedemikian?

a)

Mengekalkan hak mengutip cukai

b)

Mendapatkan bantuan ketenteraan

c)

Menjalankan kegiatan perdagangan

d)

Memajukan kegiatan perlombongan

4.

Pada tahun 1874, Andrew Clarke, iaitu Gabenor NNS telah berunding dengan pembesar Melayu dan ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai San di Pulau Pangkor. Apakah muslihat British mengadakan rundingan tersebut?

a)

Mengukuhkan persahabatan

b)

Menguasai hak pungutan cukai

c)

Mengawal undang-undang negeri

d)

Menghapuskan pengaruh Belanda

5.

Apakah kesan daripada pengenalan jawatan Pegawai Majistret dan Pemungut Cukai yang diperkenalkan British melalui pelaksanaan Sistem Residen?

a)

Jawatan Sultan dilucutkan

b)

Taraf hidup rakyat meningkat

c)

Amalan perhambaan dihapuskan

d)

Hak memungut cukai diambil alih oleh British

6.

Bagaimanakah penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang?

a)

Memajukan kegiatan perlombongan emas

b)

Menarik kedatangan ramai pelabur dari luar

c)

Menggabungkan negeri-negeri Melayu yang kaya

d)

Menerima bantuan daripada ibu pejabat British di London

7.

Bagaimanakah British mengatasi kelemahan sistem Residen apabila Residen menjadi terlalu berkuasa akibat tiada panduan menjalankan tugas?

a)

Mewujudkan Durbar

b)

Mengembalikan kuasa sultan

c)

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri

d)

Membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

8.

Apakah kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896?

a)

Penghapusan sistem percukaian

b)

Ketidakstabilan ekonomi dan politik

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri

d)

Kemerosotan kuasa pemerintah tempatan

9.

Mengapakah British membentuk Durbar?

a)

Menjaga kewibawaan Raja-Raja Melayu

b)

Memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Mengawal undang-undang dan kewangan negeri

d)

Mendapatkan sokongan Raja-Raja Melayu terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

10.

Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah. Bilakah aktiviti tersebut mula dilakukan?

a)

Abad ke-13

b)

Abad ke-14

c)

Abad ke-15

d)

Abad ke-16

11.

Apakah kaedah perlombongan awal yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-15?

a)

Kaedah lombong dedah

b)

Kaedah mendulang

c)

Kaedah melampan

d)

Kaedah palung

12.

Raja Jumaat telah berjaya memajukan pusat perdagangan bijih timah yang terkenal di negara kita. Apakah kawasan perdagangan bijih timah tersebut?

a)

Jugra

b)

Lukut

c)

Shah Alam

d)

Sungai Ujong

13.

Suvarnabhumi merupakan gelaran yang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu. Apakah maksud gelaran tersebut?

a)

Bumi Emas

b)

Negara Emas

c)

Cahaya Emas

d)

Semenanjung Emas

14.

Gedung Raja Abdullah telah dibina oleh Raja Abdullah di Klang. Apakah tujuan pembinaan gudang tersebut?

a)

Pusat pendidikan

b)

Pusat ketenteraan

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat pengumpulan bijih

15.

Apakah keistimewaan Sungai Linggi dalam kalangan pembesar di Negeri Sembilan?

a)

Kesuburan tanaman

b)

Perlombongan bijih timah

c)

Kawalan pengutipan cukai

d)

Pusat pertahanan

16.

British tidak mempunyai ruang untuk memanipulasi dan memaksa Sultan negeri supaya menerima perlindungan British. Apakah negeri tersebut?

a)

Johor

b)

Selangor

c)

Negeri Sembilan

d)

Pahang

17.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pertapakan British di Pahang?

a)

Rompakan kapal dagang British

b)

Serangan rumah api di Tanjung Rachado

c)

Pembunuhan seorang lelaki Cina di perkarangan istana

d)

Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap di kawasan lombong

18.

Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertujuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri. Apakah negeri yang menghadapi masalah tersebut?

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Terengganu

d)

Pahang

19.

Frank Swettenham dipilih untuk membantu pentadbiran British di Selangor. Apakah kawasan yang diletakkan di bawah pentadbiran beliau?

a)

Klang

b)

Langat

c)

Sepang

d)

Gombak

20.

Antara berikut, apakah jawatan yang paling berpengaruh sekali dalam Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Residen

b)

Setiausaha

c)

Bendahari

d)

Gabenor