NEW
Font size
WorksheetsKuiz online fizik T4 bab2
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Daya ditakrifkan sebagai
kadar perubahan tenaga
kadar perubahan momentum
kadar perubahan halaju
kadar membuat kerja
Sebiji bola dijatuhkan dari sebuah tempat yang tinggi ke tanah Antara kuantiti yang berikut yang manakah akan meningkat?
Pecutan disebabkan graviti
Halaju objek
Berat objek
Tenaga keupayaan objek
Antara yang berikut yang manakah BUKAN contoh gerakan linear?
Seorang atlet berlari dalam larian 100m
Gasing yang sedang berputar
Buah kelapa jatuh ke tanah
Anak panah menuju ke sasaran
Antara prinsip kerja yang berikut yang manakah TIDAK menggunakan kesan daya impuls?
Penghentak cerucuk
kayu hoki
Alu dan lesung
Tilam semasa acara lompat tinggi
Jisim sebiji sfera ialah 1kg. Pada lokasi manakah sfera itu paling berat?
Satah Khatulistiwa
Kutub Utara
Gunung Everest
Kuala Lumpur
Seorang pemain golf memukul sebiji bola golf yang berjisim 0.045kg. Daya impuls purata pada bola ialah 300N.Jika masa impak ialah 0.005s, berapakah halaju bola golf itu?
15ms-1
22ms-1
33ms-1
36ms-1
Sebuah objek sedang bergerak dengan halaju malar.Pernyataan manakah yang betulmengenai objek itu?
Tiada daya yang bertindak ke atas objek itu
Objek itu tidak berjisim
Terdapat dua daya yang bertindak ke atasnya
Daya bersih yang bertindak ke atas objek itu adalah sifar
Satu objek dilontar ke atas dengan kelajuan 30ms-1. Berapakah kelajuan dan arah gerakah selepas 5 saat?
10ms-1 ke atas
20ms-1 ke atas
10ms-1 ke bawah
20ms-1 ke bawah
Kuantiti fizik yang manakah akan berubah apabila seorang budak berlari di atas satu balapan bulat dengan kelajuan 5ms-1 ?
Laju
Halaju
Tenaga Kinetik
Tenaga Keupayaan
Kuantiti fizik yang manakah akan berubah apabila seorang budak berlari di atas satu balapan dengan kelajuan 5ms-1 ?
Laju
Halaju
Tenaga Kinetik
Tenaga Keupayaan
Seorang pemain melemparkan bola ke atas denga kelajuan 15ms-1. Berapakah ketinggian maksimum yang dicapai?
10.8m
11.3m
15.3m
19.6m
Sebuah objek mempunyai berat 500N di sebuah planet dimana kekuatan medan gravitinya adalah 60% kekuatan medan graviti di bumi.Berapakah daya yang diperlukan untuk mengangkat objek itu di permukaan Bumi?
300N
650N
763N
833N
Seorang pekerja menarik sebuah troli seberat 50kg dengan daya 200N. Daya geseran antara troli dan lantai ialah 20N.
Berapakah pecutan troli itu?
0.4 ms-2
3.6 ms-2
4.0 ms-2
4.4 ms-2
Rajah di bawah menunjukkan sebuah kereta yang sedang bergerak laju berhenti secara tiba-tiba dan pemandunya tercampak ke hadapan. Antara aksesori dalam kereta berikut, yang manakah berfungsi mengelak pemandu tercampak ke hadapan?
P- beg udara
Q- tali pinggang keledar
R- Zon remuk depan
P dan Q
P dan R
Q dan R
p, Q dan R
Antara yang berikut yang manakah tayar kereta yang paling sesuai untuk mengurangkan risiko tergelincir di atas jalan yang basah?
A
B
C
D
