wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Falsafah ilmu 1

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan ilmu diambil dari bahasa Arab iaitu dari kata dasar.....

a)

’Arafa

b)

Qalama

c)

’Alima

d)

Qaraa

2.

Perkataan berikut merujuk kepada ilmu kecuali.

a)

Makrifah

b)

Hakikat sesuatu.

c)

Maslahah

d)

Nur

3.

Pilih ilmu yang berkaitan dengan fardhu kifayah

a)

Ilmu Tauhid

b)

Ilmu Syariah

c)

Ilmu Tarannum

d)

Ilmu Akhlak

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan “metafizik” di dalam konsep ilmu Islam ?

a)

Gambaran mengenai ketuhanan di dalam Islam

b)

Satu alam ghaib yang wujud di alam ini

c)

Keadaan yang menunjukkan kekuasaan Tuhan

d)

Di luar alam biasa yang tidak kelihatan

5.

Berikut adalah tujuan sebenar menuntut ilmu menurut Islam.

a)

Untuk mendapat kebaikan di dunia

b)

Mendapat jawatan dan kedudukan yang baik dalam masyarakat

c)

Untuk kemuliaan hidup

d)

Untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah sebagai pencipta dan pemilik segala ilmu

6.

Sifat Ilmu Islam ialah..

a)

umum, terbuka dan global

b)

Terbuka, ketuhanan dan kekal

c)

Rabbaniah, terbuka dan global

d)

Rabbaniah, terbuka dan terperinci

7.

Diantara keistimewaan sifat-sifat ilmu Islam ialah Rabbaniah...Pilih penyataan berikut yang tepat tentang Rabbaniah.

a)

Sumbernya dari Allah dan digunakan untuk mencapai keredhaanNya.

b)

Sifatnya terbuka dan mana-mana sumber boleh diterima asalkan ianya benar.

c)

ilmu yang diperolehi perlu digunakan untuk memenuhi keperluan hidup dan alam ciptaan Allah.

d)

Ilmunya bersifat hakiki dan boleh digunakan untuk kehidupan yang bahagia.

8.

Ilmu Fardhu Ain merangkumi aspek-aspek berikut kecuali:

a)

Ilmu yang berkaitan dengan syariah dan perundangan Islam

b)

ilmu yang berkaitan dengan keimanan dan kepercayaan

c)

ilmu yang berkaitan dengan sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi

d)

ilmu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan.

9.

Ilmu Naqliah ialah:

a)

ilmu logik

b)

ilmu metaffizik

c)

ilmu bersumberkan wahyu

d)

ilmu pembelajaran

10.

Pilih kenyataan yang paling tepat mengenai Ilmu Ghairul Syar’iyyah

a)

Ilmu yang diperolehi daripada nabi dan rasul.

b)

Ilmu tafsir dan ilmu tauhid

c)

Ilmu keduniaan dalam pelbagai bidang

d)

Ilmu kesusasteraan, sejarah dan seni.

11.

Pilih pengertian yang paling tepat definisi ilmu dari segi Istilah:

a)

Petunjuk dan isyarat kepada sesuatu

b)

Pengetahuan yang jelas mengenai sesuatu

c)

isyarat penting tentang sesuatu

d)

Pengetahuan yang benar dan tepat mengenai sesuatu tanpa ada keraguan

12.

Pilih pengertian ilmu menurut pendapat Ibnu Khaldun

a)

Sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman mahupun pertolongan wahyu Ilahi

b)

Ketibaan sesuatu makna ke dalam hati hasil dari maklumat

c)

Pengetahuan yang benar tanpa ada keraguan

d)

ilmu ialah kepercayaan yang memuaskan jiwa manusia

13.

Pilih kenyataan yang paling tepat mengenai maksud ikhlas dalam menuntut ilmu

a)

Tujuan menuntut ilmu ialah untuk membantu ekonomi keluarga

b)

Belajar untuk mengenal Allah

c)

Mentaati perintah Allah dan melaksanakan tugas sebagai khalifah

d)

Menuntut ilmu untuk beramal

14.

Ilmu terpuji ialah...

a)

Ilmu Mazmumah

b)

Ilmu Mubah

c)

Ilmu Mahmudah

d)

Ilmu Makrifah

15.

Berikut adalah adab menuntut Ilmu dalam Islam kecuali:

a)

Menuntut Ilmu dari ahlinya

b)

Membersih diri dari sifat-sifat mazmumah

c)

terlalu banyak soal jawab

d)

Menjauhi pertengkaran dan perbalahan

16.

Kekuatan Ilmu dalam Islam merujuk kepada nilai:

a)

Kebendaan

b)

komersial

c)

Hujah yang bernas

d)

Kebenaran

17.

Pilih kenyataan yang benar mengenai nilai Ilmu menurut Islam:

a)

Islam mengiktiraf semua ilmu

b)

Islam tidak menerima Ilmu mazmumah

c)

Semua ilmu adalah neutral

d)

Umat Islam boleh mempelajarai semua ilmu.

18.

Ilmu diumpamakan seperti lautan yang tidak bertepi, sementara manusia pula hanya memperolehinya sedikit sahaja, kenyataan ini merujuk kepada:

a)

skop ilmu Islam yang merangkumi alam fizik dan metafizik

b)

keluasan ilmu Islam hanya mencakupi bidang fizik sahaja.

c)

kelemahan manusia untuk meneroka disebabkan usia mereka yang singkat.

d)

Islam menggesa umatnya menuntut Ilmu sehingga akhir hayat

19.

Ilmu Mubah ialah:

a)

ilmu terpuji

b)

ilmu yang bebas nilai

c)

Ilmu dunia

d)

Ilmu akhirat

20.

Pilih kenyataan yang paling tepat kesan menjaga adab menuntut ilmu;

a)

Mendapat kasih sayang guru

b)

Mendapat Ilmu nur dan keberkatan dalam kehidupan

c)

Mendapat kemuliaan hidup

d)

dapat menjawab soalan dengan mudah