WorksheetsKuiz Peribahasa 4 (Misi Jaya)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud "besar pasak daripada tiang"?
tiang lebih besar daripada pasak
pasak lebih besar daripada tiang
besar belanja daripada pendapatan
pendapatan lebih besar daripada perbelanjaan
Apakah maksud "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"?
betapa susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya
mata dan bahu berasa letih
seseorang yang menanggung beban yang berat
seseorang yang kuat bekerja sehingga tenat
Apakah maksud "biar putih tulang, jangan putih mata"?
lebih baik mati daripada menanggung malu
menyesal akibat daripada sesuatu perbuatan
seseorang yang sudah meninggal dunia
jangan berputus asa
Apakah maksud "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"?
membantu anak orang lain tetapi anak di rumah dipinggirkan
Menolong orang lain sekadar yang mampu
Membuat perkara atau perbuatan yang betul
Membuat pekerjaan yang baik jangan berlebih-lebih, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat
Apakah maksud "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat"?
kata sepakat yang tercapai dengan mesyuarat
air menjadi bulat disebabkan oleh pembetung
kerjasama dalam masyarakat
amalan bergotong-royong
Apakah maksud "burung terbang dipipiskan lada"?
mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat dimiliki
burung sedang menggigit lada
cita-cita yang telah dicapai
berangan-angan
Apakah maksud "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"?
orang yang bersaudara tidak akan bercerai kerana berselisihan
bulu ayam tercarik-carik
dua orang yang bermusuhan
tiada persepakatan
Apakah maksud "dayung sudah di tangan, perahu sudah di air"?
seseorang yang tidak tahu menggunakan sumber yang sedia ada
seseorang yang tidak menhargai pertolongan orang lain
segala persiapan sudah tersedia, maka lakukanlah apa-apa yang sepatutnya
seseorang yang tidak berpengetahuan
Apakah maksud "diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat"?
seorang yang tidak suka bercakap banyak
seorang yang pendiam tetapi berilmu pengetahuan
seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
seorang yang bersikap sombong
Apakah maksud "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"?
menginginkan sesuatu yang sukar untuk dicapai
menyelesaikan sesuatu masalah bersama-sama
mencari jalan penyelesaian
jika kita berhasrat akan sesuatu, kita pasti cuba sedaya-upaya untuk mendapatkannya
